Wednesday, March 21, 2012

Novel: Sentuhan Kasih ~ Norhayati Berahim

NKB: Novel Ku Baca...

Sentuhan Kasih
[Karya: Norhayati Berahim]


Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia...

Namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati... tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas hatinya?

Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah di tolak?

Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau terus menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati.

"Aku merinduinya dalam dingin salji"

Komen JH:
Best! Best! Best!

Inilah yang boleh katakan oleh pembaca untuk novel NB nie. Syok sangat. Bila baca ayat-ayat puitis di atas tu sungguh sayu dan mendayu.

Memang membuai perasaan. Watak Zakry tu menarik bila di gabungkan dengan watak utama iaitu Inas.

Novel ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Inas telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Ikmal atas permintaan bapanya yang telah berhutang duit perniagaan bapanya. Sebagai anak yang baik Inas menuruti sehingga lah muncul seorang wanita bernama Kalsum yang mengakui dia isteri pertama Ikmal.

Ikmal yang mempunyai 3 isteri dan ramai perempuan simpanan mempunyai perangai yang jelek itu manjadi berang apabila Inas meminta cerai sehingga lah Inas membawa diri ke Norway. Jadi lah Inas janda berhias. Bapa Inas juga telah membuangnya dan mengangap Inas menderhaka.

Inas membawa diri ke negara orang dan berjumpa Zakry. Mereka telah bernikah dan di kala inilah perasaan Inas pada Zakry sedikit-sedikit menjadi sayang walaupun Inas masih was-was dengan perasaan Zakry.

Perlahan-lahan bapa Inas mulai sedar akan kesilapan lalu, silap percaturannya mengahwinkan Inas dan Ikmal  dimana dia mulai nampak perangai buruk bekas menantunya yang memeras ugut, merampas rumah dan harta bapa Inas.

Nak tahu kisah selanjutnya nampaknya kena beli novel nie, memang pembaca suka apa yang ada di dalam novel ini. Watak Inas yang lembut dan seorang isteri yang hormat pada suaminya serta mentaatinya. Kedua-dua watak utama yang mendamaikan seiring dengan makna nama Inas iaitu baik hati.

Terima kasih buat NB... semoga menghasilkan lagi novel yang terbaek.

Next Novel : Awak Suka Saya Tak?... karya Melur Jelita...

Sekian

Puan Zai @ Jendela Hati...

4 comments:

Aine Ainun said...

Puan zaoi, tegarnya kamu...

Sy pnah bc karya NB, SY SUKA gaya penulisan dia, seronok bc..

Deru Ombak said...

Salam Zai...
Bila dah mula baca.. Mmg susah nak benti.. :)

LYAfrina said...

wah.. menarik ni.. lya pon sukabaca novel.

Jendela Hati said...

aine ainun: gaya tulisan terasa kita dekat dgn watak

deru ombak: salam kakya, sy suka baca tapi lama nak abes sbb kesuntukan masa je huhu

lyafrina: novel sentuhan kasih nie emang best bg sy iya