Assalamualaikum...
AidilAdha semalam kami beraya dirumah Onyang Kakak dan adik iaitu Atuk puan zai sendiri sebelah mak. Pagi raya dah sampai beramai-ramai sampai membawa juadah AidilAdha.
Dari pagi hingga malam dok lepak rumah Onyang. Pagi kenyang dengan menu raya, petang buat cekodok dan malam pula menikmati nasi lemak. Makan ramai-ramai, gelak-gelak dan borak-borak.
Puan zai perasan atuk pun tak de pun masuk bilik untuk tidur sekejap sebabnya mungkin atuk terlalu gembira semua anak-anak dan cucu-cucunya ada.
Menjelang tengahari kami bawa atuk ke pusara nenek yang telah pulang ke rahmatullah pada 5 October 2010. Dapat pergi sekejap cuma bila hujan renyai mulai turun. Tak pa la tuk, nanti kita pergi lagi. Al-fatihah untuk nenda tercinta semuga rohnya dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment