Showing posts with label Realiti TV. Show all posts
Showing posts with label Realiti TV. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Tahniah Jozan!


[Pic dari Mstar]


As-salam… Salam hari senin…

Menang kerana populariti? Hmmm... tak moh komen pasal tu lah… emang pun setiap group, masing-masing punya peminat sendiri.

Bagi puan zai malam final Maharajalawak Mega Jumaat lepas, semua peserta pun hebat-hebat termasuk la group pilihan iaitu Boboi (sebenarnya lebih sokong ke Nabil hehe).

Rancangan nie emang puan zai akan tengok berulang tayang bila ada siarannya. Hehehe suka tengok dan akan gelak walau dah tengok sebelum nie. Maklum le ini antara terapi diri sendiri.

Kelima-lima group tak dinafikan hebat-hebat. Kumpulan Saywho tu walaupun mereka dari Indonesia tetapi lawak mereka berkualiti. Sentiasa up-to-date dan mereka pandai mengambil hati penonton setiap negeri. Puan zai tahu mereka sentiasa buat homework Cuma rezeki mereka takat di situ sahaja iaitu di tempat ke lima.

Kumpulan Boboi… huhu kedua-dua segmen persembahan mereka malam tu menarik. Lawak intelligent. Kelakar tengok tang Nabil jadi Ning dan Harun jadi Ella memang lawok le. Cuma mereka mendapat tempat keempat dengan memenangi hadiah RM50K.

Dua tiga minggu yang lepas puan zai lihat Kumpulan Shiro dan Saywho meningkat mendadak kualiti persembahan mereka. Puan zai dapat rasa mereka antara juara yang akan di nobatkan. Kumpulan Shiro nampaknya lebih baek persembahan mereka berbanding Maharajalawak Mega sebelum ini. Apa-apa pun kira ok la mereka berjaya gondol tempat ketiga.

Jambu bukan kumpulan peberet puan zai. Dah nama lawak jenaka puan zai ok je la menonton. Ramai jugak penyokong mereka sehingga mereka Berjaya memenangi tempat kedua. Sapa sangka.

Jozan jika melibatkan Zizan seorang seperti minggu ke 9, mungkin Jozan akan menang sorak dan undian. Ramai jugak yang kata supaya persembahan ‘badan plastik’ Zizan dihentikan, banyak buang masa dengan buat adegan melompat-lompat tu. Bagi puan zai ketiadaan Johan memang pentas Zizan terasa kosong. Kosong-kosong pun mereka Berjaya meraih tempat pertama sekali gus mengondol hadiah lumayan iaitu RM500K… wah seronoknya…

OK lah… kita tunggu tahun depan, sapa yang lebh hebat lagi. Semoga tahun tahun lebih banyak penyertaan dari pelawak baru dan otai. Harap jugak Jef dan Shuip masuk bertanding. Pasal nak menjaga hati Mamat tu tolak ke tepi lah, banyak lagi group lain yang bergabung sesama sendiri. Boleh apa…

Terima kasih kerana sudi membaca komen peribadi ini.

Puan Zai @ JH…



 

Saturday, March 17, 2012

Shiro Tepati Ramalan, Juara RL6

Akhirnya selesai jua RL6 tahun ini... seperti yang dijangka kumpulan Shiro mendapat tahta RL6 kali ini. Tahniah buat Shiro...




PETALING JAYA, 17 MAC 2012: Kumpulan Shiro menepati ramalan ramai pihak apabila diisytiharkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 6 (RL6), sebentar tadi dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang berlangsung dari Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.

Kemenangan Shiro telah diumumkan oleh pasangan hos RL6, Johan dan Zizan dan dengan kemenangan ini, Shiro telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Shiro dianggotai oleh Shahrol Azizie Bin Azmi atau Sharol, 27 dan Mohd Hanaffi Bin Razak atau Ajak, 25. Mereka merupakan anak didik kepada Cif Kecil Tauke.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan yang juga merupakan anak didik kepada Tauke iaitu Zero telah diisytiharkan sebagai naib juara RL6. Trio adik beradik dari Kudat, Sabah ini membawa pulang wang tunai RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro.

Wakil dari utara, kumpulan Cuit pula menduduki tempat ketiga dan tiga sekawan dari Pulau Pinang ini membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro. Cuit adalah anak didik kepada Cif Kecil Yus.

Manakala kumpulan 2yol yang merupakan anak didik Cif Kecil Angah, menduduki tempat keempat dan pulang membawa wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Prima (saluran 105) dan pada minggu ini, dua tema telah diberikan kepada para peserta. Tema pertama ialah bebas iaitu peserta diberi kebebasan membuat persembahan berdasarkan idea dan kreativiti mereka sendiri.

Tema kedua pula ialah muzikal komedi dan setiap peserta diberi genre yang berbeza di mana Zero mendapat tugas bergenrekan rock, 2yol bergenre pop yeh yeh, Cuit (Bollywood) dan Shiro (dangdut).

Juri tetap untuk malam final ini ialah seperti biasa penerbit terkenal David Teoh, pelakon Sheila Rusly, dan pelawak Sathiya-Murai.com


Profil Shahrol

Nama Samaran :Shahrol
Nama Sebenar : Shahrol Azizie Bin Azmi
Asal :Johor
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Bekerja sendiri
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6


Profil Ajak

Nama Samaran :Ajak
Nama Sebenar : Mohd Hanaffi Bin Razak
Asal :Johor
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Emcee
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6


Puan zai @ Jendela Hati

Sunday, March 11, 2012

Empat Peserta Berentap Di Final RL6


KUALA LUMPUR, 10 MAC 2012: Harapan setiap kumpulan yang masih tinggal di Raja Lawak 6 untuk ke final musim ini, menjadi nyata sebentar tadi apabila tiada penyingkiran di minggu kesembilan Gelanggang Raja Lawak 6.

Ini bermakna, empat peserta tersebut iaitu Zero, Cuit, 2Yol, dan Shiro layak ke final yang akan berlangsung minggu depan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Keputusan untuk membawa kesemua empat peserta tersebut ke final telah diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Sheila Rusly.

Gelanggang Raja Lawak 6 telah bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, dan untuk minggu kesembilan ini, dua tema yang berbeza iaitu zaman kanak-kanak dan "kalau aku...." telah diberikan kepada peserta.

Kelainan untuk minggu ini, meskipun mempunyai tema yang sama, setiap peserta telah diberi tajuk persembahan tersendiri dari barisan tenaga pengajar. Ini bermakna setiap peserta mempunyai kisah berlainan untuk disampaikan untuk setiap pusingan.

Secara keseluruhan, tiada peserta yang benar-benar menyerlah untuk minggu kesembilan ini. Shiro yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk menjadi juara juga gagal menyampaikan persembahan yang menarik. Sementara tiga lagi peserta pula hanya mempamerkan persembahan sederhana dan masih belum mencapai tahap memuaskan.

Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain Sheila Rusly, dua lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya dan penerbit terkenal, David Teoh.

Shiro dan Zero adalah di bawah didikan Tauke (Jambu), sementara Cuit pula di bawah tunjuk ajar Yus (Jambu) dan 2Yol merupakan anak buah kepada Angah.

Jangan lupa untuk menyaksikan Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang akan berlangsung minggu hadapan di Dewan Sivik MBPJ. Pas masuk PERCUMA boleh didapati di Pintu Utara, ASTRO Bukit Jalil pada hari Jumaat, (16 Mac 2012) bermula jam 10 pagi. Pas Masuk adalah terhad dan siapa cepat, dia yang dapat-Murai.com

p.s-walau Shiro minggu nie tak berapa menyerlah tapi  minggu-minggu sebelum lawak mereka ok dan lawak. Puan zai harap Shiro akan menang RL6.

Puan zai @ JH...

Monday, March 5, 2012

Giliran Selak Mengundur Diri Dari RL6

Salam hari senin buat semua...

Hari senin nie biasa la nak citer pasal RL6 le... nampaknya group peberet mak puan zai dah terkeluar... huhu...

Jom ar jenguk-jenguk apa citer kat Murai.com...


KUALA LUMPUR, 3 MAC 2012: Lapan minggu bertahan dalam Raja Lawak 6, akhirnya tibalah masa untuk kumpulan Selak mengundurkan diri setelah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu ini.

Penyingkiran kumpulan Selak itu dibuat oleh salah seorang juri tetap, Sheila Rusly pada minggu kelapan Gelanggang Raja Lawak musim keenam yang berlangsung sebentar tadi.

Selak yang dianggotai Fad dan Wak tersingkir setelah mendapat undian terendah berbanding empat peserta lain yang masih tinggal.

Gelanggang Raja Lawak 6 minggu kelapan telah bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan pada minggu kelapan ini, setiap peserta diminta membuat dua persembahan di mana persembahan pertama bertemakan 'Pertama Kali' dan persembahan kedua bertemakan 'radio'.

Bagi persembahan pertama, peserta diminta mempersembahkan sketsa yang memaparkan kisah pengalaman 'pertama kali melakukan sesuatu' dalam apa jua situasi. Manakala untuk persembahan kedua, telah menampilkan kerjasama antara Raja Lawak 6 dan radio rasmi program ini, Sinar FM.

Peserta diminta mempersembahkan sketsa diri mereka sebagai penyampai radio Sinar FM dan isitimewa untuk persembahan kedua ini, Pengurus Rancangan Sinar FM, Rostam Zulkarnain Said atau lebih dikenali sebagai Pak Tam telah dipilih sebagai pengkritik jemputan.

Kumpulan Shiro nampaknya terus menjadi pilihan minggu ini kerana berjaya menghiburkan penonton dengan kedua-dua persembahan mereka. Namun cabaran tetap diberikan oleh kumpulan Cuit dan 2Yol sementara kumpulan Zero yang gagal menyerlah pada persembahan pertama, bangkit menggamatkan gelanggang untuk persembahan kedua.

Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain Sheila Rusly, dua lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya dan penerbit terkenal, David Teoh.

Selak yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 4 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan sebelum mereka ke final pada minggu seterusnya.


BIO

Profil Fad
Nama Samaran :fad
Nama Sebenar : Mohamad Fadzlie Bin Mohd Nizam
Asal :Johor
Umur :20 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon
Kerjaya :Customer Sevice Asst (TNB)
Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas

Profil Wak
Nama Samaran :Wak
Nama Sebenar : Mohammad Zulzaini Bin Senin
Asal :Johor
Umur :20 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon
Kerjaya :Pelajar (Politeknik Johor Bharu)
Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas

Puan Zai @ JH...

Tuesday, February 28, 2012

RL6-Albob Tersingkir, Hanya Shiro Menyerlah



KUALA LUMPUR, 24 FEB 2012: Setelah tujuh minggu bersaing bersama rakan-rakan lain dalam Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya tibalah masa untuk kumpulan Albob mengundurkan diri dari persaingan musim ini sebentar tadi.


Penyingkiran Albob diumumkan salah seorang juri tetap, penerbit David Teoh setelah Albob mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain tinggal. Selain Albob, kumpulan Selak dan dan Cuit juga adalah antara peserta yang mendapat undian terendah minggu ini.


Minggu ketujuh sememangnya memberi cabaran hebat kepada para peserta Raja Lawak Musim ke 6 (RL6) apabila hampir kesemua peserta gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Hanya kumpulan Shiro mampu menceriakan para hadirin yang menonton di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil pada minggu ini.


Kedengaran mudah, namun tema bebas yang diberikan kepada peserta pada minggu ini gagal menghasilkan jalan cerita dan lawak yang berkualiti sehingga mengecewakan para juri. Sheila Rusly secara terang-terangan telah melabelkan majoriti dari persembahan peserta minggu ini sebagai busuk.


Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain David Teoh serta Sheila Rusly, seorang lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya.


Albob yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 5 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan.



Profil Abam

Nama Samaran :Abam
Nama Sebenar : Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal :Gombak, Kuala Lumpur
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.



Profil Ali

Nama Samaran :Ali
Nama Sebenar : Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 22 tahun
Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.


p.s antara kumpulan yang puan zai suka... tapi tak rezeki tersingkir pula kali ini



credit to Murai.com





Sunday, February 19, 2012

RL6: Bahana Minggu Retro, Skema dan Riki Tersingkir

Ada sorang penonton minahsaleh nama Maria (ye atau tak nama dia Maria ntah lah) live rancangan RL6 nie malam kelmarin. Punya lah kecoh si Jozan dok speaking london, aduh bersepai gelak puan zai dan famili melihat telatah Jozan yang tak henti-henti buat orang ketawa...

Apa-apa pun credit to Murai.com...





KUALA LUMPUR, 17 FEB 2012: Selepas berjuang selama enam minggu di Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya perjalanan dua kumpulan iaitu Skema dan Riki berakhir sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.

Skema dan Riki tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding enam peserta lain yang membuat persembahan di minggu keenam ini. Kumpulan 2Yol yang turut diumumkan antara tiga peserta yang mendapat undian terendah bagaimanapun terselamat dari penyingkiran.

Berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 6 membawakan tema retro dan para peserta diminta membuat persembahan berdasarkan situasi, gaya pemakaian, dialek bahasa dan imej yang berdasarkan nostalgia zaman 50-an, 60-an, 70-an atau 80-an.

Tiada peserta yang benar-benar menyerlah pada minggu ini. Rata-rata mereka masih menampilkan persembahan lawak pada tahap sederhana dan persoalan siapa yang benar-benar menonjol sebagai bakal juara masih samar.

Penyingkiran Skema dan Riki diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Sheila Rusly. Selain Sheila, dua lagi juri tetap untuk setiap minggu ialah penerbit terkenal David Teoh dan pelawak Sathiya. Gelanggang RL6 turut dipancarkan secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132) dan dihoskan oleh Jozan.

Kumpulan Skema adalah dibawah tunjuk ajar Cif Kecil Tauke (Jambu) manakala kumpulan Riki pula di bawah tunjuk ajar Cif Kecil Angah. Dengan penyingkiran mereka, tinggal enam lagi peserta untuk berentap minggu hadapan.


RIKI
Profil Lyzal

Nama Samaran :Lyzal
Nama Sebenar : Norlizal Bin Mohamed Ghani
Asal :Penang
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Bermain alat muzik
Kerjaya :Pekerja Kilang
Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara raja lawak.
Profil Azhar

Nama Samaran :Azhar
Nama Sebenar : Md Noor Hazhar Bin Adnan
Asal :Penang
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : menyanyi
Kerjaya :Pekerja Hotel
Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara raja lawak
Profil Padil

Nama Samaran :Padil
Nama Sebenar : Mohamad Fadzil Bin Akbar
Asal :Penang
Umur :24 tahun
Bakat selain melawak : snake show
Kerjaya :Pejerja Hotel
Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara raja lawak

SKEMA
Profil Sheikh

Nama Samaran :Sheikh
Nama Sebenar : Sheikh Abdul Rahman Bin Zainal Abidin
Asal :Penang
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menari, berlakon, bersilat
Kerjaya :Pelajar
Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas


Profil Hafizi

Nama Samaran :Hafizi
Nama Sebenar : Mohd Hafizi Bin Zulkifle
Asal :Kuala Lumpur
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menari, berlakon, bersilat.
Kerjaya :Pelajar
Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas

Puan Zai @ JH...

Monday, February 13, 2012

RL6: Minggu Muzikal Gagal Selamatkan Gman

Kalau ikut kan minggu muzikal kira ok lah, rata-rata banyak persembahan yang buat puan zai tergelak... ada aksi KRU lah dan macam-macam lagi...


Yang masih buat puan zai sakit perut gelak ialah aksi si pengacaranya lah si JOZAN tu, mencik tau tengok lawak anda berdua hehehe...


OK meh tengok berita tentang penyingkiran kumpulan Gman pada minggu ini di Murai.com... mana lagi kalau bukan Murai.com yang puan zai suka baca tentang RL6 ini... time last-last penyingkiran mereka sedih juga di studio dan di rumah...







KUALA LUMPUR, 10 FEB 2012: Minggu muzikal yang menjadi kegemaran setiap penonton dan peserta Raja Lawak selama ini gagal dimanfaatkan oleh kumpulan Gman apabila mereka tersingkir sebentar tadi dari Raja Lawak 6 (RL6).


Berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, minggu kelima Gelanggang Raja Lawak 6 memerlukan setiap peserta RL6 membuat persembahan diiringi pemuzik jemputan yang diketuai Shah Slam.


Para peserta dikehendaki menyelitkan unsur nyanyian dalam persembahan komedi mereka dan sejak musim pertama lagi, minggu muzikal sememangnya dinanti kerana pada minggu inilah para peserta selalunya akan tampil dengan persembahan berkualiti.


Kumpulan Gman tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding 8 peserta lain yang membuat persembahan di minggu kelima ini. Selain Gman, dua lagi kumpulan yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Riki dan kumpulan Skema.


Penyingkiran Gman diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Sheila Rusly. Selain Sheila, dua lagi juri tetap untuk setiap minggu ialah penerbit terkenal David Teoh dan pelawak Sathiya. Gelanggang RL6 turut dipancarkan secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132) dan dihoskan oleh Jozan.


Kumpulan Gman adalah dibawah tunjuk ajar Cif Kecil Yus (Jambu) dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 8 lagi peserta untuk berentap minggu hadapan.



Profil Jiggy

Nama Samaran :Jiggy
Nama Sebenar : Mohammad Aizat Bin Ahmad Nazri
Asal :Klang, Selangor
Umur :22 tahun
Bakat selain melawak : Menari, bersukan.
Kerjaya :Freelance fire artist.
Harapan untuk Raja Lawak 6: Memberi satu fenomena dan impak baru berbanding Raja Lawak yang sebelumnya dan untuk menjadi juara.



Profil Man

Nama Samaran :Man
Nama Sebenar : Lokmanul Hakim Bin Mat Shum
Asal :Pulau Pinang
Umur :22 tahun
Bakat selain melawak : Menari, bersukan.
Kerjaya :Freelance fire artist.
Harapan untuk Raja Lawak 6: Memberi satu fenomena dan impak baru berbanding Raja Lawak yang sebelumnya dan untuk menjadi juara.



Puan Zai @ JH....



Sunday, February 5, 2012

RL6: Kodan Tersingkir Di Minggu Bertemakan Cinta

Satu-satunya perserta solo telah tersingkir... susah tau kalau nak jadi peserta solo nie... idea kena kuat kena mantop...

Macam bang bil jugak yang kena bersedia dan sentiasa lahirkan idea yang bernas untuk persembahan (eh nak jugak sebut nama Nabil ek, eh mesti lah kalau dah minat walau dia tak de kat RL 6 nie hehehe).

Kodan nie ok jugak lawakz dia cuma dia takde rezeki untuk duduk lama di RL6...

Jom belek kejap di Murai.com...



KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2012: Tema cinta yang dibawakan untuk minggu keempat Raja Lawak 6 (RL6) tidak dapat memberi kelebihan buat Kodan apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebentar tadi.

Bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, Gelanggang Raja Lawak 6 minggu keempat ini memerlukan setiap peserta membawakan tema percintaan ke atas pentas dan persembahan Kodan gagal memikat barisan juri, audiens dan pengundi sehingga dia menerima undian terendah pada minggu ini.

Kodan sebelum ini dikenali kerana pernah menyertai pelbagai program realiti lain sebagai penyanyi, pelakon serta pengacara dan penyertaannya sebagai pelawak di RL6 adalah satu percubaan untuk dirinya mencapai impian bergelar penghibur.

Kodan adalah peserta dibawah tunjuk ajar Cif Kecil Tauke dan selain Kodan, dua lagi peserta yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Selak dan kumpulan 2Yol. Pengumuman penyingkiran Kodan diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Sathiya.

Raja Lawak 6 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, David Teo serta Sathiya sendiri. Ia turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132).

Istimewanya Gelanggang Raja Lawak minggu ini ialah penampilan isitimewa pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz yang tampil untuk mempromosikan drama lakonannya bersama Johan iaitu Elly & Epit.

Dengan penyingkiran Kodan, maka tinggal 9 lagi peserta bakal meneruskan lagi cabaran Raja Lawak 6 di minggu hadapan.

Profil Kodan
Nama Samaran :Kodan
Nama Sebenar : Mohd Shahdan Bin Salleh
Asal :Klang, Selangor
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, mengacara,bermain percussion
Kerjaya :Event Management
Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara sekaligus mewarnakan lagi industri hiburan tanah air.

Puan Zai @ JH...

Tuesday, January 31, 2012

Ketupat dan King Mangsa Pertama RL6



Tengok Rajalawak 6 kat channel Warna 132 tak? Puan zi jalan-jalan dan baca cerita tentang pernyingkiran pertama di Murai.com. Dua kumpulan telah tersingkir iaitu kumpulan Ketupat dan King.


Bak kata juri minggu depan tak nak persembahan 'busuk' lagi... takat ni puan zai suka tengok persembahan 2yol, Shiro, Selak dan Skema.


Apa-apa Jozan memang buat orang ketawa aje dengan telatah mereka...





KUALA LUMPUR, 28 JAN 2012: Selepas dua minggu terawal menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan terhadap para peserta Raja Lawak 6 (RL6), Gelanggang RL6 sebentar tadi menyaksikan dua peserta disingkirkan sekali gus iaitu kumpulan King dan Ketupat.


Pengumuman penyingkiran dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 6, penerbit popular David Teo, di minggu ketiga program RL6 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.


Gelanggang Raja Lawak 6 minggu ketiga turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132).


Tiga peserta yang menduduki tangga terbawah ialah kumpulan Ketupat, kumpulan Albob dan kumpulan King. Bagaimanapun Albob terselamat dari penyingkiran minggu ini.


Tugasan untuk minggu ketiga ini bertemakan persekolahan dan rata-rata peserta telah menunjukkan peningkatan sehingga majoriti komen yang diberikan pihak juri pada minggu ini bernada positif.


Kumpulan King yang tersingkir dianggotai oleh Raje, Farid dan Kopi manakala Ketupat dianggotai Wak, Acai dan Aboy. Kedua-dua kumpulan yang tersingkir ini adalah dibawah CIf Kecil Angah.


Raja Lawak 6 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, Sathiya dan David Teo sendiri.


Dengan penyingkiran King dan Ketupat, maka tinggal 10 lagi peserta bakal meneruskan lagi cabaran Raja Lawak 6 di minggu hadapan.


Bio Ketupat~~~



Profil Wak

Nama Samaran :Wak
Nama Sebenar : Mohd Khairi Bin Kamarudin
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
Kerjaya :Despatch
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.



Profil Acai
Nama Samaran :Acai
Nama Sebenar : Mohd Hafizi Bin Hussin
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
Kerjaya :Store Assistant
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.



Profil Aboy

Nama Samaran :Aboy
Nama Sebenar : Jusri Bin Johan
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
Kerjaya :Pengedar Kereta
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan



Bio King~~~



Profil Pelawak

Nama Samaran :Raje
Nama Sebenar : Raja Petera Bin Raja Abdullah
Asal :Johor Bahru
Umur :46 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
Kerjaya :DJ
Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.



Profil Pelawak

Nama Samaran :Farid
Nama Sebenar : Mohd Faridi Bin Bardaidi
Asal :Kedah
Umur :29 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
Kerjaya :Emcee
Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.
Profil Pelawak

Nama Samaran :Kopi
Nama Sebenar : Kedang Anak Blok
Asal :Sarawak
Umur :29 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
Kerjaya :Promoter
Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.


Puan Zai @ JH....

Tuesday, January 17, 2012

Raja Lawak 6 di Astro Warna

As-salam...
Jumaat lepas sudah bermulanya Gelanggang Raja Lawak yang ke 6 di Astro Warna.

Baru je mula minggu pertama, jadi ramai yang belum menunjukkan belang masing-masing di hadapan juri David Teo, Shila Rusli dan Baby Face @ Sathiya.
Ada juga lawak yang bagus dan buat JH tergeletek ketawa.

Setakat ini JH dapat tengok kumpulan Selak sedikit menyerlah.
Untuk minggu ini tiada penyingkiran dan semua masih berpeluang untuk beraksi di gelanggang RL6 minggu ini.




Puan Zai @ JH

Friday, January 13, 2012

Obses Ezani bawa tuah

TIGA juri tetap MasterChef Malaysia iaitu Chef Joe (dua dari kiri), Chef Zubir (dua dari kanan) dan Chef Riz (kanan) turut hadir meraikan kemenangan Ezani dan Wahidan.



BENARLAH bagai dikata, tanpa keberanian, segala yang diidam dan dicitakan tidak akan menjadi kenyataan.

Barangkali, kata-kata itu juga amat bertepatan dengan kemenangan Ezani Farhana Md. Monoto yang telah berjaya menggondol gelaran juara sulung program MasterChef Malaysia baru-baru ini.

Siapa sangka, seorang doktor gigi yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia kulinari membuahkan hasil yang cukup lumayan apabila Ezani Farhana membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Tidak cukup dengan itu, seperti yang dijanjikan kepada semua juara francais MasterChef di seluruh dunia, anak kelahiran Kajang, Selangor itu turut memperolehi kontrak untuk menerbit dan mengedarkan buku masakannya sendiri.

Sewaktu ditemui pada episod terakhir, Santapan Penamat di Tapis Rouge, Encorp Strand, Kota Damansara, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu, Ezani Farhana atau mesra disapa sebagai Ezani masih menganggap dirinya seperti bermimpi.

Walaupun keputusannya telah diumumkan dua minggu lalu tetapi Ezani bagaikan tidak percaya apabila dia dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia setanding dengan barisan juara daripada francais program realiti masakan popular itu.

Biarpun sudah memegang status juara, tetapi bagi Ezani, dia masih belum memutuskan untuk meninggalkan kerjaya profesionalnya.

"Saya menyertai MasterChef Malaysia kerana minat yang sangat mendalam terhadap bidang kulinari. Memang dari kecil saya suka memasak dan menjadikan ibu saya sebagai idola dalam bidang masakan.

"Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang kulinari sebagai karier saya memandangkan ahli keluarga saya semuanya mempunyai pekerjaan profesional.

"Jadi secara tidak langsung saya mengikut jejak langkah mereka dan memilih bidang pergigian sebagai pekerjaan saya," jelas Ezani.

Ezani, 26, berjaya menewaskan pesaing terdekatnya, Wahidan Abang Supain, 42 yang hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan naib juara.

Untuk episod penamat, Ezani telah menyediakan tiga juadah iaitu Salad Kekapis Nusantara sebagai hidangan pembuka selera, Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (hidangan utama) dan Kek Ubi Bit Berempah (pemanis mulut).

Menyambung bicara, Ezani memberitahu dia bukan hanya suka turun ke dapur untuk menajamkan lagi skil masakan tetapi juga merupakan seorang yang obses tentang dunia masakan.

Apa sahaja program masakan baik tempatan mahupun antarabangsa menjadi rancangan yang cukup digemari oleh Ezani.

Dan sudah pasti, francais MasterChef antara program yang berada pada tangga pertama untuk rancangan masakan yang cukup diminatinya.

"Sewaktu menuntut di Australia, MasterChef Australia merupakan program yang tidak akan saya lepaskan.

"Dari situ, saya melihat bagaimana pesertanya memasak dan beraksi di dapur lalu ia memberikan inspirasi kepada saya untuk memberanikan diri menyertai MasterChef Malaysia.

"Dalam masa yang sama juga, saya suka membaca dan membeli buku resipi. Dari situ, saya mendapat pelbagai idea untuk muncul dengan resipi sendiri sepanjang berada dalam MasterChef Malaysia," ujar Ezani yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.

Jika penonton setia MasterChef Malaysia melihat aksi Ezani sepanjang 11 minggu program itu berlangsung, memang tidak dinafikan Ezani memang layak untuk dinobatkan sebagai juara.

Semuanya berdasarkan kepada prestasi cemerlangnya selain konsisten dalam setiap cabaran serta penyediaan resipi dalam program tersebut.

Sesuatu yang menarik juga tentang Ezani apabila dia sering memasak dan menyediakan juadah dalam keadaan tenang sekali waima sehebat mana cabaran yang diberikan.

"Mungkin kerana saya seorang yang tenang dan pekerjaan saya sendiri telah menjadikan saya seperti mana yang anda saksikan di kaca televisyen," katanya sambil ketawa kecil.

Mengenai wang kemenangannya dan perancangan buku masakannya pula, buat masa ini kata Ezani, semuanya masih terlalu awal untuk ditentukan.

Namun, dia tidak menafikan sudah mempunyai perancangan untuk menggunakan wang itu bagi menyempurnakan impiannya yang sudah lama dihajatkan.

Dalam masa yang sama, Ezani tidak menolak peluang yang datang kelak untuk menjadi hos kepada program masakannya sendiri.

Apatah lagi, dia dan Wahidan kini merupakan artis eksklusif Astro, pastinya stesen berbayar itu sudah merencanakan agenda untuk kedua-dia selebriti terbaru ciptaan mereka-Utusanonline






Tuesday, January 10, 2012

Kualiti, standard tinggi Rajalawak Astro 6

As-salam... berita nie puan zai baca dalam Utusan-online petang tadi...

Dah nak start dah minggu pertama pada Jumaat di Astro Warna channel 132...

Habis aje Maharaja Lawak Mega minggu lalu yang telah di menangi oleh kumpulan Osbon, kini RLA6 pula menyusul di kaca TV untuk mengeletek hati penonton.

Harap-harap peserta kali ini betul-betul buat puan zai terhibur dan tergeletek dengan lawakz mereka.

Yang pasti dah lama tak tengok kemunculan pengacara gandingan bersama JOZAN iaitu Johan dan Zizan...


MANTAP... (Dari kiri) Angah, Ahmad Idham, Tauke dan Yus yang dipilih sebagai Cif Kecik dan Cif Besar dalam Raja Lawak musim keenam ini.


TIADA siapa pernah menyangka program realiti pencarian pelawak popular, Raja Lawak Astro (RLA) mampu bertahan sehingga kini.

Malah kehadiran musim ke-enam yang akan mula bersiaran 13 Januari ini (Jumaat) berjaya meningkah dakwaan yang mengatakan program itu sudah semakin hilang bisanya.

Justeru untuk memantapkan kandungan serta memastikan kedudukan RLA berada di dalam liga tersendiri, program yang mula diperkenalkan sejak 2006 itu kini sudah pun berpindah 'rumah' dari Astro Prima (saluran 105) ke Astro Warna (saluran 132).

Ini bermakna, penonton setia RLA yang dahulunya dapat menonton secara percuma kini harus membayar untuk menonton musim terbaru di saluran yang berada dalam pakej Mustika.

Bagaimanapun tindakan berani Astro itu telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan di kalangan segelintir penggemar setia RLA.

Soal mereka, apakah rasional perubahan itu sedangkan kedudukan RLA di Astro Prima dilihat cukup baik apabila ia mendapat sambutan hangat setiap minggu.

Mereka juga mendakwa dengan perpindahan itu, ia secara tidak langsung memerlukan mereka mengeluarkan wang tambahan setiap bulan untuk melanggan pakej Mustika.

Namun pihak Astro melihat senario itu dari sudut positif dan menyifatkan RLA 6 mampu memberikan kepuasan dengan kandungan yang lebih segar.

Ini diakui sendiri oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani yang memberi jaminan bahawa RLA 6 akan membawa satu standard baru dalam penerbitan program realiti itu.

Bukan itu sahaja, perubahan itu juga dilakukan bagi memastikan kandungan program bertepatan dengan format dan pengisian untuk setiap saluran Astro.

"Sebagai contoh, Astro Ria cukup sinonim dengan hiburan manakala Astro Prima pula lebih kepada program bercorak kekeluargaan.

"Begitu juga dengan Astro Warna di mana kami mahu memantapkan kandungannya seiring dengan saluran komedi pertama di negara ini. Atas alasan itu, RLA dibawa masuk ke saluran ini bermula musim ini.

"Saya boleh katakan perkembangan dan perjalanan RLA diibaratkan seperti sebuah warung tepi jalan yang perlahan-lahan melalui transformasi sehingga mampu menjadi sebuah kafe yang penuh gaya.

"Kami melakukan ini juga adalah kerana memikirkan permintaan pelanggan setia Astro yang sering mendambakan kandungan yang berkualiti menerusi program-program yang ditampilkan," jelas Nizam pada sidang akhbar RLA 6 di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru- baru ini.

Sehubungan itu, bagi memastikan RLA 6 mampu meninggalkan impak luar biasa, Nizam menjelaskan proses pemilihan peserta kali ini juga lebih ketat bagi memastikan kualiti dijaga setanding dengan perpindahan program itu ke Astro Warna.

"Kami mengambil kira setiap maklum balas dan kritikan yang diterima sebelum ini terhadapRLA terutama melibatkan para pesertanya.

"Apabila memperkatakan tentang lawak jenaka, penonton dan masyarakat hari ini sudah bijak untuk menilai tahap kebijaksanaan seorang pelawak itu dalam persembahan mereka.

"Sepanjang uji bakat, kami melakukan saringan yang cukup ketat dan hanya memilih mereka yang kami rasakan dapat memberikan persembahan terbaik sepanjang RLA 6 bersiaran nanti," ujar Nizam optimis.

Demi menjaga kualiti RLA 6, daripada 12 peserta yang dipilih kali ini, hanya seorang sahaja peserta solo yang terpilih iaitu Mohd. Shahdan Salleh atau Kodan. Begitu juga dengan peserta wanita yang kali ini nampaknya gagal untuk menjadi peserta RLA 6.

Selebihnya adalah peserta berkumpulan iaitu Zero, Skema, Cuit, 2Yol, GMan, Albob, Shiro, Riki, Selak, Ketupat dan King.

Perubahan baru
Selain itu, perubahan besar yang dilakukan oleh pihak Astro untuk RLA apabila untuk pertama kalinya dalam musim keenam ini mengenengahkan konsep pengetua dan penasihat.

Menggunakan gelaran Cif Kecik, tiga nama yang dipilih kali ini merupakan bekas peserta RLAmusim pertama iaitu Angah, Yus dan Tauke.

Sementara tanggungjawab pengetua atau lebih dikenali dengan panggilan Cif Besar pula digalas oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham.

Mengulas tentang tanggungjawab Cif Besar dan Cif Kecik dalam musim keenam ini, Nizam memberitahu ia bagi memastikan setiap persembahan peserta di bawah jagaan Cif Kecik dipantau dan diperhatikan sebelum mereka membuat persembahan.

"Dengan adanya Cif Kecik ini, mereka dapat membantu setiap peserta dalam persembahan mereka agar pada persembahan mingguan kelak, hala tuju mereka tidak tersasar.

"Namun, dari segi kreativiti, semuanya terletak kepada peserta.

"Kehadiran Cif Kecik hanyalah untuk memberi motivasi, semangat dan membantu apa yang dirasakan perlu sebelum persembahan mingguan nanti.

"Tugas Ahmad Idham pula adalah untuk memantau kesemua tugas Cif Kecik dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan mereka," kata Nizam yang yakin dengan pengalaman Ahmad Idham, Angah, Tauke dan Yus dapat membantu prestasi setiap peserta kelak.

Jika diperhatikan, pemilihan Angah, Tauke dan Yus boleh dipertikaikan lantaran pengalaman mereka di dalam bidang seni yang masih lagi hijau.

Bukankah lebih afdal untuk memilih pelawak senior yang jauh lebih berpengalaman untuk dijadikan mentor atau penasihat kepada barisan pelawak baru tersebut?

Garis panduan
Jelas Nizam, mereka memutuskan untuk memilih Angah, Tauke dan Yus memandangkan mereka antara peserta awal RLA dan faham bagaimana tekanan serta pengalaman bertanding di RLA.

"Jadi, secara tidak langsung, ia ibarat sirih pulang ke gagang untuk ketiga-tiga mereka ini mencurahkan ilmu dan nasihat kepada peserta RLA 6.

"Lagipun, pengalaman mereka juga sudah banyak dalam bidang seni dan mereka memang sesuai untuk menjadi penasihat," kata Nizam lagi yang memberitahu tiga pengkritik tetap RLA 6 akan diumumkan pada persembahan mingguan pertama pada Jumaat ini.

Bagi Ahmad Idham pula, misi sebagai Cif Besar dalam RLA 6 adalah untuk memastikan semua peserta memberikan persembahan yang berkualiti dan luar daripada kotak kebiasaan.

Sesuai dengan kedudukan RLA yang semakin matang, sememangnya setiap peserta harus memberikan persembahan yang bukan lagi ditakuk lama.

"Atas alasan itu jugalah, RLA memperkenalkan Cif Besar dan Cif Kecik kerana ia untuk memberi tunjuk ajar apa yang boleh dan tidak dilakukan dalam persembahan mereka.

"Peserta boleh menjadi kreatif tetapi mereka perlu tahu garis panduan agar persembahan mereka tidak mencuit sensitiviti masyarakat di negara ini.

"Persembahan dan lawak jenaka mereka perlu bijak agar masyarakat dan peminat akan menghormati mereka sebagai seorang pelawak," jelas Ahmad Idham yang sebelum ini pernah menjadi salah seorang pengkritik tetap Maharaja Lawak, tahun lalu.

RLA 6 mengekalkan gandingan mantap Johan dan Zizan selaku hos selain stesen radio nombor satu negara, Sinar FM sebagai stesen radio rasmi.

Monday, January 9, 2012

Tahniah Masterchef Malaysia yang pertama Chef Dr.Ezani




Tahniah buat Juara MasterChef Malaysia yang pertama, malam semalam di Astro Ria.

Nama: Ezani Farhana binti Md Monoto
Umur:26
Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both