Tuesday, November 30, 2010

Ex-Sg Wang dalam kenangan...


Ex-Sg wang. Dari kiri Fiza, Puan Zai & Rose


Salam...

Pada Julai 1996 puan zai mula berkhidmat di Direct Marketing Regional, MAA berhad sehingga 8 Febuari 2004. Selama hampir 8 tahun puan zai berada di sini puan zai telah di tranfer ke MAA KLCC pada 11 February 2004 setelah training selama 2 hari di counter Life di tingkat bawah Menara MAA.
Di sebabkan kerja di KLCC ada shift iaitu 10am-6pm atau 2pm-10pm, puan zai telah membuat rayuan supaya di tukar ke MAA Sg Wang yang hanya berkerja 11am - 7.45pm.

Bermula pada tarikh 24 february 2004, bermula hidup baru puan zai di situ. Di sebabkan nama pun kerja customer service banyak benda baru yang puan zai pelajari. Maklum lah department sebelum ini cuma belakang tabir. Key-in policy, print, buat checklit, print certificate, print surat dan seterusnya hantar ke policyholder.
Tetapi di Sg Wang, kami kena mengadap pelbagai ragam customer, tak kira tua muda atau berbilang bangsa.

Yang seronoknya dia sini cuma ada supervise kami seramai 3 orang, iaitu puan zai sendiri, Fiza dan Roselina.

Semua itu tinggal kenangan. Hanya pic tinggal pelbagai cerita walau pun kami bertiga sekarang sudah berlainan department. Kesibukan masing2 membatas segalanya. Cuma sekali sekala ber gath baru lah dapat berjumpa dan bercerita.




Seingat puan zai masa mula2 tahu yang department kami akan tutup dan semua clerk akan di tranfer ke servicing centre sementara executive akan kekal dengan title marketing.

Mula lah tak dapat nak tido malam alkisahnya. Macam2 yang dipikerkan termasuk mcmmana enviroment kerja, kawan2 baru dan tempat baru.

Maklumlah department dulu hanya duduk di dlm office. Sementara department baru ni kena jumpa customer face to face. Sementelaah tu kena buat 3 in 1. Kami di sini kena handle Life, generel serta customer service. Walau pun counter satu tapi ketiga2 ini kami kena buat.

Puan zai nie sememangnya seorang yang berat mulut. Senyum tu mmg tip top lah, memang padan lah dapat position nie maklumlah front liner kena sentiasa senyum.
Ntah macammana dan kenapa secara autonya setelah duduk di kaunter, puan zai jadi ringan mulut. Dari bercakap antara dengar tak dengar, sejak masuk ke Sg Wang, suara jadi kuat dan lebih mesra bila bercakap dgn org. Mungkin ini salah satu pelajaran yang puan zai dapat belajar dan ini amat lah berharga bila di kenang di saat ini.

Dari seorang pemalu, boleh jadi seorang yang mesra kawan. Dapat pula kawan2 yang ringan tulang mengajar dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.

Semua ini hanya tinggal kenangan, di mana setelah MAA Sg Wang di tutup pada Oktober 2007, puan zai sekali lagi di tranfer ke HQ masuk ke Regional Chief Office dan assist dua org boss ketika itu.

Sekian Ex-Sg Wang dalam kenangan untuk hari ini...


No comments: