Tuesday, November 22, 2011

Najib ucap syabas kepada Harimau Muda



PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir malam ini. 

Perdana Menteri berkata, seluruh rakyat Malaysia amat bergembira dengan kejayaan itu serta semangat yang ditunjukkan pasukan kebangsaan.
"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," katanya dalam mesej Twitter sebentar tadi.
Pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia itu, Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti. 

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan. 

Indonesia mendahului seawal minit kelima sebelum Malaysia menyamakan kedudukan 30 minit kemudian-Berita Harian.






No comments: