Teringat-ingat kat sambal dia.
Yang ini nasi lemak lauk kerang, nasi penuh (hehe)
Hmm kalu dah lepaking kat Rinching, semua menu ada nama Rinching ek.
Setelah satu hari satu malam lepaking kat Rinching umah adik pompuan puan zai, pagi tadi gerak balik kl semula.
Sebelum tu singgah dulu gerai saudara adik ipar puan zai yang terletak berhampiran umahnya.
Kalau semalam, di gerai yang sama kita pekena meehon sup Rinching, pagi nie kita pekena lak nasi lemak Rinching. Alahai saja je letak nama tempat nie sempena makan kat sini, saja suka-suka. Kira bagus jugak nama menu yang puan zai bagi hehe.
Istimewanya ialah sambal nasi lemak itu sendiri. Emang kekampungan. Sebabnya sambal dia banyak bawang. Si kakak tanya kenapa banyak bawang. Dan ada juga anak buah puan zai tanya camner nak amek sambal bawang je banyak. Ye lah banyak bawang dari sambalnya. Itu lah best kata hati puan zai.
Itu lah kan... orang-orang sempadan selangor dan NS ni, kalau puan zai perhatikan buat pulut mesti ada sambal bawang nie. Apa-apa pun terbaek uolsss... i like sambal bawang...
Kakak pula nasi lemak sambal biasa milo ais.
Kalau adik, usah banyak tanya.
Selera dia selalu lain dari orang lain.
Adik amek kueh 3 ketul.
Minum milo suam.
Lepas kenyang je terus gerak ke KL. Buat masa ini jalan lengang. Masuk je highway banyak dah kereta. Masa nak balik tadi ada lalu Tesco Semenyih, dengarnya pagi ini ada makan-makan dan poco-poco. Nampaknya tak sempat nak singgah tengok.
Jam 1pm hari ini anak buah puan zai yang berumur 6 tahun yakni anak adik pompuan puan zai ada konsert dan penyampaian Smart Reader Kids kat Pusat Sains.
InsyaAllah, kami sefamili akan turut sama memberi sokongan kepada Aleeya Nabilah. Dengarnya dia akan buat presentation, tarian dan persembahan lain. Lucky draw pun ada.
Tak ketinggalan juga menurut teacher Aleeya ada seisi bergambar dengan teacher, dengan mummy, daddy, brother and sister. Eh speaking lakkk...
Si adik tahun ini tak turut serta dengan cikgu sekolah tadika untuk acara sebegini, jadi tengok orang lain punya konsert pun jadi lah ye dik...
OK la sampai di sini, jangan lupa ek - to be continue.. tata...
Puan Zai...
No comments:
Post a Comment