Saturday, November 20, 2010

Bermulanya dairi seorang ibu...

Salam buat semua bloggers. Tumpang lalu ye Jendela Hati menghulur salam. Akhirnya dapat juga saya create blog sendiri.

Dengan terasminya nama blog Jendela hati ini akan sama-sama menambahceriakan blog yang sedia ada. haha.

Lazimnya hanya mengintai-intai blog sahabat2. Gemar jua membaca kerenah dan kehidupan orang lain. Terasa seronok melayari cerita mereka sehingga kadang2 tersenyum sendirian. Sebelum ini ada juga teman2 bertanya "ko ada blog?" "takde.." jawapanku selalunya.

Almaklumlah tika itu belum bersedia nak berblog sendiri. Dari alam persekolahan hingga la sekarang dairi ditulis di dalam buku dan di simpan rapi dalam almari. Segala luahan berada disitu. Suka duka dan segalanya.

Selain itu saya juga suka mentafsir mimpi. Ada juga teman2 yang mencari saya untuk bertanya apa mimpi yg tersirat dlm tidur mereka. Yelah memang la mimpi mainan tidur,itu terpulang pada masing2. Apa2 pun memang menjadi kebiasaan saya membelek buku tafsiran mimpi di pagi hari.

Berbalik pada dairi seorang ibu ini malam nie, pagi td dapat la satu rumah sebungkus daging Qurban. Tidak mahu ilang manis daging tu hari ini masak daging masak kunyit letak bawang. Anak-anak pula yakni si kakak dan si adik gemar ayam~goreng jua la untuk mereka. Anak2 juga gemar meratah ikan. Lagi suka bila ikan yang baru diangkat dari kuali, masa panas2 tu makan tentu makan nasi bertambah. Time ni pantauan akan diadakan maklumlah ikan bertulang..selalunya si kakak akan kata bila ibu menegur "ala kita pandai mkn ikan lah ibu..."

Sekian catatan untuk hari ini... Hari pertama menulis belum ada idea dan masih tersekat2 kata2. Selamat beristirehat...

 
My bushuk masham... Permata hati ibu...


No comments: