Showing posts with label Resepi JH. Show all posts
Showing posts with label Resepi JH. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Nasi Ayam Mother's Day


As-salam...

Hari ini makan tengahari dengan nasi ayam. Rempah ayam puan zai guna rempah seperti di bawah. Minggu lepas adik datang rumah dan beri. Saja nak try produk dari Terengganu nie. Tu yang terpiker nak buat nasi ayam. Nasi ayam puan zai buat nie simple je. Takde susah-susah nak piker masak camner. Main campak-campak je dah siap. Takde la nak ikut resepi sangat. Kalau nak masak iye-iye sangat nampaknye kena belek buku dalam rak tu le huahuauuaa...



Untuk seekor ayam puan zai rebus sekejap ayam sebelum perap guna rempah nie. Selain tu puan zai tumbuk bawang puteh 10 ulas serta garam yang di gaul rata. Dah perap baru goreng bila nak makan dan makan panas-panas.

Dah siap dah pun. Cili dan kicap serta sup kaki ayam.

Untuk nasi, puan zai masak 2 pot beras. Bersihkan dan ketepi sementara tumis bersama 2 sudu majerin tu 2 bunga lawang, 1 kayu manis, serai, halia serta bawang puteh hingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam ke beras. Letak daun pandan untuk wangi.

Kicap tu puan zai guna kicap kipas udang atau pun kicap bilal. Letak air rebusan dan sedikit garam, kacau perlahan di dalam periuk hingga didih. Dan angkat.

Untuk cili puan zai guna dalam 10 tangkai cili merah, 3 ulas bawang puteh, 2 cm halia, sedikit garam (jika suka madu letak madu sebab puan zai tak letak gula). Blend bersama air rebusan ayam. Panaskan seketika, angkat dan hidang.

Untuk hari ini puan zai hanya ada tomato dan timun. Tapi jika ada salad dan kobis pun best juga. Kalau anak dara nak makan dia suka ada sayur dan ulam-ulaman di atas meja.

 
Mai sepinggan.



p.s minum petang hari ni nak buat bubur kacang hijau.

 
Puan Zai @ JH...

Saturday, January 18, 2014

Spageti Bolognaise Daging Ayam Ramly


As-salam...

Menu permintaan anak-anak... resepi Spageti Bolognaise nie sama seperti yang biasa puan zai buat cuma kadang isinya bertukar daging lembu, udang, sayur, sosej dan sebagainya.

Kali ini puan zai pakai daging ayam burger Ramly dalam sos spageti ni. Cuma buat kepal-kepal kecil.
 
 



Puan Zai @ JH...

 

 

Friday, January 17, 2014

Kerabu Sotong


As-salam...

Hari ini public holiday. Makan tengahari hari ini, puan zai buat kerabu sotong. Bahan-bahan ia mudah sahaja. Sama seperti Kerabu Udang yang pernah puan zai buat. Cuma versi udang tu di tukar kan ke versi sotong pulak.

Puan zai dan kakak memang suka apa juga jenis kerabu. Kami dua beranak memang 'hantu' sayur dan ulaman.




Kami buat satu bekas besar tadi. Tapi sekejap aje licin. Puan zai dah makan tengahari dengan anak-anak jam 12 tadi. Adalah simpan semangkuk kecil nie untuk apak balik dari sembahyang jumaat nanti. Adik pulak banyak dok kutip je sotong berbanding ulam yang ada dalam bekas tu.

Nanti nak kirim kat kawan budu bila kawan balik kampung. Kami teringin nak buat Nasi Kerabu. Tadi pun kakak dah tanya ibu kenapa tak buat nasi kerabu terus. Ibu kata takde budu. Kakak tanya nasi kerabu kena pakai budu jugak ke kalau takde tak boleh ke? Hmmm...

OK lah stop di sini dulu. Salam hari jumaat.


Puan Zai @ JH...





Sunday, January 12, 2014

Pau inti kelapa resepi mak


As-salam...

Minum petang di hari ahad nie ialah pau. Resepi dari mak puan zai. Pau berintikan kelapa.

Anak-anak makan sampai berulang-ulang. Dapat lah dapat 30 biji tadi. Makan dengan kopi best jugak.

Untuk puan blog, puan zai buat pau kosong je cicah dengan milo panas pun sodap.




Bahan-bahan:
Satu kilo tepung gandum
2 bungkus yis (Rendam dalam semangkuk air selama 5 minit)
Daun pisang di potong petak kecil untuk alas
Bancuh bahan di atas hingga menjadi doh dan asing akan dalam bentuk bulat untuk di isi kan inti



Bahan inti kelapa:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula kabung
2 helai daun pandan
2 cawan air
secubit garam

Setelah air mendidih, masukkan semua bahan inti. Masak hingga pekat dan masukkan kelapa parut. Kacau hingga sebati dan sedikit kering.




Pau yang telah di isi inti tadi dikukus selama 10 minit atau hingga masak.



Lain kali nak buat inti sardin pulak. Boleh tak? Boleh aje. Buat macam sambal sardin tu kan. Tapi apak kata buat inti kacang lah pulak. OK jugak kan boleh try and error...


Puan Zai @ JH...


Monday, May 27, 2013

Sambal Sotong Petai & Kerabu Mangga


As-salam...

Mental tak mental, hari nie nak tayang lauk jugak hehe...

Hari ni puan zai masih bersiaran di kg suami di Karak, Pahang. Cuma amek cuti sehari bawa anak-anak balik kg sempena cuti sekolah nie.

Tengahari nie masak nasi berlaukkan sambal sotong petai, kerabu mangga sempoi dengan kobis goreng air.

Petai dan sotong beli kat pasar malam sebelah taman je. Satu ikat petai tu RM5.
 
 
Buat sambal sotong petai yang simple aje.
10 ekor sotong sederhana sizenya di potong bulat.
20 biji petai untuk bahan utama.
Seterusnya panaskan minyak.
Tumis 1 labu bawang merah dan seulas bawang puteh yang dihiris.
Masukkan 5 sudu cili kering yang telah di kisar terlebih dahulu.
Masukkan garam secukup rasa.
Jika nak letak gula pun boleh tapi puan zai tak letaklah.
Lepas tu masukkan bancuhan 1/2 sudu asam jawa.
Masukkan sotong dan kacau hingga masak.
Bila agak-agak nak tutup api baru masukkan petai dan hidang.
OK lah dah siap satu lauk.


Seterusnya permintaan boss besar merangkap suami nak makan kerabu mangga. Semalam dah kopek cicah dgn kicap. Boss besar memang hantu mangga. Masam-masam pun ditelan jua.

Camnie le rupanya kerabu yang dihiris oleh si kakak. Tebal macam batang kayu... hehehe apa-apa pun layan jerkkk... di telan jugak tebal-tebal pun.

Lebih dua bijik mangga muda nie dihiris halus (sepatutnya lah).
1 labu kecil bawang merah di hiris halus.
5 biji cili padi dihiris.
1 batang serai juga dihiris.
Sedikit kacang tanah digoreng garing.
2 biji limau kasturi.
Garam dan gula secukup rasa.
Gaul semua bahan di atas.
 
 Jam 12 tengahari semua dah dok atas kerusi mengadap nasi.

 Pembantu hari ini....

 Ayin sepupu si adik. Serupa tak?

Dari belakang pun serupa.
 
Banyak buah mangga di pokok. Nanti nak bawa balik KL sikit. Geram tengok mangga nie.

Ada tak yang bercuti tu hari ini? Selasa depan puan zai akan bercuti sehari lagi nak bawa adik ke Institut Pediatrik ada checkup. Cuti pun dah di luluskan. Jadi dapatlah puan zai cuti time cuti sekolah nie.

Yelah anak-anak selalu merungut time cuti sekolah ibu tak amek cuti pun. Huhu...

Jumpa lagi. Tata...

Puan Zai @ JH...


 

Tuesday, January 1, 2013

Cuti Tahun Baru...


As-salam...

Rata-rata semua orang bercuti tahun baru hari ini. Kesempatan ini puan zai dan keluarga dok lepak di rumah aje. Takde plan nak keluar rumah. Cuaca di luar pun tak berapa nak ceria. Lagipun esok anak-anak pun nak masuk sekolah.

Pagi ini puan zai bersarapan susu suam dan roti bakar kosong. Jam 7 tadi sebelum anak-anak terjaga dari tido, puan zai cepat-cepat 'lari' ke kedai.

Ramai yang bersarapan di kedai. Tauke kedai barang basah pun nampaknya sudah sibuk dengan barangan jualan masing-masing.

Sampai je rumah terus kemas barang dapur sambil bersarapan. Selesai je bersarapan terus siap-siap untuk masak.

Hmmm... jam baru ke angka 8pagi, tapi puan zai dah sibuk. Jika hari cuti puan zai selalunya akan mula memasak jam 10pagi. Hari ini saja nak masak awal, kejap lagi nak lepak membaca sambil ber-imaginasi tentang adik yang nak ke sekolah esok di tahun satu huhu...



Kalau tengok bahan di atas, rasanya apa yang puan zai nak masak?

Hmmm dah tentu puan zai nak masak... masak asam ikan tongkol... bunga kantan amek dari 'Terbaek dari ladang' abah puan zai di belakang rumah.

OK lah selamat bersantai pada anda yang tak kemana-mana hari ini ye... selamat jumpa lagi... tata...

PUAN ZAI @ JH...

p.s camner ler adik sekolah esok ishhh... harap-harap semuanya OK... In Shaa Allah...

 
 

Saturday, August 25, 2012

Resepi Muruku Mak Iti


As-salam...

Semalam pagi buat muruku untuk di bawa pulang ke KL. Si adik dah bedal se-tin muruku mak ngah dia sampai licin huhu. Suka benar adik makan muruku.

Muruku resepi arwah mak mentua puan zai yang jiran tetangga di Karak memanggilnya dengan pangilan Mak Iti (Siti).

Ramai yang dah simpan resepi nie (termasuk puan zai sendiri hehe). Kalau gi beraya rumah jiran lama pun emang mereka kata buat muruku Mak Iti.

 Buat semalam dapat 2 tin.
Satu simpan dan satu lagi tin bawa balik KL.
Nak cuba tak?
Boleh... bahan-bahan ialah:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung muruku
3 cawan tepung pulut
1 atau 2 sudu garam
1 biji telur
Lemuju, jintan puteh, bijan di goreng kering
2 cawan santan yang di masak terlebih dahulu sebelum di campur semua sebelum di adun.
Masuk dalam acuan muruku dan goreng.

 Kakak menolong.

 Kakak pun suka makan muruku sebab tu rajin nak menolong.

 Guna acuan kayu.
Tapi jenuh le nak menekan sebab pemegang dia pendek.
Sampai mengigil nak memicit tepung ke dalam minyak hehe.

Ini dia tukang perabihkan.

Selamat mencuba!

Puan Zai @ JH...

Saturday, June 16, 2012

Cendawan Goreng Nestum

As-salam...

Salam pagi sabtu buat semua. Cuaca kat luar mendung je. Minta-minta lah jerebu cepat hilang, semalam teruk sangat jerebu sampai tak nampak apa kat luar tu.

Baeklah ini cerita malam tadi. Lepas makan nasi, tekak teringin nak makan snek. Takde stok pun nak makan tapi bila bukak peti ais ada dua pek cencawan.

OK juga kalau buatkan snek, makan sambil menonton tv. Anak-anak pun suka nampaknya. Tak tinggal sekeping pun semua dah abes masuk dalam mulut.



Nak sediakannya simple aje. Pecah kan sebiji telor. Cendawan di sadur pada telor sebelum ratakan pada tepung jagung dan nestum. Lebih banyak nestum lagi sedap sebab nestum tu wangi je bila di goreng.

Panaskan minyak, kalau boleh minyak penuh. Goreng hingga warna cendawan keemasan, angkat, tos dan hidangkan.

Menu ini tiada garam ataupun gula. Memang sedap bila rasa sedap itu datang dari kombinasi cendawan dan nestum.

Sekian...

Puan Zai @ JH...

Sunday, June 10, 2012

Kek Batik Milo

As-salam...

Permintaan kakak malam tadi ialah nak makan kek batik milo. Jadi, pagi tadi beli biskut marrie dan susu segar. Bahan-bahan lain ada kat dapur tu.

Menu yang simple dan mudah memang laju je ibu ni buat. Tak leceh sangat, buat dan boleh terus makan.

Kalau nak tahu, kek batik milo ini antara menu yang di hidangkan di pagi raya bersama dengan menu lain. Ini memang permintaan anak-anak puan zai di pagi raya. Eh teringat raya lah pulak...





Bahan-bahan:
Biskut marrie 250gm (40 keping)
Milo 200gm (3 cawan)
Butter 1 cawan
Susu segar 1 cawan

Cara:
Panaskan butter hingga cair. Masukkan susu segar dan kacau. Masukkan milo kacau hingga pekat. Tuangkan bahan yang telah masak tadi kedalam acuan biskut marrie yang telah dipatah-patahkan. Kemudian, bekukan ia di dalam peti ais sebelum di hidang.

Nyum-nyum... anak-anak yang paling suka tau. Resepi mudah, asal si kakak pun boleh menyediakannya.

Sekian... Puan Zai @ JH...

Monday, June 4, 2012

Mee Sanggul Goreng...


As-salam...

Menu berbuka puasa tadi...


Bahan-bahan utama:
10 ekor udang sederhana besar
se-ikat sawi
5 cili merah di kisar
1 labu bawang besar di tumbuk
3 ulas bawang puteh
kicap
garam
minyak masak untuk menumis

cara-caranya:
Tumis bawang yang telah di tumbuk. Setelah wangi masuk cili yang telah di kisar. Letak kicap dan garam sebelum udang di masukkan ke dalam kuali. Masukkan sayur kacau seketika sebelum masukkan mee sanggul dan kacau hingga masak. Hidang.






Puan Zai @ JH....


Saturday, April 14, 2012

Gulai pucuk paku dan udang...

As-salam...

Masak eh untuk famili hari ini?

Sepanjang pagi dok tak de air kat area umah puan zai nie, buat kan sarapan pun makan yang segera aje. Keluar aje air paip terus ke dapur masak apa yang patut. Sambil tu sempat menadah air dalam tong-tong.

Jam 11 pagi air dah mula keluar tapi slow dan sedikit keruh. Siap aje masak nasi dan gulai serta lauk lain tu jam 2 petang putus semula air. Selepas hampir dua jam baru ada balik. Fuhhh... emang sedikit sesak jiwa raga mengenangkan tiada air nie.

Menu hari ini ialah gulai pucuk paku dan udang. Berlawan pula dengan ikan sepat masin berlado. Memang serasi lah. Makan dengan nasi yang panas-panas. Penat-penat masak hentam sampai dua pinggan nasi huhu.




Bahan-bahan utama:
Pucuk paku (RM3)
1 kilo udang
1 biji kelapa ambil yang pekat
1 keping asam keping
garam secukup rasa.

Bahan ditumbuk:
2 labu bawang merah
1 ulas bawang puteh
1 inci halia
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit

Caranya: Campur bahan utama serta bahan di tumbuk kecuali udang. Masukkan garam asam keping. Pucuk paku dah masak baru masukkan udang. Kacau hingga masak dan hidang.

Sekian...

Puan Zai @ JH...

Tuesday, March 20, 2012

Tauhu sumbat

Hmmm gara-gara sos cili untuk nasi ayam masih ada berbaki di dalam peti ais tu, jadi siap lah 10 keping tauhu sumbat yang di gandingkan dengan sos cili tersebut untuk makan malam ini.

Cuma taugeh nampaknya berkurangan sebab si kakak dah 'bedal' banyak sambil 'mengutip-ngutip' tauge di dalam pinggan yang berisi tauhu sumbat tersebut.

Al-kisahhh...

Sekian...

Puan zai @ JH...


Monday, March 19, 2012

Nasi Ayam...

As-salam...

Alhamdulillah, rezeki hari isnin pada hari ini dapat menikmati nasi ayam buatan sendiri malam ini...

Dah lama tak masak nasi ayam... Jemput makan ye...

 Nasi ayam dah tentu ada ayam, ada sup, kicap dan sos serta timun dan tomato.

 Ayam seekor di goreng.

 Kakak makan dua kali tambah.

Tapi adik sibuk makan jeli kelapa... pastu buat muka camtu bila snap gambar... isk3x...

Sekian... Puan zai @ JH...


Thursday, February 9, 2012

Mee Siput...

As-salam...

Empat hari cuti berturut-turut ramai yang balik ke kampung masing-masing. Tidak terkecuali kawan-kawan. Alang-alang ada yang balik ke Perak tu, puan zai pun kirim lah mee siput.

Selalunya kirim mee sanggul aje tetapi sejak seorang sahabat menghidangkan mee siput yang tersangat sedap setiap kali bertandang ke rumah dia, terus puan zai teringin nak makan... apa lagi berbungkus-bungkus la order.

Nak masak mee siput nie bahan-bahannya mesti lah ada seafood. Tetapi di sebabkan si kakak kelmarin mengalami alegik yang teruk maka puan zai letak ayam sedikit dan tauhu goreng dalam tu berserta sawi.

 Masing-masing dapat sepinggan mee siput.

 Tapi kan puan zai makan berpinggan-pinggan... hehe...

Resepi biasa aje... nak tunjuk pun segan tapi kalau style puan zai cengini lah... tetapi lebih sedap kalau kengkawan letak seafood dan banyak sayur-sayuran...

Bahan-bahan utama: 
Mee siput di celur dan di tos, kendian letak tepi sementara buat kuah...

4 keping tauhu yang di goreng dan potong dadu
Seikat sayur sawi
Sekeping dada ayam yang di potong kecil

1 inci halis di hiris halus
2 sudu tepung jagung di bancuh dengan air panas
2 biji telur dan di pukul (ambil telur puteh sahaja)

Air 1L
Minyak

Bahan di tumbuk halus:
2 labu kecil bawang merah
2 ulas bawang puteh

Cara-cara JH:
Tumis bahan yang telah di tumbuk dan halia. Bila naik bau masukkan ayam, kacau dan masukkan air. Setelah mendidih masukkan garam, kacau dan tepung jagung. Setelah itu masukkan pula tauhu dan sawi. Agak-agak mendidih baru masukkan telur puteh tadi dan kacau hingga masak. Hidang.

 Mesti ada cili potong. Kalau tak, tak syokkk...

 Mee siput yang telah di celur dan tos.

 Semangkuk besar kuah dah tinggal separuh.

Terima kasih kawan sebab 'meraikan' tekak puan zai nie hehehe...

p.s kalau sedap kan walaupun simple, konon lah sedap di tekak anak-anak tu kan, seronok je tengok mereka makan bertambah... walaupun kita tahu yang masakan kita bukan pun sedap sesangat macam orang lain yang pandai masak huhuukkk

PUaN ZAi @ jH....


Thursday, January 26, 2012

Pulut dan kelapa parut

Kerana mulut,
Badan binasa,
Makan pulut,
Dengan kelapa...

Hik hik ada kena mengena ke?
Ada kot sebab makan pulut badan kena hangin jahat...

OK lah, pulut nie masa ari minggu ari tu...
Bukan puan zai yang nak makan tapi abah puan zai yang request dari mak, puan zai tolong aje...
Tolong masak, kalau tolong makan takut kang perut meragam pulak...

Bahan utama:
1/2 kilo pulut
Setengah biji kelapa di perah santan jadikan 4 cawan santan
Daun pandan
Garam secukup rasa

Cara:
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk dan masak.

Untuk kelapa parut-Ambil setengah biji kelapa dan ambil puteh sahaja gaul bersama garam dan boleh di hidang bersama pulut yang telah masak.


Monday, January 23, 2012

Meehoon sup daging...

As-salam...


Salam hari minggu... tekak nie teringin sangat nak makan sup. Dah seminggu dah ingat nak buat tapi tak buat juga. Gi singgah blog kengkawan nampak mee atau meehoon sup... Hmmm tak boleh tahan nie kena buat jugak...


Dah tu gi kedai beli daging dan bahan-bahan lain. Cara dan versi serta citarasa orang adalah lain-lain, jadi meehoon sup daging puan zai nie pun cara sendiri maklumlah bukan terer sangat pun memasak. Elok untuk tekak sendiri dan famili aje.




Bahan-bahan utama:
Daging di hiris dan di rebus hingga empuk.
2 labu bawang merah.
2 ulas bawang puteh.
1 batang kayu manis.
3 bunga lawang.
1 ibu jari halia.


Bahan sampingan:
Sepaket meehoon di celur dan di tos.
Sayur sawi di celur dan di tos.
Setangkai daun sup dan daun bawang.
Sepaket bawang goreng.


Cara JH:
Rebus daging bersama-sama bahan utama. Setelah empuk boleh terus dihidang bersama meehoon. Haaa ini lah dia menu campak mencampak JH... simple dan mudah... huahuaaa...




Ini lah bahan utama meehon yang dah di celur dan di tos.
Sawi.
Bawang goreng.
Daun sup dan daun bawang.
Cili padi dan cili merah kicap.
Dan...
Kacang goreng.


Asalnya kacang nie kena blend tapi atas dasar 'kerajinan' JH,
tak buat lah lagipun tak de sapa nak makan pedas... jadi buat cili potong aje lahhh...
Lagipun anak-anak suka sangat dengan kacang goreng.
Makan meehoon sup daging dok letak kacang goreng melampau-lampau dalam mangkuk.



Ini MasterChef kecil, lepas tolong masak terus tolong rasa dan tolong makan...

Jemput makan meh...

Puan Zai @ JH....