Saturday, March 17, 2012

Shiro Tepati Ramalan, Juara RL6

Akhirnya selesai jua RL6 tahun ini... seperti yang dijangka kumpulan Shiro mendapat tahta RL6 kali ini. Tahniah buat Shiro...




PETALING JAYA, 17 MAC 2012: Kumpulan Shiro menepati ramalan ramai pihak apabila diisytiharkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 6 (RL6), sebentar tadi dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang berlangsung dari Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.

Kemenangan Shiro telah diumumkan oleh pasangan hos RL6, Johan dan Zizan dan dengan kemenangan ini, Shiro telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Shiro dianggotai oleh Shahrol Azizie Bin Azmi atau Sharol, 27 dan Mohd Hanaffi Bin Razak atau Ajak, 25. Mereka merupakan anak didik kepada Cif Kecil Tauke.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan yang juga merupakan anak didik kepada Tauke iaitu Zero telah diisytiharkan sebagai naib juara RL6. Trio adik beradik dari Kudat, Sabah ini membawa pulang wang tunai RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro.

Wakil dari utara, kumpulan Cuit pula menduduki tempat ketiga dan tiga sekawan dari Pulau Pinang ini membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro. Cuit adalah anak didik kepada Cif Kecil Yus.

Manakala kumpulan 2yol yang merupakan anak didik Cif Kecil Angah, menduduki tempat keempat dan pulang membawa wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Prima (saluran 105) dan pada minggu ini, dua tema telah diberikan kepada para peserta. Tema pertama ialah bebas iaitu peserta diberi kebebasan membuat persembahan berdasarkan idea dan kreativiti mereka sendiri.

Tema kedua pula ialah muzikal komedi dan setiap peserta diberi genre yang berbeza di mana Zero mendapat tugas bergenrekan rock, 2yol bergenre pop yeh yeh, Cuit (Bollywood) dan Shiro (dangdut).

Juri tetap untuk malam final ini ialah seperti biasa penerbit terkenal David Teoh, pelakon Sheila Rusly, dan pelawak Sathiya-Murai.com


Profil Shahrol

Nama Samaran :Shahrol
Nama Sebenar : Shahrol Azizie Bin Azmi
Asal :Johor
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Bekerja sendiri
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6


Profil Ajak

Nama Samaran :Ajak
Nama Sebenar : Mohd Hanaffi Bin Razak
Asal :Johor
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Emcee
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6


Puan zai @ Jendela Hati

6 comments:

Yumida said...

congrats utk diorg! mmg layak menang!
bez bila tgk org bt lawak..buat kita gelak..tp plg hampeh bila org melawak..tp lawak ker?? cam x syok kn...

lelamaisara said...

Tak dapat tgok malam td...ape pon tahniah la buat yg menang...

Ayu said...

Naib juara tuh,org kampung YM.hehehe

Jendela Hati said...

yumida: mmg best... sampai tgk lagi ulangan rl6

lelamaisara: walau tgk live tp nak jugak tgk ulangan

YM: oh org kg ek, lawak mereka pun best nak2 bila watak kru tu hehe

Totie@Tomy said...

lawak paling berjaya dari yang lain..

Jendela Hati said...

totie@tomy: apa???? jeng3x (trademark dorang)