Wednesday, December 25, 2013

All The Best to Hasliza...


As-salam...

Pada 20 Dec hari tu adalah hari terakhir seorang sahabat berkhidmat di syarikat kami berkerja. Beliau telah berkhidmat di sini semenjak 18tahun yang lalu.

Puan zai ingin ucap kan selamat maju jaya buat sahabat yang telah 17 tahun puan zai kenali semenjak puan zai menyertai syarikat di tempat puan zai berkerja nie.

 
Walaupun kami sekarang di lain-lain department, puan zai masih ingat lagi hari pertama puan zai jejak kaki di syarikat ini pada tahun 1996, sahabat inilah yang menjadi cikgu kepada puan zai.

All the best to Kak Liza... nanti puan zai ziarah kedai bunga The Fern Gallery Kak Liza ye...

Puan Zai @ JH...

 

Thai Tomyam Kung, Presint 14


As-salam...

Hari nie cuti sempena Hari Natal. Duduk rumah takde buat apa. Tengok tv, pastu tv tengok kita pulak.

Apak lak bz di meja mengadap pc, katanya banyak keje. Apa lagi duduk umah je la jawapnya walaupun si adik dan kakak ajak keluar jenjalan.

Anda buat apa hari ini? Rata-rata semua kita nie bercuti ari ni dan esok masuk keje semula.

Hari ni puan zai nak tempel kan kisah minggu lepas sewaktu kami membelah belah barang-barang sekolah di Presint 14, Putrajaya. Saja jalan jauh-jauh bukannya tak de tempat yang dekat pun.

Selesai membeli barang singgah di sini untuk makan tengahari. Boleh tahan sedap jugak lah dengan harga yang berpatutan.



 Kami order yang satu set nie. Ada 5 jenis lauk dan sejug air tembikai.
Semua sedap-sedap belaka.
Tomyam Kung pedas bagi kanak-kanak atau dewasa yang punya perut nipis hehe.
Isi tomyam je abes licin kami bedal, sup dia tertinggal.
Sup dia pekat likat dan pedas la pada sapa yang mengemari pedas.
Cuma kami tak ambil sebabnya selesainya seisi makan tengahari tu kami kena gerak ke Karak iaitu kampung suami untuk collect dorian.
Siakap tiga rasa pun sedap, licin jugak hanya tinggal kepala je.
Yang lain ada daging dan ayam.
Kangkung crispy pun sedap.
Ulaman dan sambal belacan pun sedap cuma petai je depa bagi tiga ketul, tak cukup maaaa haha.

Selesai semuanya terus ke kaunter dan bayar RM109 untuk semua satu set hidangan makanan seperti di atas.
Alhamdulillah kenyang.

Puan Zai @ JH...

 

Sunday, December 1, 2013

Moh kita ke Chow Kit...


As-salam...

Tadi dinner bawa mak makan luar. Makan kat FoodCourt Tesco je sebab kami teringin nak pekena mee sizling tu.

Tetiba mak bagi cadangan ke Chow Kit. Nak cari sayur, murah katanya. Kami on je.

 Macam-macam la ada sayur segar di sini.
Singgah je mana-mana tapak.

 Orang ramai masa nie.

 Singgah di satu tapak nie beli cendawan, cili padi, tauhu jepun, cili merah, kobis, bunga kobis.
Dah bayar, kakak nak sayur bayam pula.
Semuanya RM13.


 Dah cari sayur, singgah beli jagung bakar pula.
RM3 seketul.
Beli dua.
Yang banyak bedal ialah ibu.

 Jangan tertipu.
Kakak tak suka durian.
Tapi suka bergambar dengan durian.
Orang yang paling suka durian ialah adik.

 Sampai kan masa nak tunggu durian di kopek, adik cakap besar nanti nak jadi tauke durian boleh makan banyak-banyak.

 Murah-murah.

 Kopek siap-siap.
Tak payah bawa balik kulitnya.

 Aikkk sudah tukar cerita kaa?
Ini sebelum kami ke Chow kit...
Anak-anak makan nasi ayam
Orang dewasa je pekena mee sizling.

 Adik dan nenek.

 Yang nie yang teringinnya hehe...

OK lah dah letih le pulak... puan zai belum bersauna nie... nak sauna baju dalam seminggu punya... ok stop di sini jumpa lagi tata...

Puan Zai @ JH...
 

Nasi Kerabu darimu sahabat


As-salam...

Dah lama tekak nie ngidam nasi kerabu. Lama jugak la tak pekena nasi kerabu.

Nak gi pasar malam, apak tak nak pergi dah sekarang sebab katanya dah tak ramai bangsa sendiri yang menjual dan membeli. Ramai 'orang luar' yang berpusu-pusu sampai mendatangkan rasa takut pun ada.

Pasar malam di kawasan dekat dengan rumah puan zai tak besar mana pun tapi padat dengan orang.

Nak gi pasar malam yang besar dan yang jauh sikit, sesak la pulak... lagi lah mendatangkan kemalasan bagi orang yang nak membawa kita huhu...
 

Hehe apa yang kau merepek daaa... sebenarnya nak ucap kan terima kasih pada sahabat nie kerana belanja nasi kerabu nie minggu lepas.

Saja katanya beli kat area rumah dia di Selayang... terharu den nie haa... sedap sangat nasi dia, yang bestnya solok lada dia besar sangat tak macam solok lada yang penah puan zai makan sebelum nie. Memang best lah. Terima kasih sahabat!


Puan Zai @ JH...




 

Hidangan minum petang hari ini...


As-salam...


Inilah hidangan untuk petang nie. Dua hari lepas abah puan zai baru bawa turun dari "Terbaek Dari Ladang" di belakang rumah.

Kedua-dua akan ku goreng dengan tepung Adabi. Mahu harum sekampung kalau guna tepung adabi nie.

Jika tiada tepung ni, guna tepung beras pun sodap jugak. Tetapi tekak kami sekeluarga suka tepung Adabi bila mengoreng pisang atau cempedak... lebih-lebih lagi abah puan zai semahu-mahunya suruh cari tepung Adabi nie.

Aiii... belum lagi goreng cempedak, dah harum bau cempedak dalam rumah nie. Jom jom kita gerak ke dapur.

Puan Zai @ JH...