Thursday, November 17, 2011

Kakak, sekolah dan RM100



Sempat lagi tu amek gambar kat sekolah pagi tadi sempena RM100 nie ye. hehe... Pengagihan duit bantuan RM100 di sekolah nampaknya berjalan lancar.

Waktu agihan ni cuma satu jam dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sesampai jam 11.30 pagi tadi, semua anak murid menunggu ibu bapa masing-masing di dewan terbuka.

Manakala meja-meja cikgu kelas yang di amanahkan untuk agihan tersebut berada di dalam dewan tertutup di tingkat atas bangunan dengan semua guru kelas di situ yang bertugas...

Selepas berjumpa guru kelas dan menerimanya terus balik dengan anak-anak masing-masing.

 Kakak senyum dengan lebar.
[Senyum ada makna kah?]

 Suasana dalam dewan tertutup.

 Kad pengenalan ibu atau bapa di perlukan untuk catatan cikgu Safura.
Anak murid tidak boleh menerima wang tersebut tanpa kehadiran ibu atau bapa masing-masing.
Yelah untuk 'keselamatan' duit tersebut.

Guru besar sekolah sedang bertegur sapa dengan anak murid.


Dari sekolah hantar kakak balik rumah dulu. Lepas tu terus gerak ke pejabat.

Terik jugak tengahari tadi. Boleh pitam sebab panas dan tak makan hehe... alasan betul...

Kalu ikutkan hati mahu aje amek cuti satu hari tapi risau lak pagi tu boss ada meeting, kot-kot dia nak apa-apa. huhu...

OK lah takat nie je cerita kakak dan sekolah. tata...

Puan Zai...
@ JH




No comments: