Thursday, November 3, 2011

Pentas Idola Kecil 4







Stesen nombor 2 Malaysia, TV9, melalui program Idola Kecil kembali dengan musim keempat!


Lebih dikenali sebagai IK4, 12 peserta cilik berusia lingkungan 8 hingga 12 tahun, telahpun dikenal pasti untuk menonjolkan bakat mereka menerusi program realiti hiburan kanak-kanak Nombor 1 Malaysia ini.


Idola Kecil 4 akan mula menemui penonton pada 5 November 2011, Sabtu, 9.00 malam ekslusif di TV9 (Saluran 119).



Musim keempat ini akan menampilkan 12 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang perempuan dan 4 orang lelaki.

Berikut adalah barisan peserta Idola Kecil 4:
  1. Ahmad Marzuki b Nordin , 10 Tahun
  2. Hairul Asri B. Alis Sjofjan, 12 Tahun
  3. Irfan Haris B othman, 10 Tahun
  4. Mohd Syafiqri B Kaharudin, 10 tahun
  5. Farisha Bt Asmadi, 12 Tahun
  6. Nabihah bt Idrus, 12 Tahun
  7. Noor Aina Batrisyia Bt Azman, 8 Tahun
  8. Nurfazlina Bt Ramlan, 12 Tahun
  9. Nurshazaleen Natasha Bt Jamaluddin, 11 Tahun
  10. Sarah Elyysa Bt Khairul Fahmy, 11 Tahun
  11. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz, 12 Tahun
  12. Sharifah Rusilmu Imani Bt Syed Hussain, 11 Tahun
Idola Kecil 4 ini masih mengekalkan Alif Satar sebagai pengacara rancangan realiti ini untuk kali ke 4. Sementara hadiah untuk Juara, naib Juara dan tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, RM5,000 dan RM3,000.

Puan zai emang mengikuti pentas ini setiap tahun untuk melihat bakat-bakat anak-anak kecil ini menimba ilmu dalam pelbagai situasi seperti gembira, teruja, hiba dan sedih.


No comments: