Friday, November 11, 2011

Lima peserta akan tersingkir-Maharaja Lawak Mega

Minggu ini minggu ketiga MLM...

BOBOI yang dianggotai Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik terus mengungguli kedudukan pada pertandingan minggu kedua Maharaja Lawak Mega di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Malam ini MLM mungkin akan lebih hangat dan sengit. Harapnya lah. Boboi setakat ini memang ke hadapan dari yang lain-lain. Puan zai harap Boboi akan dapat idea baru. Kalau boleh puan zai nak tengok lah mana-mana peserta cuba idea lain selain dari idea minggu 1 dan minggu 2. Di harapkan minggu ke 3 nie boboi tak payah buat lawak watak kanak-kanak, macam bosan je.

OK lah kat bawah nie artikel yang puan zai amek dari Utusan. Apa-apa pun selamat buat kumpulan BP dan lain-lain juga....

~~~~~~


JARANG berlaku dalam mana-mana pertandingan realiti televisyen berbentuk nyanyian atau lawak jenaka tempatan yang menyingkirkan lima pesertanya sekali gus. Biasanya satu atau dua pesertanya sahaja yang akan disingkirkan pada setiap minggu.

Walau bagaimanapun, pertandingan lawak jenaka Maharaja Lawak Mega (MLM) akan menyingkirkan lima pesertanya sekali gus pada pertandingan minggu ketiga Jumaat ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, lima peserta yang disingkirkan daripada pertandingan yang disiarkan secara langsung dari Royal Theater Selangor itu adalah di kalangan peserta yang mendapat markah terendah.

“Setakat ini lima peserta MLM iaitu Boboi, Bawel, Bawal Power, Adlin Aman Ramlie dan Pi Mai terselamat daripada penyingkiran kerana mereka memperolehi markah teratas daripada keseluruhan 17 peserta pertandingan.
“Ini bermakna, lima peserta yang akan tersingkir pada minggu ketiga MLM ialah daripada kalangan 12 peserta selain daripada lima peserta yang saya sebutkan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas MLM minggu kedua di Shah Alam, Selangor, minggu lepas.

Sehingga minggu lalu kumpulan duo Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik mendapat markah paling tinggi iaitu 61 markah diikuti, Bawel (58 markah), Bawal Power (57 markah), Adlin Aman Ramlie (57 markah) dan Pi Mai (57 markah).

Jelas Nizam, pihaknya mengambil keputusan itu selepas format pertandingan tersebut didaftar serta ditetapkan oleh juruaudit Astro bagi tujuan penyelarasan supaya ia mudah untuk diteruskan pada masa depan.
“Kami mengambil keputusan untuk menyingkirkan lima peserta pada pertandingan minggu ketiga pada Jumaat ini. Buat masa ini, keputusan itu sudah ada di tangan kami tetapi biarlah ia diumumkan pada Jumaat ini.
“Buat masa ini, setiap peserta akan mengadakan persiapan seperti biasa tetapi kami akan mengumumkan lima peserta yang akan tersingkir pada awal pertandingan. Setakat ini, kami sengaja tidak melakukan penyingkiran pada minggu pertama dan kedua MLM.

“Ia bertujuan para penonton mengenali kesemua 17 peserta pertandingan ini. Sementara itu, pada minggu ketiga, para peserta bebas berlawak mengikut idea sendiri.

“Kami hanya akan menetapkan tema khusus untuk para peserta ikuti mulai minggu keempat di mana ini juga salah satu daripada format pertandingan ini,” ujarnya.

MLM mengadili para pesertanya menerusi tiga pengkritik tetapnya iaitu Datuk Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan yang menyumbang 70 peratus markah. Manakala 30 markah lagi berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton.

Selain lima peserta terbabit, pertandingan yang mempertaruhkan para peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia itu turut disertai 12 lagi peserta lain iaitu Osbon, Caer, JH, Syok, 3G, Rap, Anje, Hiro, Lanun, Comel, Saehu dan Gebu.
Peserta solo Adlin misalnya, menggamatkan ruang dewan pada malam itu dengan aksinya berpakaian sari sambil menari tarian India disulami dialog yang menceritakan tentang kekecewaan seorang gadis terhadap jejaka idamannya.
Kemampuan Adlin menarik, meniru gaya seorang gadis India yang lengkap berpakaian sari sambil diiringi lagu Tamil ditambah lagi dengan dialog serta jalan cerita yang relevan dengan semua orang merupakan persembahan yang paling menonjol pada malam itu.

Barisan tiga pengkritik tetap MLM turut melontarkan kritikan yang bukan sahaja bernas tetapi juga jujur berdasarkan kreativiti persembahan setiap pesertanya kecuali pengkritik undangan, Adi daripada kumpulan Sixth Sense yang dilihat agak takut-takut dan lebih berhati-hati dalam komen-komennya.

Oleh ABD. AZIZ ITAR-Utusan online



4 comments:

Totie@Tomy said...

suami saya minat betul program ni..tp kat rumah saya tak ada astro warna..

Jendela Hati said...

totie@tomy: aritu lepas maharajalawak sy dah cancel warna, bila ada maharajalawak mega, mak sy soh sambung pakej balik huhu

Azrey Rozie Eiman said...

Eicha suka boboi. Ala tomei tomei!

Jendela Hati said...

azrey rozie eiman: ala tomei2 eicha...