Tuesday, January 1, 2013

Cuti Tahun Baru...


As-salam...

Rata-rata semua orang bercuti tahun baru hari ini. Kesempatan ini puan zai dan keluarga dok lepak di rumah aje. Takde plan nak keluar rumah. Cuaca di luar pun tak berapa nak ceria. Lagipun esok anak-anak pun nak masuk sekolah.

Pagi ini puan zai bersarapan susu suam dan roti bakar kosong. Jam 7 tadi sebelum anak-anak terjaga dari tido, puan zai cepat-cepat 'lari' ke kedai.

Ramai yang bersarapan di kedai. Tauke kedai barang basah pun nampaknya sudah sibuk dengan barangan jualan masing-masing.

Sampai je rumah terus kemas barang dapur sambil bersarapan. Selesai je bersarapan terus siap-siap untuk masak.

Hmmm... jam baru ke angka 8pagi, tapi puan zai dah sibuk. Jika hari cuti puan zai selalunya akan mula memasak jam 10pagi. Hari ini saja nak masak awal, kejap lagi nak lepak membaca sambil ber-imaginasi tentang adik yang nak ke sekolah esok di tahun satu huhu...



Kalau tengok bahan di atas, rasanya apa yang puan zai nak masak?

Hmmm dah tentu puan zai nak masak... masak asam ikan tongkol... bunga kantan amek dari 'Terbaek dari ladang' abah puan zai di belakang rumah.

OK lah selamat bersantai pada anda yang tak kemana-mana hari ini ye... selamat jumpa lagi... tata...

PUAN ZAI @ JH...

p.s camner ler adik sekolah esok ishhh... harap-harap semuanya OK... In Shaa Allah...

 
 

6 comments:

MulutPayau said...

Selamat tahu baru dan selamat berhujung minggu dik..
Akak dah mula kerja hari ni....

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

wah2...sedapnya asam pedasss...:)

ieda said...

wah2 sedapnyee
akak pun awal2 dah ke pasar basah beli keperluan basah utk seminggu nie .. ramai org macam nak raya je lagaknye ..

hurmm kalau adik masak asam pedas , akak nak masak kari kepala ikan jemuduk ;)

Jendela Hati said...

mulut payau: arini dah start bz ye kak

yayansmum: masak asam pedas lawan dgn sawi goreng je menu arini

ieda: kari pun lauk peberet org dlm umah nie kak

LYAfrina said...

selamat thn baru akak..
sy di tr x de cuti new year.. hari ni dah mula sesi psekolahan..

Jendela Hati said...

lyafrina: ye la lya arini semua org sudah mula bz