Dari jauh kulihat dia berjalan menunduk ke lantai. Jantungku bagai di sentap. Langkahnya menuju ke salah satu meja makan tempat dia berkerja. Di situ kulihat ada beberapa orang kawan-kawannya. Dari tempat aku berdiri ini, dapat kulihat dari jauh susuk badannya itu.
Walaupun aku di luar bangunan ini dia di dalam tetapi bola mata ini tidak lepas-lepas memandangnya.
“Dia tak ada lah dik… dah balik…” Kata Kak Siah kepadaku setengah jam yang lepas. Dia dan seorang rakan sedang sibuk mengemas beverage tempat mereka berkerja.
“Dah balik? Tadi saya nampak dia kak…” Kataku pula ingin menegakkan kebenaran. Memang aku nampak dari jauh kelibat tubuh dia, takkan sekejap tidak sampai 5 saat dia boleh balik.
Hatiku agak hiba bila kak Siah kata yang teman lelaki itu sudah balik. Sudah setengah jam aku berdiri di sini menunggu dia keluar dari bangunan tempat dia berkerja dengan harapan dia masih ada di situ.
Sangkaan tidak meleset. Ku lihat dari luar bangunan yang dia sekarang sedang duduk bersama-sama rakan-rakannya. Mereka kulihat sedang seronok berborak dan bercerita walaupun aku tidak tahu apa butir percakapan mereka itu.
Jari jemarinya perlahan-lahan mengeluarkan rokok. Di belek-belek cuma. Tidak menghisapnya. Perlahan-lahan juga memasukkan semula ke dalam kotak rokok.
Selepas mengucap selamat tinggal kepada kawan-kawannya, dia menuju ke pintu utama. Cepat-cepat juga aku menuju kesana.
Dia seakan terkejut melihatku yang sedia ada dia hadapannya. Kutenung wajahnya yang sudah 2 minggu aku tidak bertemu.
“Kenapa? Abang dah tak mahu jumpa saya ke?” Soalan yang pertama aku tanya. Dia cuma memandang wajahku.
“Saya tercari-cari abang… kenapa tidak jawab panggilan saya?” Soal aku lagi. Soalan yang aku nantikan ada jawapannya.
Perlahan-lahan jarinya memegang jariku. Kami melabuhkan punggung masing-masing di tembok seberang jalan.
Mataku dibiar menjilat seluruh bangunan ini. Bangunan yang telah menemukan aku dan dia. Banyak kenangan yang kami cipta bersama. Setelah 2 tahun bercinta, telah banyak dugaan yang kami tempuh.
Tapi itu dulu, semasa aku satu jabatan dengannya. Sekarang aku berada di bangunan lain, mencari kelainan dan pengalaman. Walaupun berjauhan tetapi kami selalu berhubung dan bersama.
Tapi aku pelik kenapa sekarang dia seakan berubah hati. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Aku sedikit mengeluh. Dia berpaling ke arahku.
“Jom… kita minum-minum dulu…” Aku hanya membisu bila dia mempelawa ke warung mamak di tepi jalan itu.
“Jomlah… Kita boleh discuss kat sana…” Pintanya perlahan. Kulihat dia sudah pun berdiri. Perlahan-lahan juga aku mengekori dia dari belakang.
“Abang pergi bercuti bersama-sama geng abang kat Cherating 2 minggu lepas…” Dia mula berbicara. Aku hanya merenung raut mukanya itu.
“Hati tak tenang…” Katanya sayu.
“Habis saya nie siapa? Tidak perlu di beritahu kemana abang pergi?” Suaraku sedikit tinggi. Tapi kutahan agar dianya tak ketara.
“Saya call rumah bujang abang, mereka kata mereka tidak tahu, saya call office abang, mereka kata abang cuti lah, mc lah. Hati nie tak tenteram juga, risau tentang diri abang tu, saya call kampung abang, bila mak abang kata bang keluar dengan kawan-kawan… baru lega hati saya yang abang tidak ada apa-apa…” ceritaku agar dia tahu.
“Abang tahu sebab itu abang beritahu sayang sekarang” Jawapan yang diberikan tidak aku terima.
“Bila saya dah melilau cari abang, baru abang nak cerita… kalau tidak? Kenapa abang perlukan lakukan ini semua?” Kusandarkan tubuhku ke dada kerusi.
“Cuma ketenangan… Abang nak bina hidup baru?” Abang membela diri.
“Membina hidup baru? What do you mean? Dah tak suka pada saya lagi ke?” Aku mula tak faham.
“Bukan begitu… abang masih sayang pada sayang lagi… masih seperti dulu… masih seperti kita mula-mula kita berkawan dulu”
Bicara kami terhenti di situ pada hari itu. Kubiarkan ia berlalu sepi. Mencari ketenangan dan aku tidak paham apa ketenangan yang dia perlukan selama. Mencari ketenangan dengan kawan-kawan. Kawan-kawan? Semua kawan-kawan. Aku ini dibiarkan sepi. Lelaki oh lelaki.
Pintu rumahku diketuk. Jam hampir menunjukkan 8.30 malam. Pintuku kuak perlahan. Kulihat mukanya jelas dan mempelawa masuk.
”Assalamualaikum..” Salamnya perlahan.
”Wa’alaikumsalam..” Jawapku lalu kududuk di atas sofa.
Ibu menghampiri kami dan bersalaman. Setelah disuruh duduk baru lah dia duduk di sisiku. Ibu berlalu ke dapur menyiapkan apa yang perlu. Aku diam membisu. Entah apa yang aku ingin bicara kan aku pun tidak tahu.
”Sayang, lepas kerja abang singgah ke rumah ye...” dia memulakan bicara di dalam telefon satu jam yang lalu. Aku Cuma menjawap OK. Setelah aku berada di depannya pun aku masih kelu. Entah kelu entah apa aku tidak pasti.
”Abang tahu ini semua salah” Dia memulakan bicara.
”Kalu abang sudah tidak sukakan saya tidak apa, saya rela undur diri” Aku memotong kata-katanya.
”Marilah kita bina hidup baru... kita lupakan kisah lama... semalam menjadi kenangan... hari ini menjadi cabaran.... esok menjadi harapan...” Dia mula bermadah...
No comments:
Post a Comment