Saturday, March 23, 2013

Novel: Setia Hujung Nyawa ~ Fatin Nabila


NKB: Novel Ku Baca

Setia Hujung Nyawa
[Karya: Fatin Nabila]

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu budan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Komen JH:
Kesibukan diri membuatkan pembaca mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya novel ini. Sibuk dengan kenduri kawen adik lelaki dan sibuk di pejabat. Ini bukan bermakna novel ini tak menarik tapi empunya diri yang lambat menghabiskannya.

Asalnya semasa pembaca memula pembacaan hari tu, si anak dara pembaca menegur yang novel pembaca ini sama seperti di kaca tv. Ehhh... yelah dah ada drama pula. Anak dara pulak layan drama di tv jadi ibu dia sama-sama tumpang sekaki.

Masa tu layan novel dan layan tv dalam masa yang sama. Cerita ini sungguh menarik sekali dengan gabungan dua watak yang menarik. Pembaca tabik lah!

Apa-apa pun secara peribadi pembaca dapat rasa lebih dekat lagi penghayatan membaca novel Setia Hujung Nyawa ini di buku dari menonton di kaca tv, walaupun di kaca tv kita boleh lihat watak Ersalina dan Zain di 'alam nyata'.

Novel ini akan pembaca simpan dengan baek kerana pembaca sangat sangat suka dengan kedua-dua watak yang telah di sempurna dengan baek oleh Fatin Nabila.

Selamat berjaya pada Fatin Nabila. Terima Kasih.

Next Novel: keINDAHan Cinta IMAN ~ Zuraidah Othman

Puan Zai @ JH...

 
 

Friday, March 15, 2013

Rojak Bellamy


As-salam...
Ini citer minggu lepas.
Alkisah geng ajak makan rojak kat Jalan Bellamy.
Dekat yo dengan opis.
Puan zai ok aje tapi siap-siap pesan kat geng yang puan zai makan nasi lemak bungkus sebab pagi tu 'anak murid' ada belanja nasi lemak.
Sebabkan pagi tu puan zai dah sarapan dengan susu jadi nasi lemak tu makan waktu makan tengahari di Jalan Bellamy.
 
 So geng-geng puan zai order rojak sotong...

 Mee rojak.

 Mee goreng.

Cendol.
 
Yang ni puan zai punya... nasi lemak sambal paru... orang belanja.
 



Cuaca sekarang sangat la terik.
Dorang order air sejuk-sejuk termasuk lah air bali.

Cuaca begini kena banyak minum air masak selalu.
Si anak bujang dah ada bunyi-bunyi batuk dah.
Apa tak nya asik beli aiskrim aje keje dia.
Balik sekolah dah beli aiskrim.
Depan sekolah ada orang jual aiskrim, asik ngadap benda tu aje lah.
Puan zai bukan apa takut adik tak sihat aje.
 Camner lah nak pantau anak-anak dari beli jajan dan aiskrim selalu di sekolah???? Ada petua tak???? HUhuhuhuU...

Puan Zai @ JH...

 

Thursday, March 14, 2013

Anak bujang ku ini...



Puan Zai @ JH...


Wednesday, March 13, 2013

Atuk ku sayang...





Puan Zai @ JH

Tuesday, March 12, 2013

Mereka...







Puan Zai @ JH...


Sunday, March 10, 2013

Majlis Rin & Ira - Makan Beradap Pengantin

As-salam...

03-03-13...

 Gambar pengantin baru semasa acara makan beradap.

 Pengantin menjamu selera bersama keluarga pengantin perempuan.

Gambar-gambar tetamu, saudara dan sahabat handai menjamu selera.
Kebanyakannya kata menu sedap.
Alhamdulillah.

 Atuk bersama-sama keluarga pengantin perempuan.
Atuk tak kuat jalan, jadi atuk dok kat satu tempat je sambut tetamu yang datang.



 Pak ngah dan pak lang sedang memerhati lauk pauk pengantin.
Masa nie sedang tunggu ketibaan pengantin.

 Ulang tayang balik udang nie.
Hehe yelah puanblog kan yang goreng.
Lauk pengantin untuk makan beradap kami tak gunakan khidmat caterer, kami masak sendiri bantuan dari mak ngah puan zai di Taman Keramat yang terer bab buat makanan beradap nie.
Best!
Thanks makngah!




Sekian post untuk makanan beradap. Boleh bagi idea untuk sesiapa yang ingin buat makanan beradap nie.

Yelah walaupun tak seberapa tapi puan zai puas hati tengok. Teringat jua sebelum kenduri sibuk cari idea di intenet dan blog-blog sahabat untuk idea bagaimana nak buat hiasan ni. Walaupun apa yang di search tak sama dengan apa yang dah di buatkann.

Jumpa lagi next round. Tata...

To be continue,

Puan Zai @ JH...

Saturday, March 9, 2013

Majlis Rin & Ira - Pengantin bersanding

As-salam...

03-03-13...

 Pengantin baru selamat bersanding tersipu malu di atas pelamin.


 Baju pengantin caantek kaler puteh.

 Pengantin dan pengapit.
Kali nie pengapit lelaki sorang je.
Masa nikah kat Banting, bukan main pengapit lelaki sampai dua orang. heheheee...
Nama kedua-dua pengapit pun sama.


 Rin

 Ira


 Acara tepung tawar dari salah seorang makcik pengantin perempuan.

 Atuk ku sayang!

 Satu nie aje gambar satu famili.
Cuma kami adik beradik bersama mak dan abah.
Anak-anak dan suami pun tak sempat nak bergambar sebab masa nie boleh di katakan bz walaupun acara makan hampir di hujung waktu.

 Pelamin purple pilihan pengantin.
Tema emang purple.
Semua purple.
Pelamin purple.
Meja makan beradap purple.
Goodies purple.
Baju keluarga purple.
Semua purple ye.
Sampai naik purple mata.
Air minum pun purple iaitu air grape.

 Pelamin dapat buat satu panel aje.
Sebab ruang kecik.
Ikutkan boleh buat 3 panel di dalam rumah di bahagian lain tapi abah puan zai kata satu panel cukup lah, sekadar untuk bergambar lagipun acara rumah pengantin lelaki kan.

 Hmmm anak dara pun nak bergambar jua.

 Acara karaoke di petang hari selepas majlis berakhir.
Makcik puan zai sedang 'u rockkkkk'...

 Acara buat bunga rampai pada sehari sebelum kenduri berlangsung.


 Acara buka hadiah pemberian tetamu yang hadir.

 Di antaranya....

Hiasan dalam bilik pengantin yang simple.
Mak kata tak pe simple kan... rumah pengantin lelaki.
Heheh ok lah tu... letak cadar dan bunga sikit, tadaaaa dah siap.

Alhamdulillah semua dah selesai. Syukur...

Kita sambung lagi kendian... stop sini dulu ye... tata...

Puan Zai @ JH...

Thursday, March 7, 2013

Majlis Rin & Ira - Kompang & Berarak


03-03-13
As-salam...
Sambungan 'pendedahan' gambar-gambar kawen adik lelaki puan zai sempena Majlis Menyambut Menantu di rumah kami ahad lepas.





Terik anak-anak dan anak-anak buah... Dari kiri Khuzaee, Aleeya, Hakimie & Zahirah ~ Flower girl & boy iringi pak lang dan mak lang.

 Pengantin di sambut meriah pihak kami.

 Acara silat bermula.


 



 Selesai acara bersilat, tangan kedua pengantin disatukan.

 Kalau orang lain hanya dapat jadi Raja Sehari.
Pengantin nie dapat jadi Raja 30 hari sebab kenduri kedua belah keluarga jaraknya 30 hari hehe.


 Anak-anak buah bawa pengantin ke pelamin nan indah di dalam rumah.

To be continue...

Puan Zai @ JH...