Tuesday, November 30, 2010

Ex-Sg Wang dalam kenangan...


Ex-Sg wang. Dari kiri Fiza, Puan Zai & Rose


Salam...

Pada Julai 1996 puan zai mula berkhidmat di Direct Marketing Regional, MAA berhad sehingga 8 Febuari 2004. Selama hampir 8 tahun puan zai berada di sini puan zai telah di tranfer ke MAA KLCC pada 11 February 2004 setelah training selama 2 hari di counter Life di tingkat bawah Menara MAA.
Di sebabkan kerja di KLCC ada shift iaitu 10am-6pm atau 2pm-10pm, puan zai telah membuat rayuan supaya di tukar ke MAA Sg Wang yang hanya berkerja 11am - 7.45pm.

Bermula pada tarikh 24 february 2004, bermula hidup baru puan zai di situ. Di sebabkan nama pun kerja customer service banyak benda baru yang puan zai pelajari. Maklum lah department sebelum ini cuma belakang tabir. Key-in policy, print, buat checklit, print certificate, print surat dan seterusnya hantar ke policyholder.
Tetapi di Sg Wang, kami kena mengadap pelbagai ragam customer, tak kira tua muda atau berbilang bangsa.

Yang seronoknya dia sini cuma ada supervise kami seramai 3 orang, iaitu puan zai sendiri, Fiza dan Roselina.

Semua itu tinggal kenangan. Hanya pic tinggal pelbagai cerita walau pun kami bertiga sekarang sudah berlainan department. Kesibukan masing2 membatas segalanya. Cuma sekali sekala ber gath baru lah dapat berjumpa dan bercerita.




Seingat puan zai masa mula2 tahu yang department kami akan tutup dan semua clerk akan di tranfer ke servicing centre sementara executive akan kekal dengan title marketing.

Mula lah tak dapat nak tido malam alkisahnya. Macam2 yang dipikerkan termasuk mcmmana enviroment kerja, kawan2 baru dan tempat baru.

Maklumlah department dulu hanya duduk di dlm office. Sementara department baru ni kena jumpa customer face to face. Sementelaah tu kena buat 3 in 1. Kami di sini kena handle Life, generel serta customer service. Walau pun counter satu tapi ketiga2 ini kami kena buat.

Puan zai nie sememangnya seorang yang berat mulut. Senyum tu mmg tip top lah, memang padan lah dapat position nie maklumlah front liner kena sentiasa senyum.
Ntah macammana dan kenapa secara autonya setelah duduk di kaunter, puan zai jadi ringan mulut. Dari bercakap antara dengar tak dengar, sejak masuk ke Sg Wang, suara jadi kuat dan lebih mesra bila bercakap dgn org. Mungkin ini salah satu pelajaran yang puan zai dapat belajar dan ini amat lah berharga bila di kenang di saat ini.

Dari seorang pemalu, boleh jadi seorang yang mesra kawan. Dapat pula kawan2 yang ringan tulang mengajar dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.

Semua ini hanya tinggal kenangan, di mana setelah MAA Sg Wang di tutup pada Oktober 2007, puan zai sekali lagi di tranfer ke HQ masuk ke Regional Chief Office dan assist dua org boss ketika itu.

Sekian Ex-Sg Wang dalam kenangan untuk hari ini...


Monday, November 29, 2010

Makan Kenduri

Pagi Ahad tadi seawal pagi jam 6 pagi, puan zai anak beranak di kejutkan oleh abah puan zai untuk bangun dah bersiap-siap untuk balik ke kampung berkenduri. Kenduri nie berdekatan dengan rumah nenek puan zai di Kg Rawa Hulu, Lenggeng, Negeri Sembilan. Gerak jam 7.30am singgah sebentar di restoran Dawood untuk sarapan dan terus ke kampung.

Pagi-pagi bangun anak2 mesti minta makanan, sebelum gerak ke kg pekena roti canai dulu... dan milo suam...

Kakak baru keluar dari kedai lepas menge-pau nenek kudap2 dan air kotak untuk di kunyah dlm perjalanan. Cekak kat kepala tu pun baru beli sehari sebelum...

Abah singgah di pekan Beranang untuk membeli baja... abah puan zai nie sanggup balik kampung semata2 untuk beli baja tauuu...huhu...

Adik... adik... time nie tgh merajuk dgn ibu sbb ibu tak bagi gula2...

Biasa lah kalu dalam kereta mesti tidur punya lah...

Singgah rumah nenek puan zai kejap, pastu baru gerak ke rumah pengantin selang beberapa rumah. Pengantin nie anak kepada sepupu abah puan zai...

Sempat lagi my bushuk masham landing kejap...

Sesampai je terus minum pagi dulu sbb acara makan tengahari lambat lagi...

Haaa benda nie keluar je dari dalam rumah terus di usha oleh anak2 puan zai.. dorang nak letak kat pagar rumah...

Kalau datang kenduri kendara kat kat kampung nie, mesti ada pulut impit dicicah dgn kaya yang di masak gotong royong. Memang tak miss lah pulut impit nie. Masa puan zai dan adik nikah dulu siap order dari kampung bawak KL sampai berpapan2. Pulut impit nie di impitkan dlm papan, tak ade de guna bekas plastik...

Adik with Atuk yakni abah puan zai

Kakak with Nenek yakni mak puan zai


My bushuk masham bergambar kat pelamin. Punya lah payah puan zai nak ambil pic nie sebab dua2 takut org marah, takut tuan rumah tak bagi nak posing depan pelamin tu...

Susahnya nak pujuk supaya jangan beli ice cream tu, dok merengek masa pengantin nak sampai... last2 dapat jugak mkn mahal lak tu satu je RM2 dah...

Nak ice cream tak???

Menu makan kenduri~nasi minyak,rendang daging (rendang minang nie semua berebut mmg sedap tp sedap lagi rendang minang nenek mesti terangkat,ayam masak merah dan gulai nangka, buah oren dan air sarsi.

Jangan terpedaya tau. Yang tang anak2 tu memang dorang nikmati ice cream, puan zai bergambar je nie super impose hahaha...

Gerak balik ke KL dah, my bushuk masham tidur dari kg hingga ke KL tak sedar2... penat main dan penat makan kot...

Sekian coretan puan zai kali ini untuk Makan Kenduri Ke Kampung puan zai.

Wassalam.

Saturday, November 27, 2010

Sabtu di rumah...

Salam hari sabtu...

Hari ini puan zai dan anak2 memerap di rumah. Celik je mata anak2 dah minta sarapan. Masa anak2 sedang mandi, puan zai 
tukar cadar maklum lah selalunye cadar tukar sekali seminggu. 

Kaler purple nie untuk si kakak dan yang ijau nie untuk si adik

Walau pun kononnye untuk anak2, tp yang overnye ibu...

Dari jarak dekat, cantik kannn...




Kelmarin, puan zai ada beli selimut tampal dari cik ton. Kaler ia mmg kaler peberet puan zai. Selain kaler purple puan zai amat2 suka akan kaler pink. Byk koleksi puan zai kaler pink.

Sebelum nie puan zai ada beli size queen kaler hijau utk si adik. Masa dok anta kwn ke pot selimut tampal tu mata nie asyik tgk je yg kaler purple. Dalam ati takpa la bulan depan amek kalu masih ada di situ... hm tak bole tahan lah sbb masa teman kawan lagi memilih selimut tampal tangan nie laju aje mencapai yang kaler pepel nie.. kuasa membeli amat kuat di sini. hehe... 

Bukan itu sahaja semalam puan zai sempat rembat hangar tudung satu dari kwn satu division tempat puan zai keje tu, yelah tudung byk penyangkut tudung jenis tak sesuai gantung belakang pintu. Yang baru nie senang sikit sbb boleh gantung memanjang.

Ramai dah beli hanger ni, cuma puan zai je yang baru beli...


Selepas sarapan meehon goreng dan milo, terus buka freeze intai2 apa yg ada dalam tu... seperti biasa ikan talapia mmg ada 3 bekas dalam nie tapi malas dah goreng walau ikan nie dh siap di siang. Kalau anda nak tau pak gani yakni abah puan zai, nie mmg tugas dia menyiang dua jenis ikan kat rumah ini yakni ikan talapia dan ikan keli. Mak atau puan zai mmg tak siang2 ikan nie, maklum sahaja...

Disebabkan daging kurban masih berbaki 1 kilo dlm tu, puan zai terus bawa keluar dan potong2 kecil. Plan dah ada. Sebelum ini daging sudah mcm2 dimasak tapi masih byk lagi dlm freeze. Masak gulai sudah, masak berempah sudah, masak bistik sudah, masak kicap sudah. jadi hari ini puan zai masak sup daging dan daging goreng kunyit. Sesuai la buat sup time hari ujan nie.

Daging goreng kunyit (lebih bawang) + sup daging ... yum2..


Untuk minum petang nie, mak ada buat pengat ubi kayu. Puan zai takat melihat dan mengacau di periuk la. Sebab kalu puan zai makan alamat hmm perut akan meragam dan berangin. Tapi sempat jugak mencubit sedikit takut kang kempunan. Lupa pula nak bagitau yang pagi juga mak ada buat ubi rebus dan kelapa puteh sebagai pencicahnye. Puan zai tgk laju je pak gani makan. Tak hengat dunia, sampai my bushuk masham kata : 
"atuk banyak makan nanti apot (semput)" hehehe

Pengat ubi kayu from mak recipe


Petang nie ujan, jap lagi nak tido kan si adik nie mesti dengan puan zai sekali tertido hehe...

Sekian dari puan zai. Selamat beristirehat dari puan zai untuk semua...













Friday, November 26, 2010

Terkenang seorang sahabat

Salam buat semua..

Salam malam sabtu yang hujan... sehujan hati puan zai yang sayu ini.

Hari ini puan zai cuma nak berkongsi cerita. Sepanjang hari puan zai terkenang seorang sahabat yang jauh. Walau kami satu company tapi dia jauh di luar KL.

Puan zai mengenalinye sahabat ini hampir 4 tahun ~ seusia dengan tahun puan zai tranfer ke department skrg nie. Bila kat department ini kami satu division. Dengarnya dia tak sihat sejak minggu lepas. Minggu nie dia mc dan kerap follow-up dengan doktor.
Puan zai amat berharap dan senantiasa berdoa agar dia akan lebih sihat kelak. Puan zai amat berharap dia tabah menghadapi ujian Allah swt ini. Yang paling puan zai berharap dia tidak mudah berputus asa dan puan zai tahu dia seorang wanita dan ibu yang kuat. InsyaAllah.

Smlm kami hanya bermsg, tiba2 hati puan dirundung sedih. Hati diselubungi pilu mengenangkannya. Puan zai menangis tapi puan zai sendiri pula yang kata padanya usah kite menangis, kite harus kental dan jangan mengaku kalah.

Wahai sahabatku, semoga dikau senantiasa sihat, tabah dan kuat demi anak2 kau.  Aku disini walaupun jauh tapi kau tetap di hati.

Wassalam.


Thursday, November 25, 2010

Blog punya pasal...

Salam buat semua bloggers yang membaca [...jika ada...]
{sesorang dua pun jadi lah...}

Blog punya pasal,
buat puan zai lewat tido,
Blog punya pasal,
buat puan zai tak henti meng-search,
Blog punya pasal,
buat puan zai tak henti2 menaip.
Blog punya pasal,
buat puan zai off pc jam 3.30am
Dan blog punya pasal,
puan zai terlelap mata jam 4am...
Haha blog punya pasal...
Blog punya pasal.......................


Maklum lah benda baru. Ada macam2 nak buat. Ada macam2 yang ingin kita tahu. Sambil tu ada pula permintaan untuk buatkan seseorang blog FOC hehe. Tidak mahu menghampa~tolong jua la buatkan walaupun puan zai masih baru dlm bidang nie.
haha blog punya pasal...

Sedang asyik meng-create blog tiba2 jam 3am si kakak terjaga kerana ingin melepaskan hajat ke toilet siap terpinga2 sambil tanya "ibu kenapa tak tidur lagi?"
hehehe ibu tiada jawapan tp segera menjawap "ibu nak tidur lah ni kakak.."
haha blog punya pasal...

Sambil dengar celoteh DJ kat Sinar FM, sebotol air kosong dan sebekas kudap2 menemani puan zai sepanjang malam.
haha blog  punya pasal...


Setelah selesai semua, terpaksa pula memaksa diri untuk beradu sebab hari ini hari berkerja... hmm tak reti2 nak tidur ke puan zai?
haha blog punya pasal...


Bahananya apa yang terjadi pada siang hari.
haha blog punya pasal...


Terjaga dari tidur sebelum jam 7am. Bersiap2 dan terus ke tempat kerja. Sampai ke tempat kerja terus ke P2 (foodcourt) sambil dalam kepala otak nie ingat nak minum kopi. Sepanjang hari sakit kepala dan mula rasa sengal dan mamai. Kalau di sorong bantal mau tidur puan zai kat meja nak2 kalu ada selimut yang dibeli dari cik ton tu...hehehe...
haha blog punya pasal...

Tidak mahu berterusan macamnie puan zai relakan diri buat2 busy jumpa orang ini jumpa orang tu berkenaan MAPS untuk APC next Jan 2011. Benda org lain yang incharge, staff under boss puan zai. Sepanjang minggu nie puan zai tak nampak kelibat dia di work station kemungkinan bercuti~jadi nama puan zai terkeluar lah dalam email boss minta puan zai uruskan.
haha blog punya pasal...


Minute puan zai pun belum dia sentuh... cuma mendengar balik apa yang dorang meting kan dalam recorder. Niat hati nak buat sekarang kat rumah tapi blog mengatasi segalanye.
haha blog punya pasal...


Sebelah petang tadi hujan sungguh lebat turunnya. Setelah singgah kedai photostate untuk membayar bil elektrik + maxis broadband nie terus puan zai balik ke rumah dan dapat lelapkan mata setengah jam cuma sementara si adik jua lena di ulit mimpi, ini memang peluang yang amat baek-pejam dalam aman walau sebentar. Bangun mandi dan rasa diri segar sikit. Dinner bersama my bushuk masham pastu potong buah dua biji oren dan epal dan menonton telemovie hantu bertajuk Kum Kum...mata tgk TV kepala ingat blog...
haha blog punya pasal...


Blog punya pasal
~~~buat kan puan zai dapat idea untuk menaip disini.
Blog punya pasal...
Buat puan zai mengantuk...
Blog punya pasal...
Buat puan zai teruja...
Blog punya pasal...
Buat puan zai puas ati...
Sekian untuk hari ini
Haha blog punya pasal...



Hah Blog punya pasal

Wednesday, November 24, 2010

Minute oh minute

Nak type title di atas nie pun rasa sebal jer. Minute oh minute. Paling tak suka nak buat benda nie.

Pulak tu sejak re-structuring nie, puan zai pula yang kena attend division meeting dan ambil minute.

Yang ambil minute cuma kerani tapi yg dok bercakap dari mula meting sampai habis meting nie position manager and above.

Adeh.. apa lah agaknye dorang nie dok bercakap dari tadi.

~Ku pandang atas
~ku pandang tepi
~ku pandang kiri
~ku pandang kanan,
last2 ku pandang note book.
haha. Minute oh minute.

Untuk langkah-langkah keselamatan puan zai pakai recorder...on recorder on merah untuk record. hmmm ter-record lah kata2 mereka didalamnye dengan se~iring se~jalan jari dan mata pena pen puan zai menconteng2 di atas kertas putih tu. Conteng dan conteng.


Esok ntah apa la yang perlu puan zai carutkan eh eh bukan, apa lah yang perlu puan zai tulis kan dalam minute tu.

Kalau setakat conteng2 dalam diari ke, dalam buku garis2 tu boleh lah. Bagi je la puan zai conteng,  no hal. 

Semalam yakni 23hb memang la hari yg mencerah kan bagi puan zai dan sume warga pekerja tempat puan zai berkerja. Hari menuai yang menceriakan yang cuma sehari je. Masuk 24hb alahai keadaan kembali asal.

Berbalik pada cerita minute oh minute nie, puan zai rasa puan zai akan rasa mual, loya dan pening serta sengal sebab setiap minggu yakni (setiap hari selasa) di mana meting nie akan diadakan setiap minggu untuk satu division under boss puan zai..

Alahai minute oh minute.. makan minute.. minum minute.. mandi minute.. dan tido minute... 

Minute oh minute

Tuesday, November 23, 2010

Betapa cerahnya hari menuai

Seronoknya puan zai hari ini hari menuai.

Tapi seronok cuma seketika, selebihnya boleh di katakan hari membayar hutang dehhh... 

Apa2 pun jimat berbelanja jangan lupa diri..

Gambar hiasan je nie, bukan puan zai punye~copy dari fesbok org...

Monday, November 22, 2010

Cerpen : Mencari Ketenangan ~ Kenangan 1995

Dari jauh kulihat dia berjalan menunduk ke lantai. Jantungku bagai di sentap. Langkahnya menuju ke salah satu meja makan tempat dia berkerja. Di situ kulihat ada beberapa orang kawan-kawannya. Dari tempat aku berdiri ini, dapat kulihat dari jauh susuk badannya itu.

            Walaupun aku di luar bangunan ini dia di dalam tetapi bola mata ini tidak lepas-lepas memandangnya.

            “Dia tak ada lah dik… dah balik…” Kata Kak Siah kepadaku setengah jam yang lepas. Dia dan seorang rakan sedang sibuk mengemas beverage tempat mereka berkerja.

            “Dah balik? Tadi saya nampak dia kak…” Kataku pula ingin menegakkan kebenaran. Memang aku nampak dari jauh kelibat tubuh dia, takkan sekejap tidak sampai 5 saat dia boleh balik.

            Hatiku agak hiba bila kak Siah kata yang teman lelaki itu sudah balik. Sudah setengah jam aku berdiri di sini menunggu dia keluar dari bangunan tempat dia berkerja dengan harapan dia masih ada di situ.

            Sangkaan tidak meleset. Ku lihat dari luar bangunan yang dia sekarang sedang duduk bersama-sama rakan-rakannya. Mereka kulihat sedang seronok berborak dan bercerita walaupun aku tidak tahu apa butir percakapan mereka itu.

            Jari jemarinya perlahan-lahan mengeluarkan rokok. Di belek-belek cuma. Tidak menghisapnya. Perlahan-lahan juga memasukkan semula ke dalam kotak rokok.

Selepas mengucap selamat tinggal kepada kawan-kawannya, dia menuju ke pintu utama. Cepat-cepat juga aku menuju kesana.

Dia seakan terkejut melihatku yang sedia ada dia hadapannya. Kutenung wajahnya yang sudah 2 minggu aku tidak bertemu.

“Kenapa? Abang dah tak mahu jumpa saya ke?” Soalan yang pertama aku tanya. Dia cuma memandang wajahku.

“Saya tercari-cari abang… kenapa tidak jawab panggilan saya?” Soal aku lagi. Soalan yang aku nantikan ada jawapannya.

Perlahan-lahan jarinya memegang jariku. Kami melabuhkan punggung masing-masing di tembok seberang jalan.

Mataku dibiar menjilat seluruh bangunan ini. Bangunan yang telah menemukan aku dan dia. Banyak kenangan yang kami cipta bersama. Setelah 2 tahun bercinta, telah banyak dugaan yang kami tempuh.

Tapi itu dulu, semasa aku satu jabatan dengannya. Sekarang aku berada di bangunan lain, mencari kelainan dan pengalaman. Walaupun berjauhan tetapi kami selalu berhubung dan bersama.

Tapi aku pelik kenapa sekarang dia seakan berubah hati. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Aku sedikit mengeluh. Dia berpaling ke arahku.

“Jom… kita minum-minum dulu…” Aku hanya membisu bila dia mempelawa ke warung mamak di tepi jalan itu.

“Jomlah… Kita boleh discuss kat sana…” Pintanya perlahan. Kulihat dia sudah pun berdiri. Perlahan-lahan juga aku mengekori dia dari belakang.

“Abang pergi bercuti bersama-sama geng abang kat Cherating 2 minggu lepas…” Dia mula berbicara. Aku hanya merenung raut mukanya itu.

“Hati tak tenang…” Katanya sayu.

“Habis saya nie siapa? Tidak perlu di beritahu kemana abang pergi?” Suaraku sedikit tinggi. Tapi kutahan agar dianya tak ketara.

“Saya call rumah bujang abang, mereka kata mereka tidak tahu, saya call office abang, mereka kata abang cuti lah, mc lah. Hati nie tak tenteram juga, risau tentang diri abang tu, saya call kampung abang, bila mak abang kata bang keluar dengan kawan-kawan… baru lega hati saya yang abang tidak ada apa-apa…” ceritaku agar dia tahu.

“Abang tahu sebab itu abang beritahu sayang sekarang” Jawapan yang diberikan tidak aku terima.

“Bila saya dah melilau cari abang, baru abang nak cerita… kalau tidak? Kenapa abang perlukan lakukan ini semua?” Kusandarkan tubuhku ke dada kerusi.

“Cuma ketenangan… Abang nak bina hidup baru?” Abang membela diri.

“Membina hidup baru? What do you mean? Dah tak suka pada saya lagi ke?” Aku mula tak faham. 

“Bukan begitu… abang masih sayang pada sayang lagi… masih seperti dulu… masih seperti kita mula-mula kita berkawan dulu”

Bicara kami terhenti di situ pada hari itu. Kubiarkan ia berlalu sepi. Mencari ketenangan dan aku tidak paham apa ketenangan yang dia perlukan selama. Mencari ketenangan dengan kawan-kawan. Kawan-kawan? Semua kawan-kawan. Aku ini dibiarkan sepi. Lelaki oh lelaki.

Pintu rumahku diketuk. Jam hampir menunjukkan 8.30 malam. Pintuku kuak perlahan. Kulihat mukanya jelas dan mempelawa masuk.

”Assalamualaikum..” Salamnya perlahan.

”Wa’alaikumsalam..” Jawapku lalu kududuk di atas sofa.

Ibu menghampiri kami dan bersalaman. Setelah disuruh duduk baru lah dia duduk di sisiku. Ibu berlalu ke dapur menyiapkan apa yang perlu. Aku diam membisu. Entah apa yang aku ingin bicara kan aku pun tidak tahu.

”Sayang, lepas kerja abang singgah ke rumah ye...” dia memulakan bicara di dalam telefon satu jam yang lalu. Aku Cuma menjawap OK. Setelah aku berada di depannya pun aku masih kelu. Entah kelu entah apa aku tidak pasti.

”Abang tahu ini semua salah” Dia memulakan bicara.

”Kalu abang sudah tidak sukakan saya tidak apa, saya rela undur diri” Aku memotong kata-katanya.

”Marilah kita bina hidup baru... kita lupakan kisah lama... semalam menjadi kenangan... hari ini menjadi cabaran.... esok menjadi harapan...” Dia mula bermadah...

Kulihat matanya yang sayu.... dia usap tanganku dengan linangan airmata....ku sambut kata-kata dan harapannya meresap kedalam dadaku..


Nukilan asal:
Zaihas77
1995





Petang ini petang sebu

Sememangnye sudah tahu puan zai nie tak boleh telan kueh berminyak sebelah petang, masih lagi nak telan.

Akhirnya menanggung sebu yang amat sangat.

Sesampai je kat rumah petang tadi dari opis terus je buka tudung saji. Woittt ada ubi dan pisang goreng bersama2 kerak keruknye sekali.

Hmmm... pe lagi, laju je menyambar setengah daripada ubi goreng tu. 

Tak lama lepas tu fuhhhh perut jadi SEBU ~ bagus betul puan zai nie nak insaf tak bole dah nasi dah jadi bubur eh eh bukan ubi goreng dah jadi kunyahan..huahua... 

Tak pasti petua org mcm mana nak atasi sebu nie(nie kena tanya puan rohaya) selalunye puan zai akan cari apa2 buah untuk di telan pastu sebu tentu hilang... 

Di sebab arini baru 22hb dan esok baru nak menuai dan esok juga nak cari buah nampaknye malam nie kena buat sunquick segelas tanpa gula...

Errrkkk baru lega sikit dada lapang tiada sebu...

Sebab itu rumah puan zai senantiasa ada stok buah. Puan zai suka kalu ke sogo puan zai suka terus ke supermarket dan menonong je ke bahagian buah potong dan ambil buah2an campur yg dah siap dipotong2 tu. Harga pun ok dalam RM3.50 aje se-pack. Sebu punya pasal.
Puan zai suka beli buah ni sebab sebu. Selain sebu puan zai suka anak2 makan buah. Banyakkan makan buah bagus... tetapi hanya untuk org yang sememangnya sihat untuk bagi lagi sihat.

Si adik selalu kena tegur dgn atuknye bila dia kejap2 ambil oren. Orang kata kalu sapa2 ada lelah pantang buah2an nie terutama pisang tp bole hanya pisang berangan.

Anak puan zai memang suka akan buah oren dan pisang tetapi pemberian buah2 ini sentiasa dalam pantau nenek dan atuknye. Apa2 pun anak puan zai bukan la pengidap asma tapi sewaktunye dgnnya.

Sekian untuk cerita sebu~tapi dah meleret sampai ke cerita buah.

Nie sunquick beli masa raya haji...
Di antara buah2an yg puan zai suka...

Kayuh tapi jatuh...

Ibu... sebelum kayuh nak posing dulu boleh??
I
I
I
V
Asal bangun pagi nak main basikal. Asal buka mata je nak main basikal. Mentang2 si kakak nie baru pandai kayuh basikal, hanya ini je la yg dia ingat bila menjelang pagi. Si adik pula pantang si kakak buka pintu dia pun nak ikut.

Selepas bersarapan nasi lemak dan milo panas pagi tadi, apa lagi dua beradik nie attack basikal yg berada di depan rumah. Terkedik2 la adik berlari ikut kakak dan asyik kata
"adik nak carry, adik nak carry... kakakkkk..."

Laa apa pasal tolak beskal jer???
Hati-hati kakak, ibu pulak brek dari sini..
Ala2 my buchuk masham nangis lepas jatuh....
Nangis beriya2 tuh...
Meh tgk tgn ala darah sikit jerk..
Dah dah moh balik esok main lagi ye...




Desert Fantasy~Sunway Hotel & Spa

Desert Fantasy~MAA Dinner [DAKU BUKAN GILER GLEMER]
HAHAHAHAA... Apa punye title kan [Daku bukan giler glemer]

Pada 12 November 2010 yang lalu puan zai berdinner di Sunway sempena company dinner untuk semua staff.

Sedikit paparan pic puan zai dan kawan2 yang pergi. Tema arab semua serba serbi hitam.

Arabian lahhh...

Kad dalam kenangan~no tak naik, takde rejeki...

Senyum lah puan zai

Senyum lagi...

Walaweiiii
Acara belum start tapi dah lapar nie wei..
Muka sebal no tak naik2 pon...

Puan zai with cik fiza

Puan zai with puan rose


Puan zai with puan atun


Puan zai with puan liza
Puan zai with puan agie and puan liza