Tahniah kakak!
Semoga jadi anak yang solehah & berjaya.
Showing posts with label Anak-anakku Dan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Anak-anakku Dan Sekolah. Show all posts
Sunday, November 9, 2014
Hari Graduasi Tahun 6
Saturday, May 10, 2014
Sukan Tahunan
As-salam...
Haaa ini pula citer pada 3 May yang lalu. Puan zai dan suami ke Sukan Tahunan sekolah anak-anak. Pagi tu seawal jam 6.40 kami dah hantar anak-anak ke sekolah untuk sertai cikgu dan rakan-rakan lain ke Stadium UIA dengan menaiki bas. Sebanyak 9 buah bas kesemuanya membawa murid-murid sekolah ke stadium. Kami ibu bapa ikut dari belakang dengan menaiki kereta.
Tak banyak pun gambar yang dapat di ambil. Satu, sebab hp puan zai nie alahai tak clear pun nak snap gambar dalam stadium yang jauh-jauh nie. Dan lagi satu kakak pegang camera sendiri sebabnya biasa lah budak perempuan ni teruja nak ambil sendiri dengan rakan-rakan lain.
Acara bermula jam 8.30 dan berakhir 2 petang. Bukan anak-anak je tau berpeluh ibu pun berpeluh kerana cuaca pada hari sabtu tu terik juga lah.
Ha kan dah kata nampak cam semut je gambar perbarisan kakak nie. Di awal program acara sukan nie acara masuk perbarisan antara rumah-rumah. Kakak rumah hijau (Laksamana) dan adik rumah biru (bendahara).
Haha bila mula je persembahan rumah kakak nie, puan zai nie tercari-cari la mana kelibat kakak. Rupanya budak badan besar yang puan zai focus je dari mula di barisan beakang tu ialah kakak. Haha sampai anak sendiri pun tak cam sebab semua sama baju.
Kakak masuk acara balapan 4 x 400... Walaupun kakak lari no 1 di hadapan tetapi kumpulan mereka dapat tempat yang kedua. Jadilah kannn... Laju betul tengok kakak lari. Menjerit-jerit bersorak puan zai dari jauh haha.
Adik masa upacara penyampaian hadiah. Jauh sangat sebab ibubapa tidak dibenarkan masuk ke dalam padang.
Yang ini Iman. Iman dalam tahun 1... best friend adik di rumah dan di sekolah. Iman nie sepupu puan zai kiranya pangkat pakcik dengan adik lah.
Aksi adik berlari. Macam lipas kudung. Laju benar lari eh. Lepas lari dan acara sukan nie adik ok je. Takde susah napas atau sewaktu denganya. OK kan tahun depan boleh lari lagi.
PUan ZAi @ jH...
Friday, January 25, 2013
Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah
As-salam...
Kat KL, hujan turun sejak petang semalam sampai la sekarang nie. Jam dah ke angka 9 malam. Renyai-renyai gitu. Syok tido nie, esok tak koje kan.
Pagi tadi kalau tak keje, mau masing-masing tergolek-golek lagi atas katil tak mau bangun.
Malam tadi anak-anak tido lewat. Mana tak tido lewat, anak-beranak dok round-round satu Tesco.
Walau malas-malas nak bangun tu, pagi tadi depa berdua nie excited nak pakai baju melayu dan baju kurung 'raya' ke sekolah sempena sambutan Maulidur Rasul.
Buah hati puan zai.
Kakak dan adik.
Kakak dah tahun 5.
Adik baru tahun 1.
Ngantuk ka?
Gelak tengok adik pagi tadi.
Kisahnya songkok adik ntah di mana.
Cari tak jumpa.
Last-last adik ke sekolah guna songkok apak.
Adik... adik... muat pulak tu walau pun sedikit longgar.
Sekian. Sambung sembang lain hari na. Tata...
Puan Zai @ JH...
Wednesday, January 2, 2013
Biar Cikgu rotan Ibu...
As-salam...
Hari ini puan zai cuti sempena hari pertama persekolahan anak-anak. Anak-anak yang excited pagi tadi nampaknya seronok ke sekolah. Kakak di tahun 5 dan adik di tahun 1.
Alhamdulillah adik tak ada buat hal. OK jer puan zai tengok, siap sengih-sengih je bila nampak ibu dari jauh.
Puan zai risau jika adik menanges. Terkenang masa adik di tadika yang adik menanges selama 8 hari berturut-turut masa umur adik 5tahun.
Mungkin adik dah 2 tahun ke sekolah tadika jadi adik dah biasa dengan suasana alam persekolahan.
Tadi ada jugak murid pra-sekolah yang menanges sampai satu sekolah dengar. Mesti si ibu itu risau melihat anaknya begitu sampai bergegar pintu besi kelas pra-sekolah tu di pegang oleh anaknya. Puan zai paham perasaan ibu itu huhu.
Puan zai menunggu juga tadi. Tunggu pun cuma di tingkat bawah. Tengok anak pun dari jauh. Masa rehat pun ada menjenguk si adik, nak tengok bagaimana adik nak berbelanja di kantin. Puan zai tak perlu risau sebab cikgu-cikgu yang bertugas sedia membantu mereka.
Terima kasih cikgu!
Perhimpunan pagi di sekolah.
"Adik jangan lari-lari dalam kawasan sekolah nanti ibu nampak adik lari ibu jerit satu sekolah"
Dan adik pun menjawap...
"Kalau ibu jerit dalam sekolah adik, adik cakap cikgu biar cikgu rotan ibu yang jerit-jerit tuu"
Hmmm... pandainya menjawap...
Lepas adik masuk ke kelas tadi, puan zai dan apak 'lari' kejap untuk bersarapan. Biasalah puan zai order tosai dan horlick o.
Pinggan yang licin tu pinggan roti canai apak.
Masa nie dalam jam 9pagi, anak murid di bawa oleh cikgu yang tertugas berjalan-jalan sambil melawat bangunan dan bilik di sekitar kawasan sekolah.
Yang penting mereka mesti tahu di mana tandas.
Masa nie mereka nak melawat kawasan pejabat sekolah.
Dari jauh adik dok tersengih-sengih.
Mulanya puan zai hanya melihat dari jauh.
Cikgu ada untuk beri tunjuk ajar pada mereka supaya nanti mereka pandai membeli sendiri.
Puan zai pun tak nak la kacau, biar adik boleh berdikari.
Okeh... bila adik siap membeli adik terus duduk di tempat makan.
Tahu tak adik beli apa?
Hmmmm adik cuma membeli susu kultur aje!
Aiiii melompat la puan zai jumpa adik.
Puan zai kata kat adik waktu rehat ialah untuk makan, puan zai arahkan adik supaya membeli makanan supaya tidak lapar dalam kelas.
Aik tomonung apo eh jang???
Last-last adik beli mee goreng.
Mee goreng harga RM1.
Air dari rumah.
Siap.
Sesiapa yang siap makan tu, cikgu dah pesan boleh tunggu di Dewan Makmur sementara loceng berbunyi.
Setelah mereka masuk kelas memasing, tahap 2 (tahun 4-6) pula berenti rehat.
Dah besar anak dara nie dah tahun 5 dahhh...
Masa nie kakak pula beratur untuk masuk kelas semula.
Eh eh nie gambar lauk bila eh?
Nak menyelit jugak kannn...
Heheh ni lauk semalam puan zai masak masak asam pedas ikan tongkol.
Sebelah petang pula puan zai buat sardin roll.
Dalam 10 keping lebih, semua licin.
Malam pula puan zai tak ke dapur.
Ini apak yang goreng kan nasi atas permintaan si anak-anak.
Anak-anak abes sekolah jam 1 petang. Jap lagi puan zai nak keluar untuk menjemput mereka.
Apa la citer yang akan mereka sampaikan pada puan zai nanti. Puan zai dari pagi dok miker bila melihat adik yang dah 7 tahun nie macam tak percaya bahawasanya dahulu lahirnya baby lelaki yang seberat 2.41kg cuma ini kini sudah besar dan semakin membesar.
Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi anak yang berjaya dan berjasa. Amin... In Shaa Allah...
Sekian, jumpa lagi ya... tata...
PUAN ZAI @ JH...
Friday, December 28, 2012
Orientasi Tahun Satu
As-salam...
Apa khabar semua sahabat di alam maya? Lama tak update blog kan? Tetiba arini nak cerita pasal si adik. Sebenarnya ada macam-macam nak post nie tapi perlahan-lahan ye.
Pagi tadi jam 8pagi di sekolah berlangsungnya Hari Pendaftaran Tahun Satu, iaitu hari orientasi dan hari menjelaskan pembayaran Persekolahan seisi 2013.
Selain tu, hari mengambil buku teks si kakak. Balik dari sekolah tadi puan zai tetiba rasa nak demam... hmmm sapa lah yg sekolah nie, anak-anak ke atau puan zai???
Dalam pada rasa lega sebab semua yuran dah di bayar dan buku semua dah dibeli. Cuma pending untuk bayaran PIBG di mana selepas meeting baru ibubapa boleh membuat pembayaran. Banyak pakai $$$$$ anak-anak sekolah nie kannn...
Semangat waja bangun pagi tadi.
Semoga adik ok masuk sekolah minggu depan.
Risau pun ada nie tak moh la adik buat hal masa umur 5 tahun tu, masuk sekolah menangis selama 8 hari berturut tak mau ke tadika.
Sebelum ke sekolah, isi perut dulu dengan roti bakar.
Selepas mendengar taklimat dari guru besar dan cikgu-cikgu, terus ibubapa nak ke kelas untuk mengisi borang dan lain-lain serta membuat pembayaran.
Minggu depan semua dah start bz macam biasa. Seisi sauna akan berganda semula seperti biasa. Selalunya bersauna dengan baju kerja tentulah akan berganda dgn baju-baju sekolah pula.
Apa perasaan anda bila anak baru masuk sekolah? Kalu puanzai sendiri mmg lah terover excited. Rasanya ibu lagi excited berbanding anak itu sendiri...huhu...
PUAN ZAI ~ JENDELA HATI
p.s excited tetap excited hehehe...
Friday, June 8, 2012
Family Day & Sukaneka
As-salam...
Ini kisah bulan lepas tau.
Baru sekarang nak update-nya.
Pada 25 May yang lalu, sekolah adik ada mengadakan Hari Keluarga Di Sungai Sendat, Ulu Yam.
Untuk suka-suka, cikgu juga turut mengadakan sukaneka untuk pelajar. Acara sukaneka tu adik mendapat hadiah pertama untuk acara menyusun piramid dan nombor tiga untuk acara baling bola ke dalam bakul.
Lepas sukaneka dan acara makan beramai-ramai sambil berkelah, semua pakat-pakat salin baju dan bermandi-manda sambil beriang-ria.
Time sukaneka nie lah ibu ini nak menangis. Bukan kerana menangis sedih tetapi menangis gembira. Seronok tengok gelagat anak di depan mata. Tengok anak menari. Tengok anak bersukan. Tengok anak yang bergembira dan berseronok.
Susahkan jadi ibu bapa nie. Benda seronok pun nak nangis... hahahakkk...
pUaN zAi @ jH...
Ini kisah bulan lepas tau.
Baru sekarang nak update-nya.
Pada 25 May yang lalu, sekolah adik ada mengadakan Hari Keluarga Di Sungai Sendat, Ulu Yam.
Untuk suka-suka, cikgu juga turut mengadakan sukaneka untuk pelajar. Acara sukaneka tu adik mendapat hadiah pertama untuk acara menyusun piramid dan nombor tiga untuk acara baling bola ke dalam bakul.
Lepas sukaneka dan acara makan beramai-ramai sambil berkelah, semua pakat-pakat salin baju dan bermandi-manda sambil beriang-ria.
Berbaris untuk mula persembahan tarian dan sukaneka.
Dalam pada tu sebenarnya semua tak sabar nak mandi bila lihat ada orang lain yang dah mula mandi.
Acara persembahan tarian.
Masa nie ibu dok gelak sambil 'menangis' seronok.
Bukan main hebat adik menari tergelek-gelek.
Siap sedia untuk acara sukaneka.
Acara susun piramid nie adik dapat tempat pertama.
Cikgu kata masa latihan baling bola dalam bakul adik selalu dapat tempat pertama, tetapi bila kat sini adik dapat tempat ketiga.
Tergelak kami dengar cerita cikgu tu.
Sambil gelak sambil sorak.
Untuk acara remaja bawah 14 tahun, kakak pun turut serta.
Tiup belon sampai meletop.
Kakak dapat tempat ketiga.
Wokeh... dah selesai bersukaneka dan bergelak ketawa sambil memberi sokongan padu pada anak masing-masing, kini tiba acara makan.
Hari tu puan zai goreng mehon, goreng keropok ikan dan buah oren untuk makan bersama famili yang lain.
Famili lain bawa lain-lain menu untuk di kongsi beramai-ramai.
Alhamdulillah semua habis termasuk 1 tong besar keropok ikan yang puan zai goreng.
Cuma.... gambar je lupa nak snap sebabbb laparrrr...
Mandi-manda timeee...
Seronok sampai tak nak naik atas dah.
Best tak???
Time sukaneka nie lah ibu ini nak menangis. Bukan kerana menangis sedih tetapi menangis gembira. Seronok tengok gelagat anak di depan mata. Tengok anak menari. Tengok anak bersukan. Tengok anak yang bergembira dan berseronok.
Susahkan jadi ibu bapa nie. Benda seronok pun nak nangis... hahahakkk...
pUaN zAi @ jH...
Wednesday, January 4, 2012
Anak-anakku dan sekolah...
Tajuk di atas memang Anak-anakku dan sekolah...
ataupun boleh di katakan Sekolah dan seronok...
atau Sekolah dan haru-biru...
wokeh lah puan zai rasa ketiga-tiga merangkumi semua rentetan cerita hari ini seperti di bawah...
Pada suatu hari.......
ataupun boleh di katakan Sekolah dan seronok...
atau Sekolah dan haru-biru...
wokeh lah puan zai rasa ketiga-tiga merangkumi semua rentetan cerita hari ini seperti di bawah...
Pada suatu hari.......
Kakak tersenyum semangat di kala jam 6.30 pagi tadi...
Adik juga bersemangat... [gambar recycle-sebelum gunting rambut...]
Sekolah dan seronok
Syukur... rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah tentu sibuk menguruskan anak-anak di sekolah terutamanya yang baru memulakan persekolahan di tahun satu.
Syukur juga anak-anak puan zai di hari pertama sekolah tiada masalah. Masing-masing terlalu teruja untuk ke sekolah. Sebelum sekolah di buka, pakaian, beg dan kasut sekolah berkali-kali di cuba dan di gayakan di depan cermin terutama si adik tu.
Nampaknya adik tidak bermasalah untuk bangun pagi. Hakikatnya adik sedari lahirnya sejak bayi hinggalah sekarang memang mudah bangun pagi seawal jam 6 ataupun sebelum masuk azan subuh. Tidak perlu kejut tidak perlu sedarkan adik, adik tetap bangun bila orang tuanya sudah bangun.
Terkenang cerita tahun lepas yakni pada januari tahun 2011 di mana adik masuk tadika 5 tahun, selama 7 hari berturut-turut adik buat hal dengan mungkin sengaja tidak mahu bangun pagi dan tidak mahu ke sekolah.
Seingat puan zai, pada hari ke 8 persekolahan baru adik ok dan dah serasi dalam kelas. Punya lah kecewa dan tak sangka adik yang selalu bangun pagi ini tidak berbuat demikian pada minggu pertama sekolah tahun 2011.... nampaknya tahun 2012 ini adik dah OK dah sedikit pun tidak menangis...
Berbeza dengan si kakak di mana sejak kakak 5 tahun hingga lah masuk tahun 1 kakak sedikit pun tidak gentar dan menangis di awal persekolahannya.
Si ibu pula yang terlalu teruja sehingga tidak lena tidur malam ini telah mengambil cuti tahun sebanyak 3 hari untuk menemani kakak di sekolah di tahun 1... namun perkataan ini yang ibu dengar di hari pertama persekolahan kakak "Ibu balik lah rumah tak payah tunggu" Huahuahauaaaa.... kakak oh kakak... itu lah teruja punya pasal... macam-macam dok piker pasal kakak di sekolah nanti...
Sekolah dan haru-biru
Sekolah dan haru-biru? Apa tu?... tak hendak puan zai cerita buruknya... cuma sedikit kecewa dengan salah info dari surat sekolah yang telah menyerahkan surat sekolah sebelum cuti sekolah bermula yang mengatakan sekolah bermula 3 haribulan Januari... dan bukannya 4 haribulan... boleh buat migrain selain gelabah tahap gaban jika terjadi perkara sebegini kat diri sendiri... DAN anda tafsirkanlah sendiri...
Kedua: perkara sekolah jadi haru biru bila hampir setiap tahun bila ke kedai buku sekolah perkataan yang sama akan keluar dari mulut penjaga kedai yang mengata "buku tiada stok"... dan bila di tanya dengan soalan yang sama setiap tahun - bila ada stok?... dan di jawab dengan jawapan yang sama setiap tahun juga ialah "lagi 2 minggu lagi sampai"... dan di sambung jua dengan ayat "tak boleh beli buku kedai luar, buku kena ada logo sekolah"... hmmm sampaikan dua tiga kali datang sekolah pun jawapan yang sama... DAN... anda tafsirkan lah sendiri...
OK... dah merepek dengan dua perkara haru-biru di minggu pertama persekolahan dah puan zai nie...
Puan zai suka tengok berita tentang kanak-kanak yang baru masuk tahun 1. Pelbagai ramai boleh tengok kan... tergeletek tengok wajah-wajah comel mereka tapi kalau kena anak sendiri geram jugak ek kita tengok nak-nak bab menangis huhu...
Setakat ini dulu celoteh di malam hari, jumpa lagi ek tata...
Puan zai @ Jendela Hati...
Monday, January 2, 2012
Adik orentasi 2012
As-salam.... pagi tadi jam 10 pagi adik ada orentasi... bila imbas kembali ORENTASI dan CABARAN hari pertama sekolah pada awal 2011 yang lalu di mana adik masa tu umur 5 tahun ini fuhhh memang sungguh merisaukan ibu nie...
Tahun 2012 adik pun dah tahu situasi di alam persekolahan, moga semuanya akan berjalan dengan lancar...
Dulu masa kakak nak masuk tadika dan darjah satu, ibu lah orang yang risau nak lepas kan kakak... tapi bila tiba hari persekolahan nampaknya kakak boleh bawa diri dan kakak tidak sekali pun menangis di sekolah...
Berbeza sungguh dengan si adik nie... ntah apa yang dok adik nangiskan...sabo je la... ngam-ngam seminggu dok teriak camtu... mungkin jua kakak perempuan anak yang sulung dan lebih terbuka fikiran dia...
Ibu cuma berharap tahun ini adik tak nangis-nangis dah.. ramai kawan dah di sekolah... insyaAllah...
OK lah sekian citer si adik... tata...
Puan zai @ JH
Tahun 2012 adik pun dah tahu situasi di alam persekolahan, moga semuanya akan berjalan dengan lancar...
Dulu masa kakak nak masuk tadika dan darjah satu, ibu lah orang yang risau nak lepas kan kakak... tapi bila tiba hari persekolahan nampaknya kakak boleh bawa diri dan kakak tidak sekali pun menangis di sekolah...
Berbeza sungguh dengan si adik nie... ntah apa yang dok adik nangiskan...sabo je la... ngam-ngam seminggu dok teriak camtu... mungkin jua kakak perempuan anak yang sulung dan lebih terbuka fikiran dia...
Ibu cuma berharap tahun ini adik tak nangis-nangis dah.. ramai kawan dah di sekolah... insyaAllah...
OK lah sekian citer si adik... tata...
Puan zai @ JH
Thursday, November 17, 2011
Kakak, sekolah dan RM100
Sempat lagi tu amek gambar kat sekolah pagi tadi sempena RM100 nie ye. hehe... Pengagihan duit bantuan RM100 di sekolah nampaknya berjalan lancar.
Waktu agihan ni cuma satu jam dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Sesampai jam 11.30 pagi tadi, semua anak murid menunggu ibu bapa masing-masing di dewan terbuka.
Manakala meja-meja cikgu kelas yang di amanahkan untuk agihan tersebut berada di dalam dewan tertutup di tingkat atas bangunan dengan semua guru kelas di situ yang bertugas...
Selepas berjumpa guru kelas dan menerimanya terus balik dengan anak-anak masing-masing.
Kakak senyum dengan lebar.
[Senyum ada makna kah?]
Suasana dalam dewan tertutup.
Kad pengenalan ibu atau bapa di perlukan untuk catatan cikgu Safura.
Anak murid tidak boleh menerima wang tersebut tanpa kehadiran ibu atau bapa masing-masing.
Yelah untuk 'keselamatan' duit tersebut.
Guru besar sekolah sedang bertegur sapa dengan anak murid.
Dari sekolah hantar kakak balik rumah dulu. Lepas tu terus gerak ke pejabat.
Terik jugak tengahari tadi. Boleh pitam sebab panas dan tak makan hehe... alasan betul...
Kalu ikutkan hati mahu aje amek cuti satu hari tapi risau lak pagi tu boss ada meeting, kot-kot dia nak apa-apa. huhu...
OK lah takat nie je cerita kakak dan sekolah. tata...
Puan Zai...
@ JH
Tuesday, November 15, 2011
Senarai dari kakak?
Awalnya???
Ibu ini dah dapat senarai barang sekolah yang akan di beli untuk sekolah tahun hadapan.
OKlah, dah dapat senarai, kena bagi quotation ke bahagian kewangan ye kakak...
Apa-apa pun sabar dulu ye kakak sekolah mula cuti minggu depan, sekolah akan di buka pun bulan Januari nanti. Lambat lagi huhu...
Wednesday, November 2, 2011
Sijil Pendidikan Pra-sekolah Ahmad Khuza'ee
Tadi jemput adik balik dari tadika. Dari jauh nampak adik bawa banyak barang.
Sijil adik dah dapat kat sekolah tadi. Tu yang nampak banyak barang tu sebab adik dapat juga lain-lain cenderahati dari sekolah.
Selain adik dapat sijil, adik juga dapat beg sekolah star polo, kaler pensil faber castle, face towel, tupperware, angry birds, topeng muka dannn belon.
Kenapa adik dapat semua nie hari ini di sekolah?
Sebabnya hari ahad tu ada hari sukan dan penyampaian sijil di Port Dickson.
Almaklum adik tak dapat menyertai cikgu dan rakan-rakan kerana kesihatan adik.
Minggu lalu adik tak berapa sihat.
Dan pula adik baru sahaja keluar hospital kerana demam kejang pertengahan bulan oktober haritu.
Lalu cikgu dah dimaklumkan kehadiran adik tahun nie tiada walaupun adik nak sesangat pergi.
InsyaAllah, tahun hadapan adik akan turut menyertai cikgu, masa tu adik pun dah 6 tahun.
'Sepah-sepah' time...
Adik dah leka buat sepah, main dengan cenderahati yang adik dapat...
Subscribe to:
Posts (Atom)






