Tuesday, March 20, 2012

Surgery check up Adik...

Salam hari selasa...

Hari ini 20hb puan zai cuti sehari. Cuti sehari untuk hantar adik ke Pediatrik Instituts, HKL untuk appointment kes ulangan dengan team Surgery under Dato' Doktor Zakaria. Kali ke berapa? Hmm tak ingat lah dah banyak kali sejak adik baby lagi dah datang sini.

Apa itu kes ulangan surgery adik boleh klik DI SINI.

Appointment hari ini jam 2 petang tapi kami sampai jam 12.15 tengahari. Awal kan kan... sahaja datang awal takut jem. Jam 12.30 dah amek nombor giliran sebab jam 1.30 petang baru kaunter pendaftaran di buka selepas waktu rehat kakitangan hospital.

Dah daftar jam 1.30 petang tu terus amek timbang berat dan tinggi adik. Tengok di tangan nombor giliran adik 205 bermaksud adik orang yang kelima akan berjumpa doktor. Tapi nombor giliran adik tak naik-naik. Sampai lah nombor 216 pun nombor adik tak naik. Nie mesti masalah fail kata hati puan zai. Jarang kalau di Pediatrik kita akan menuggu lama sebabnya sistem di HKL pun dah cukup baek dan tiada masalah menunggu lama.

Bila masuk bilik doktor, terus doktor kata maaf sebab nombor adik lambat naik kerana mencari fail adik tu buat nombor naik lama. Huhuhu dah agak dah mesti fail tak jumpa yelah fail adik tu dah terlalu tebal sampai terselit kat mana ntah...huhuukkk...

Check up adik berjalan dengan lancar. Kesihatan adik OK sekarang nie. Operation untuk repair TOF (Tracheo-oesophageal-fistula @ saluran makanan) adik di kala adik berumur dua hari pun nampaknya tiada langsung bermasalah.

Tadi doktor cuma tengok bekas operation di belakang badan adik aje, lepas doktor buat catatan sedikit di buku hospital adik dan appointment seterusnya pada 6 bulan akan datang iaitu bulan september.

Sebagai blogger yang tegar nie (tegar keh??? huhu) biasa lah si ibu nie suka benar nak snap gambo... hahaha... jom lah tengok keletah adik di pediatrik tadi...

 Kan sampai tengahari di pediatrik, so adik nak makan nasi.
Kami ke kantin kegemaran adik amek nasi dan lauk serta semestinya air bandung.
Anak-anak puan zai cukup suka sangat dengan air bandung hopital nie ntah mereka kata sedappp tapi adik minum sikit aje ye yang selebihnya ibu yang abeskan takut kang adik batuk.

 Lepas tu biasalah gi kedai depan klinik pula nak cari idaman hati adik.
Tapi tidak gula-gula ye adik...

 Haaa nak apa dik?
Semuanya adik nak adik kata hmmmm...

 OK ok... last-last ibu bayar kat kaunter RM9.10 semuanya.
Adik kata nak bawa balik nak bagi kakak sebab kakak tak ikut kakak gi sekolah.

 Masa nie dok tunggu depan bilik doktor.

Sambil tunggu sambil makan jagung rebus dulu.

Ini dia buku hospital adik yang puan zai pegang.
Ada tiga buku dah takat nie.
Dah nak penuh dah dengan catatan doktor.
Bulan depan sure kena tambah buku kosong lagi satu.
Sebab bulan april adik ada appointment dengan team respiratory pula.

Sebenarnyakan bukan sikit-sikit duit kita nak datang hospital nie. Mungkin ye pendaftaran hanya RM5 setiap lawatan. Itu pun sebab kerja swasta, tapi kalau keje kerajaan sure-sure dah free aje.

Bila puan zai tilik-tilik tengok ada juga orang susah yang datang sini timbul rasa kasihan di samping tu timbul juga rasa keinsapan diri, bersyukur kerana puan zai masih dalam hidup yang lebih baek dari orang lain dan kesihatan anak puan zai pun di tahap yang amat-amat baek. huhu...

OK ini aje cerita kisah hospital adik. Berjumpa lagi nanti ek... tata... wassalam...

p.s tadi kan kami terkekek-kekek gelak dan ketawa tengok telatah baby-baby yang pelbagai ragam. Ada yang baru dapat kaki tu comey je tengok keleteh mereka, ada yang menangis ada yang gelak suka... macam-macam ada...

Puan zai @ JH...


2 comments:

Aine Ainun said...

Semoga kesihatan adik semakin baik...

Bru2 ni pun sy p hosp kes mcmtu, no lain da lpas, yela myb juga sbab fail x jumpa kan...

Jendela Hati said...

aine ainun: itu la fail tak jumpa kalau x sekejap je dah masuk bilik doktor kn