Thursday, March 26, 2015

Apa yang saya ingin baca di blog NAURA


Assalamualaikum...



Lama tak bersiaran kan. Tengah dok ronda-ronda tadi, ternampak satu contest dari blog kak Aya. Nampak menarik. Yang menariknya dah tentu hadiahnya. Rasanya sempat lagi puan zai join nie. Lagi dua jam contest nak tutup. Mudah-mudahan sempat.

Nak join contest nie senang aje, anda pun boleh join. Tajuk contest yang di beri ialah APA YANG SAYA INGIN BACA DI BLOG NAURA atau pun boleh search di: http://www.jendelahidup.com/2015/02/suka-suka-contest.html

Puan zai dah lama ikuti blog ni. Masa mula-mula kenal blog ni dahulu rasanya adalah satu malam ni puan zai boleh khatam kisah keluarga terutama kisah arwah ayahnya dan pengalaman hidup kak aya di sini di Kuala Lumpur. Puan zai dapat rasakan ketulusan kak aya dalam penulisan peribadinya di blog nie. Puan zai suka, sampaikan puan zai turut berada dalam penceritaan kak aya tu. Puan zai ingin baca lagi!  Selain tu Puan zai ingin sekali baca banyak dan banyak dan banyakkk lagi review novel dari blog ni. Bila baca review novel blog ni, makin membuak-buak perasaan nak mendapat novel di pasaran. Puan zai ingin sekali tiap kali kak aya post entry perbanyakkan dengan muatturun lebih banyak lagi photo tak kisah lah apa jua yang kak aya post terutama photo jalan-jalan dan produk-produk yang kak aya promote.

Kalau sapa nak join contest Naura nie join la, jom rebut hadiah-hadiah menarik jom!

1. BB CREAM SEQY BEAUTY bernilai RM55 (1pemenang)
2. CLEANSER SEQY BEAUY bernilai RM45(1pemenang)
3. NAELOFAR HIJAB bernilai RM50 (1pemenang)
4. TUDUNG AIDIJUMA bernilai RM15 (2 pemenang)
5. SHAWL BYCEERANOH bernilai RM25(2 pemenang)
6. SELIMUT TAMPAL bernilai Rm30 (2 pemenang)

Cara nak join:

1. Follow blog ini (
http://www.jendelahidup.com/2015/02/suka-suka-contest.html)

2. Follow IG rohaya_yusof

3.Buat satu entry di blog anda dan linkkan ke entry ini. Satu ayat pun tak pe, panjang berjela pun tak apa.

Tajuk entry :  Apa yang saya ingin baca di blog NAURA.

4. TINGGALKAN LINK ENTRY TERSEBUT DI RUANGAN KOMEN D BAWAH.

5. Peraduan berlangsung bermula 26/2/2015 hingga 26/3/2015.

6. PEMENANG AKAN DIPILIH SECARA RANDOM.

OK tu sahaja takat ni. Tata...

Puan Zai @ JH

 

Saturday, December 6, 2014

Resepi Kueh Mak Iti


As-salam

Ini menu petang tadi. Musim hujan aka cuti sekolah ni macam-macam menu anak-anak minta. Cuma antara rajin dan malas nak je nak buat. Kalau datang penyakit 'M' semuanya jadi m lah jawapnya.

Petang tadi buat lempeng kelapa. Dah siap lempeng kelapa buat pulak sambal lada. Sambal lada semata, tak letak apa-apa. Kisar bawang merah dan cili lepas tu tumis je.

Lepas tu kakak minta buat kan kueh pahang. Kami gelar kan kueh pahang atau resepi kueh mak Iti sebab kami tak tahu namanya dan kami makan semasa balik kampung ke Pahang di rumah mak mertua puan zai. Sekarang mertua dah tiada, adik ipar yang selalu buat bila balik kampung.

Nak buatnya mudah sahaja. Hanya perlukan tepung gandum dan majerin. Uli tepung bersama majerin. Lepas tu tambah air sedikit seperti nak buat kulit karipap tu. Uli dalam 5-10 minit. Lepas canai tu potong la ikut suka. Kat sini puan zai hanya potong panjang je. Goreng dalam minyak panas. Minyak tu kena betul-betul panas supaya bila goreng ia akan kembang.

Kalau kat kampung budak-budak makan cicah dengan sos cili je. Tapi sebab puan zai dah buat sambal lada untuk lempeng kelapa tadi. Jadi sambal jadi pilihan. Hujan-hujan ni makan kueh ni best lagi-lagi kalau pekena la kopi pepanas kannn...


Puan Zai @ JH...

 

Mee Bandung


As-salam...

Menu mee bandung nie pertama kali puan zai masak. Resepi dari kawan sepejabat. Resepi campak-campak katanya. Tak ikut sukatan pun. Main campak-campak orang kata kan.

Pertama kali buat, semua orang suka, jadi sukanya la orang yang membuatnya tuu...


-Mee kuning celur sahaja

Bahan tumis:
-Udang Kering (segenggam) di kisar
-Bawang merah
-Bawang puteh
-Cili kering

Tumis bahan-bahan di atas setelah minyak panas. Masukkan air setelah naik bau. Masukkan satu sudu sos tiram dan sos tomato. Masukkan 1-2 keping tauhu yang telah di ramas atau di hancurkan dalam periuk. Letak garam dan gula secukup rasa. Puan zai guna bebola udang. Jika nak, boleh masukkan udang dan sotong. Agak-agak nak masak masukkan sayur-sayuran. Puan zai guna sayur sawi. Masukkan dua biji telur dalam kuah dan akhir sekali goreng kacang tanpa minyak dan kisar kasar dan masukkan dalam kuah.

Sedia untuk di hidang.

Puan Zai @ JH


Karnival Upin Ipin, PICC


As-salam

Haaaa.... ini citer bila pulak ye? Nie citer masa Karnival Upin Ipin hari tu pada 22 Nov yang lalu.

Puan Zai dan anak-anak je pegi dengan famili kawan. Apak koje le hari sabtu.

Pagi tu selepas kami bersarapan nasi lemak di rumah adik kawan puan zai, kami pun gerak ke karnival dalam jam 10 pagi.

Sesampai je memang dah banyak kereta dan parking penuh. Masa tu jugak la ada konvo kat dewan sebelah karnival. Jadi pengunjung yang hadir berganda-ganda.

Kami memang dapat parking tapi jauh la kena jalan kaki dan naik bukit untuk masuk. Ini semua perkara kecil berbanding nak jumpa Upin Ipin dan Ultraman haha...

 Ini je photo yang ada. Photo yang beramai-ramai tidak dapat di kesan di mana simpannya. Hari tu dapat beli shirt sorang satu, cap, pelekat dan bekas air tuk dua org anak buah. Banyak juga booth yang ada jual macam-macam.

Ehhh ini bergambar dengan Upin Ipin je... Mana Ultramannya???

 
 Alkisahnya... Bila di umumkan show Ultraman jam 1 ptg, semua dah berpusu-pusu masuk dan standby depan stage. Kami pun sama cuba untuk ke depan. Makin ke depan bersesak-sesak dalam ramai-ramai tu puan zai takut adik susah bernapas, adik kata adik ok. Dalam dewan tu memang ramai manusia, 'ramai' pula yang 'berbau-bauan' berpeluh-peluh sampai sesak idung puan zai haha. 

Last-last puan zai kata kat adik jom kita keluar sesak-sesak camnie merisaukan ibu. Adik dari mula enggan nak beredar, dia lebih excited nak tengok dekat bila ultraman dah beraksi dengan raksasa. Ibu pegang je tangan adik dan keluar. Di pintu air mata adik meleleh deras. Tiada bunyi, tiada suara, adik sedih dan hampa tak dapat tengok dekat.. alahai dik sampai meleleh air mata la pulak.

Malam tu puan zai upah adik dengan on youtube dan tengok ultraman yang org post show Ultraman di PICC... sabo je la...

Produk yang telah dirembat. RM100 terbang
 
Kepada penganjur sepatutnya sedia kan screen besar di luar dewan supaya sesiapa yang tidak tak dapat masuk boleh menonton di luar. Takkan puan zai nak tunggu show jam 4 ptg seperti yang di war-warkan mc majlis. Mc pulak 'menghalau' supaya tidak masuk kedalam masa countdown sebelum jam 1. Booth depan stage elok diluar dewan aje supaya ruang kosong lebih besar dan ramai kanak-kanak boleh tengok Ultraman tu. Ini pendapat puan zai je sebagai pengunjung. Jadi mau tak mau, idak lerrr nak tunggu. Memasing dah lapo. Kitaorg terus gerak ke Alamanda.

Muka budak yang kiciwa.



Puan Zai @ JH












Ayam penyet menu ku


Salam Makan Tengahari buat semua...

Musim hujan ni perut semua orang asyik lapar je kan. Menu makan tengahari ialah ayam penyet.

Sebenarnya nak buat bukan payah. Masak nasi puteh, goreng ayam dan sediakan ulaman seperti kobis, kacang panjang dan timun.

Sambal dia buat je sambal belacan pastu goreng la tauhu dan tempe.

Tadaaaa....




Jom Makan Tengahari...

 
Puan Zai @ JH...

 

Desa Water Park - Family Day


As-salam

Baru-baru nie company puan zai berkhidmat menganjurkan 'Family Day' di Desa Water Park. Acara yang di tunggu-tunggu puan zai untuk anak-anak. Puan zai jarang ikut travel ke mana-mana yang di anjurkan company. Hati ni belum lagi sampai hati nak tinggal anak-anak. Dengan family day nie je boleh bergumbira dengan anak-anak.

Pertama kali jejak kaki di sini. Bukan jauh pun dari umah. Tapi kaki tak kesampaian huhu. Kami sampai di sana lewat. Sebab pagi tu kami ke sekolah kakak untuk Hari Graduasi.

Acara bermula jam 9 pagi. Hampir jam 12 tengahari baru sampai. Ngam-ngam nama pemenang 1st prize lucky draw di umumkan. Dapat LCD 42' tuu... bestnya... puan zai cuma ambil gift je kat counter.

Pastu collect bungkusan makan tengahari. Nasi puteh, ayam masak merah, sayur kobis goreng dan air sirap. Masing-masing pun dah kelaparan. Makan dulu, baru terjun ke dalam air.

 Seronok berendam join anak-anak sekali sampai tak hengat dunia. Muka masing-masing dah macam udang bakar.

 Mandi-mandi, lepas tu makan lagi, makan lagi dan lagi. Masa tu dapat amek nasi campur yang di sediakan, sebab nasi lemak untuk breakfast tak sempat nak amek. Lepas nasi campur abes, berbelanja pula di gerai yang ada. Abes dalam RM60. Ntah apa-apa yang di belinya. Semua mahal-mahal.

 Baby pun ikut. Memula tu takut air. Dah di kocak-kocak air dengan tangan sendiri, dia mula selesa dah bergumbira dalam air. Hari tu hujan sepanjang hari. Kejap renyai kejap berenti. Tapi kegembiraan dan keseronokan tetap ada.

Dalam jam 4 petang baru balik. Baby pun dah penat, siap tido dalam dakapan ummi dia. Ikut kan kakak dan adik memang tak nak balik tu. Tak pe la nanti ada masa kita gi lagi ye...

Puan Zai @ JH


 
 

KL Bird Park



As-salam...

Ini cerita Hari Merdeka yang lalu. Hari Merdeka??? Punya lah lama dok dalam draft je. Hari ini puan zai klik untuk post. Bukan apa kadang tu bila baru nak start berblog ada je iklan. Akhirnya terus log out.

Masa ni kami ke KL Bird Park, puan zai beri upah kat adik sebab adik ok lepas operation remove tonsil tempoh hari.
 











Puan Zai @ JH