Showing posts with label Products Pilihanku. Show all posts
Showing posts with label Products Pilihanku. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

Apa yang saya ingin baca di blog NAURA


Assalamualaikum...



Lama tak bersiaran kan. Tengah dok ronda-ronda tadi, ternampak satu contest dari blog kak Aya. Nampak menarik. Yang menariknya dah tentu hadiahnya. Rasanya sempat lagi puan zai join nie. Lagi dua jam contest nak tutup. Mudah-mudahan sempat.

Nak join contest nie senang aje, anda pun boleh join. Tajuk contest yang di beri ialah APA YANG SAYA INGIN BACA DI BLOG NAURA atau pun boleh search di: http://www.jendelahidup.com/2015/02/suka-suka-contest.html

Puan zai dah lama ikuti blog ni. Masa mula-mula kenal blog ni dahulu rasanya adalah satu malam ni puan zai boleh khatam kisah keluarga terutama kisah arwah ayahnya dan pengalaman hidup kak aya di sini di Kuala Lumpur. Puan zai dapat rasakan ketulusan kak aya dalam penulisan peribadinya di blog nie. Puan zai suka, sampaikan puan zai turut berada dalam penceritaan kak aya tu. Puan zai ingin baca lagi!  Selain tu Puan zai ingin sekali baca banyak dan banyak dan banyakkk lagi review novel dari blog ni. Bila baca review novel blog ni, makin membuak-buak perasaan nak mendapat novel di pasaran. Puan zai ingin sekali tiap kali kak aya post entry perbanyakkan dengan muatturun lebih banyak lagi photo tak kisah lah apa jua yang kak aya post terutama photo jalan-jalan dan produk-produk yang kak aya promote.

Kalau sapa nak join contest Naura nie join la, jom rebut hadiah-hadiah menarik jom!

1. BB CREAM SEQY BEAUTY bernilai RM55 (1pemenang)
2. CLEANSER SEQY BEAUY bernilai RM45(1pemenang)
3. NAELOFAR HIJAB bernilai RM50 (1pemenang)
4. TUDUNG AIDIJUMA bernilai RM15 (2 pemenang)
5. SHAWL BYCEERANOH bernilai RM25(2 pemenang)
6. SELIMUT TAMPAL bernilai Rm30 (2 pemenang)

Cara nak join:

1. Follow blog ini (
http://www.jendelahidup.com/2015/02/suka-suka-contest.html)

2. Follow IG rohaya_yusof

3.Buat satu entry di blog anda dan linkkan ke entry ini. Satu ayat pun tak pe, panjang berjela pun tak apa.

Tajuk entry :  Apa yang saya ingin baca di blog NAURA.

4. TINGGALKAN LINK ENTRY TERSEBUT DI RUANGAN KOMEN D BAWAH.

5. Peraduan berlangsung bermula 26/2/2015 hingga 26/3/2015.

6. PEMENANG AKAN DIPILIH SECARA RANDOM.

OK tu sahaja takat ni. Tata...

Puan Zai @ JH

 

Saturday, December 6, 2014

Karnival Upin Ipin, PICC


As-salam

Haaaa.... ini citer bila pulak ye? Nie citer masa Karnival Upin Ipin hari tu pada 22 Nov yang lalu.

Puan Zai dan anak-anak je pegi dengan famili kawan. Apak koje le hari sabtu.

Pagi tu selepas kami bersarapan nasi lemak di rumah adik kawan puan zai, kami pun gerak ke karnival dalam jam 10 pagi.

Sesampai je memang dah banyak kereta dan parking penuh. Masa tu jugak la ada konvo kat dewan sebelah karnival. Jadi pengunjung yang hadir berganda-ganda.

Kami memang dapat parking tapi jauh la kena jalan kaki dan naik bukit untuk masuk. Ini semua perkara kecil berbanding nak jumpa Upin Ipin dan Ultraman haha...

 Ini je photo yang ada. Photo yang beramai-ramai tidak dapat di kesan di mana simpannya. Hari tu dapat beli shirt sorang satu, cap, pelekat dan bekas air tuk dua org anak buah. Banyak juga booth yang ada jual macam-macam.

Ehhh ini bergambar dengan Upin Ipin je... Mana Ultramannya???

 
 Alkisahnya... Bila di umumkan show Ultraman jam 1 ptg, semua dah berpusu-pusu masuk dan standby depan stage. Kami pun sama cuba untuk ke depan. Makin ke depan bersesak-sesak dalam ramai-ramai tu puan zai takut adik susah bernapas, adik kata adik ok. Dalam dewan tu memang ramai manusia, 'ramai' pula yang 'berbau-bauan' berpeluh-peluh sampai sesak idung puan zai haha. 

Last-last puan zai kata kat adik jom kita keluar sesak-sesak camnie merisaukan ibu. Adik dari mula enggan nak beredar, dia lebih excited nak tengok dekat bila ultraman dah beraksi dengan raksasa. Ibu pegang je tangan adik dan keluar. Di pintu air mata adik meleleh deras. Tiada bunyi, tiada suara, adik sedih dan hampa tak dapat tengok dekat.. alahai dik sampai meleleh air mata la pulak.

Malam tu puan zai upah adik dengan on youtube dan tengok ultraman yang org post show Ultraman di PICC... sabo je la...

Produk yang telah dirembat. RM100 terbang
 
Kepada penganjur sepatutnya sedia kan screen besar di luar dewan supaya sesiapa yang tidak tak dapat masuk boleh menonton di luar. Takkan puan zai nak tunggu show jam 4 ptg seperti yang di war-warkan mc majlis. Mc pulak 'menghalau' supaya tidak masuk kedalam masa countdown sebelum jam 1. Booth depan stage elok diluar dewan aje supaya ruang kosong lebih besar dan ramai kanak-kanak boleh tengok Ultraman tu. Ini pendapat puan zai je sebagai pengunjung. Jadi mau tak mau, idak lerrr nak tunggu. Memasing dah lapo. Kitaorg terus gerak ke Alamanda.

Muka budak yang kiciwa.



Puan Zai @ JH












Sunday, May 11, 2014

Nasi Ayam Mother's Day


As-salam...

Hari ini makan tengahari dengan nasi ayam. Rempah ayam puan zai guna rempah seperti di bawah. Minggu lepas adik datang rumah dan beri. Saja nak try produk dari Terengganu nie. Tu yang terpiker nak buat nasi ayam. Nasi ayam puan zai buat nie simple je. Takde susah-susah nak piker masak camner. Main campak-campak je dah siap. Takde la nak ikut resepi sangat. Kalau nak masak iye-iye sangat nampaknye kena belek buku dalam rak tu le huahuauuaa...



Untuk seekor ayam puan zai rebus sekejap ayam sebelum perap guna rempah nie. Selain tu puan zai tumbuk bawang puteh 10 ulas serta garam yang di gaul rata. Dah perap baru goreng bila nak makan dan makan panas-panas.

Dah siap dah pun. Cili dan kicap serta sup kaki ayam.

Untuk nasi, puan zai masak 2 pot beras. Bersihkan dan ketepi sementara tumis bersama 2 sudu majerin tu 2 bunga lawang, 1 kayu manis, serai, halia serta bawang puteh hingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam ke beras. Letak daun pandan untuk wangi.

Kicap tu puan zai guna kicap kipas udang atau pun kicap bilal. Letak air rebusan dan sedikit garam, kacau perlahan di dalam periuk hingga didih. Dan angkat.

Untuk cili puan zai guna dalam 10 tangkai cili merah, 3 ulas bawang puteh, 2 cm halia, sedikit garam (jika suka madu letak madu sebab puan zai tak letak gula). Blend bersama air rebusan ayam. Panaskan seketika, angkat dan hidang.

Untuk hari ini puan zai hanya ada tomato dan timun. Tapi jika ada salad dan kobis pun best juga. Kalau anak dara nak makan dia suka ada sayur dan ulam-ulaman di atas meja.

 
Mai sepinggan.



p.s minum petang hari ni nak buat bubur kacang hijau.

 
Puan Zai @ JH...

Wednesday, May 2, 2012

Mini Prosperity Bowls - Tupperware

As-salam...


Ini cerita pasal tupperware pula.


Puan zai beli yang ini sebab ianya comel aje.


Boleh letak gula-gula atau letak makanan yang comel-comel je.


Kat rumah kebanyakan jenis tupperware saiz besar, kali ini nak yang kecil dan comey.




Harga yang puan zai beli nie RM59.80 (8pcs-250ml).
10.1cm (D)x5.7cm(H)

Saturday, April 28, 2012

Prism Bowl - Tupperware...


RM109.90 - Prism Bowl (4), harga asal RM138.40
16.27cm (D) X 6.86cm (H)...

p.s beli untuk mak... mak suka sangattt...

Puan Zai @ JH...


Thursday, April 26, 2012

Hair Fall Control Series

As-salam...


Bulan nie ada la beberapa jenis Tupperware yang puan zai beli.


Semua cantek-cantek. Geram bila belek-belek katalog bulan nie.


Selain rembat tupperware tu puan zai belikan untuk mak puan zai syampoo dan conditioner yang terdapat dalam katalog Tupperware 03/2012.


Kedua-dua nie berharga RM58.00 dari harga asalnya RM65.00.


Thursday, April 5, 2012

Mary Kay ~ Ultimate Mascara Black

Ini kali kedua beli maskara MK.
Harga RM70.
I likeee...


Saturday, March 31, 2012

Adakah???

Adakah???
Adakah daku dapat Samsung Galaxy SII yang ku impikan?
Huhuhu....

(Teringin...)

Wednesday, March 28, 2012

Tupperware - Steam It...

As-salam...

Selamat petang buat semua... sejak pagi renyai dan cuaca mendung. Keluar dari opis cuaca memang gelap aje. Sampai rumah tadi pun hujan renyai cuma ketika ini tak turun lagi dah. Sejuk sikit rasanya sebab terasa bumi ini berbahang sejak 3-4 hari yang lalu... jiwa pun seronok aje dengar hujan turun bila terdengar dari atas bumbung rumah kan...

OK yang Tupperware Steam It nie puan zai beli dapat dari supplier pada hari jumaat yang lepas. Sampai kat rumah kakak dah bagitau nanti buat pau... alahai puan zai tak terer lah nak buat pau. Kalau makan tu terer lah. Selalunya dapat makan pau kalau bawa si adik ke Pediatrik untuk check up. Kat kedai hopital ada macam-macam jual pau yang pelbagai jenis inti. Paling sedap inti coklat.

 Ini katalog yang puan zai tengok sebelum order. Harga Steam It ini RM49.70 sahaja. Sebenarnya ada kat dapur periuk kukus tapi nak jugak beli yang ini. Mudah sahaja guna kat kuali.

Hehe... tak sempat nak snap pau masa dok banyak-banyak dalam Steam It tu... sekejap aje kena ngap dengan anak-anak. Si kakak memilih pau inti kaya pandan di Tesco Menjalara, brand pun brand Tesco. Kakak kata tak cukup ada 9 ketul pau yang comey-comey nanti ibu kena beli banyak sikit pesan kakak.

Tengah piker jugak lepas nie nak masak apa dengan Steam It ini... ada cadangan tak?

Terima kasih.

Sekian...

Puan Zai @ JH...

Wednesday, February 29, 2012

Buy 1 free 1...

Tuesday, February 21, 2012

Lancome?

Jalan-jalan...
pandang-pandang...



Puan Zai @ JH...

 

Saturday, February 18, 2012

Katalog Tupperware berada di tanganku...

 Penyakit 'giler' tengok katalog Tupperware udah datang.
Kempen start dari 13 February hingga 31 March 2012.
Banyak masa lagi ni nak cuci-cuci mata tengok katalog...

Cantek kan bekas air nie?
Si kakak dah bagi hint kata cantek sangat yang kaler pink and purple tu...

Puan Zai @ JH....


Thursday, January 26, 2012

Mary Kay ~ Membelai kulitku...

As-salam... perghhh tak tahan tengok tajuk...

Puan zai dah beberapa bulan menggunakan product Mary Kay nie.

Bermula dengan pack kecil dahulu untuk lihat kesesuaian kulit... bila tengok kulit tak de masalah dan pack kecil pun dah habis, puan zai beli pack besar untuk kegunaan sekarang.

Puan zai bukan orang ado-ado, jadi puan zai beli ikut kemampuan diri.

Usah beli bebanyak. Beli dan guna. Jika sesuai teruskan. Jika tidak terpulang pada diri sendiri. Bukan nak tiba-tiba jadi cantek. Asal kulit muka sihat dan kita sendiri akan lebih berkeyakinan di luar. Ini lebih penting.

Tadi dah dapat barang yang di kehendaki. Pulak tu perasaan jadi terlalu gembira bila dapat lipstick dan eye pencil sebagai free gift.

 Barang di beli dan free gift.

 Moisture renewing gel mask RM110.
Pakai sebelum tidur.
Kulit akan kurang garis halus dan kedutan.
Kulit menjadi cerah.
Kulit muka tegang, sihat dan lembut.

I like...
Baru first beli mask nie.
Penah guna sekali masa demo dedulu.
Dan penah guna bila dapat sampel dan pakai di rumah.

 Oil Free hydrating gel RM120.
Akan mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit.
Kulit tak kering jika guna.

 Sun protector RM120.
Pack kecik udah abes jadi kena beli yang ini, besar sikit dalam 29ml.
Uii boleh jimat nie...

 Haaa tang ini yang best nie.
Sebagai penghargaan pelanggan tetap, puan zai dapat free gift lipstick rose satin.
Cantek tau kaler dia.
Lagi satu puan zai dapat Weekender eye pencil - calssic navy.
Senang nak guna cuma calit ke alis mata dah siap...
Seronok sangat tang free gift nie...
Berbaloi lah kot...hehehe


Produk ini puan zai walau sedikit mahal (memang mahal pun sebab selalunya pakai produk murah), tetapi ianya menjimatkan.
Tak perlu nak pakai banyak, secalit di hujung jari pun dah cukup.
Secalit di hujung jari boleh rata seluruh muka...
Jimat tak?
Jimattt...
Boleh lah try...

Puan Zai @ JH....


Saturday, December 3, 2011

Kenanga Wholesale City ziarah ke 2


 Semalam hari jumaat break dua jam.
Awal-awal lagi memang dah plan nak ke Kenanga Wholesale City.
Sampai-sampai tengok ramai orang kat lobi rupanya open ceremony dorang semalam.
Ada juga kedai yang baru buka.
Takat nie masih berjalan, melihat, mengintai dan menjenguk-jenguk kedai di sini.
Belom ada lagi barang yang nak di borong.
Lagipun bangunan ni besar.
Pertama kali datang sini minggu lepas ada jugak borong barang.
Excited sangat sampai nak juling bijik mata tengok barang-barang yang di jual

 Ini permandangan masa nak start open ceremony tu.
Ada lion dance, puan zai suka tengok tapi tak sempat nak tunggu, masa itu emas.
 Banyak la deretan bunga-bunga untuk salah satu kedai yang baru dibuka.

Ini antara model bunga tersebut hehehe... kelessssss....


Thursday, November 24, 2011

Kenanga Wholesale City

Lunch time tadi gi bertiga ke Kenanga Wholesale City yang baru je bukak. Masih ada lagi kedai-kedai kosong yang masih di renovate.

Kitaorg gi sebab nak cari blouse untuk di jual... Gi dengan tauke (tukang keluar duit modal), accountant (tukang kira duit masuk dan keuntungan) dan marketing (yakni puan zai tukang jual) ke sana selama satu jam. Hehe dah macam bukak company je kan...

Dapat rembat 10 pasang blouse dulu. Sebabnya bangunan baru lagi. Gi sana cuci-cuci mata dulu. Lain kali datang lagi cari barang.

Kalau sebelum ni gi jalan ke sana akan berjalan kaki sepanjang jalan banyak kedai-kedai borong yang menjual pelbagai jenis baju-baju. Uissshh naik juling la mata nak memilih kadang tu 2 jam break tak cukup masa tau.

Masa tu panas la sebab kena ke satu kedai ke satu kedai. Sekarang tidak lagi. Di Kenanga Wholesale City nie semua kedai borang di tempat kan disini dengan keadaan yang cukup selesa yang berhawa dingin.

Parking pun banyak mana tak nya paking sampai tingkat 10 tingginya. Takat nie paking masih free tak payah bayar.

Jadi tak perlu basah ketiak panas-panas nak cari barang. hehe

 Lagi satu, kat sini ada foodcourt.
Jadi sambil-sambil cari barang bole basahkan tekak dulu.
Tapi kitaorang tak gi lah sebab kesuntukan masa nak cuci mata nie.

 Boleh tak bawa balik bunga banyak tu?
Maklum kedai baru jadi banyak bunga-bunga ucapan tahniah untuk open ceremony kedai masing-masing.

 Aduhhhh geram lah tengok baju kanak-kanak kat sini semua cantek-cantek.
Nasib lah takde baby kalu tak memang dah rembat dah...
Sekarang consentrade amek blouse, kendian ari bole lak cari pakaian kanak-kanak pula.
Ini semua terpulang pada tauke kami nie. hehe...

 Tauke dok tengok design.

Rambang mata tau nak pilih semuanya mengugat iman tauuu...

Next time nak gi ronda-ronda. Kalau semua kedai dah buka semua lagi la best nya... takat nie puan zai dan kawan-kawan terlampau teruja berjalan sampai sakit tapak kaki. Terlalu besar dan bertingkat-tingkat...

Sampai opis masing-masing kebulur terus tapau nasi kat food court...

Wokeh le jumpa lain masa... tata

Puan zai @ JH..



Wednesday, November 23, 2011

Tupperware Ezy Keeper Large

Product Pilihan puan zai kali ini ialah Tupperware Ezy Keeper Large 4.3L.

Puan zai beli sebelum raya haji aritu dengan harga RM40.


Mula tu tak pasti nak letak apa masa raya haji tu.

Nak letak minuman air kotak ke kueh ke atau apa.

Last-last masa raya tu puan zai letak nasi impit mini dalam tu.

Mudah sikit sebabnya tak perlu susah-susah nak buka penutup, tolak je dan ambil.

 Tupperware nie tinggi jadi kali ini puan zai simpan buah-buahan di dalam sebelum masuk ke dalam peti ais.

 Boleh masuk hampir 30 biji buah bersamaan 3 jenis buah dalam bekas nie.
Senang kan?
Memang mudah.
Nak simpan mudah.
Nak buka pun mudah.
Itulah tupperware...
cewahhh gini le orang 'giler' tupperware nie...
hehehe
ok lah... jumpa lagi di lain tupperware pula ye...

Tata... Puan Zai @ JH


Saturday, November 12, 2011

Burung Angry Birds Yang Sebenar

Agak-agak burung yang sebenar ni pun ganas macam Angry Birds tak?


http://img64.imageshack.us/img64/1267/birds01.jpg
p.s- Budak-budak sekarang kalu gi mana-mana je semua nak Angry Birds... Dari beg sekolah, stationary, buku kaler semua nak AB nie...huhu... tp apa-apa pun... cantek...

Bukan tu sahaja hadiah birthday ke, sukaneka ke, doorgift ke, ataupun dari cikgu untuk anak murid pun ada AB...

Siap je la duit nak beli belah product nie bulan depan bila masuk sekolah January nanti...

Friday, November 11, 2011

Demo Mary Kay...



~Demo 11.11.11~
[Saja je letak tarikh nie, dah semua orang sibuk je dengan tarikh 'keramat' nie haha]

Kelmarin kawan opis ada buat demo untuk product Mary Kay.
Puan zai dah buat dan dah guna pun.
Cer tengok cer tengok...
Penuh satu meja.
Dengar, perhatian dan bertanya.
Itu lah reaksi penonton yang tengok demo nie.
Kalau puan zai nak citer, tak berapa reti sangat.
Jadi, tengok pic aje lah, cer tengok ada perbezaan tak?
Bak kata puan bee, memang ada perbezaan...

 Dua orang jadi model.
Sorang berkulit biasa dan sorang lagi di bawah nie kulit sensitif.
Pic atas mula dengan buang bekas makeup dengan remover pehtu pakai cleanser dan srup.

 Dua pic di atas tu kawan puan zai ini juga pakai cleanser pehtu pakai mask.
Dan dua pic dibawah dah siap pakai bedak dan di makeup.
Makeup simple, sesuai untuk ke pejabat.

 Yang ini seisi makeup.
Sesuai untuk makeup acara malam hari.

 [Pic recycle lagi dari koleksi puan zai sendiri-saja je nak eksen haha]




Wednesday, November 2, 2011

Tupperware-Fridge Water Bottle


Kononnya lah untuk raya haji...


 Yang di atas nie, Fridge Water Bottle (2) 2L
11.8cm (L) x 11.8cm (W) x 28.4cm (H)
dengan harga RM79.80...


Jika beli Fridge water bottle dua yang di atas tadi, boleh beli Outdoor Tumbler (2) 350ml
cuma dengan harga murah RM8.90...

Apa lagi beli ler, lagipun puan zai terpikat juga dengan kaler ijau ia... cantek...

Sementara stok masih ada di stokis sehingga 12 November 2011 nie...




Saturday, October 22, 2011

Recrangular Shelf Saver (2) 2L RM43.80

Reactangular Shelf Saver (2 set) 2 L dengan harga RM43.80.
44.0cm (L) X 20.0cm (W) 39.5cm (H)