Showing posts with label Cerita Si Adik. Show all posts
Showing posts with label Cerita Si Adik. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

Episod Tonsil Sudah Berakhir


As-Salam semua...

Fuhhh lamanya puan zai tak bersiaran di sini. Sejak bulan 5 menyepikan diri. Dah makin semak samun di sini. Hari ini baru ada kelapangan nak menebas sikit-sikit lalang-lalang dah memenuhi laman blog puan zai ni. Omelan yang agak panjang sementara jari jemari ni sedang senang lenang untuk menaip. Harap anda tak jemu.

Anak no 2 puan zai yang berumur 8 tahun ni ada tonsil yang besar dan bengkak di kedua-dua belah sejak berumur 3 tahun. Boleh di katakan tonsil adik nie gred 3. Maksudnya dah 5 tahun adik mengidap tonsil.

Adik kerap mengalami demam yang mengejut dan alami demam kejang sebanyak 5 kali sepanjang 5 tahun dia ada tonsil ni.

Kali pertama semasa berumur 3 tahun pada tahun 2009. Masa ni adik demam dan terus admit ke Pediatrik, HKL. Selain demam.. adik batuk dan selsema selain adik juga punya masalah Hyperactive airway desease. Semasa di dalam ward tu la adik kena demam kejang. Puan zai memang panik tengok keadaan adik yang begitu. Memang menakutkan. Mujur lah adik kena serang di dalam ward. Kalau tak, dah tentu2 puan zai dah tak tau nak buat apa. Selepas doktor beri rawatan kecemasan di atas katil ward adik terus di masukkan ke dalam ICU untuk satu malam. Sejak hari tu doktor dan staff nurse beri info bagaimana kita nak handle jika anak kita mengalami demam kejang. Kejang ni selalunya tangan dan kaki adik membengkok dan mengejang. Mata memandang ke atas. Suhu badan memang melonjak panas.

Perkara pertama yang harus kita buat ialah jangan panik. Apa-apa pun yang berlaku jangan panik. Kedua, mengerengkan badan anak ke kanan ataupun ke kiri. Sentiasa memanggil namanya sehingga sedar. Basahkan badan dan kepala dengan kain basah. Kalau anak kena serang demam kejang semasa makan, keluar kan makanan tu dari mulut supaya tidak menyekat penafasannya. Anak puan zai selalu nya di serang semasa dia sedang tidur. Jangan cuba memasukkan sudu atau benda lain ke dalam mulutnya. Kekejangan selalunya berlaku dalam beberapa minit. Selepas dia sedar terus bawa ke hospital.

Adik kena demam kejang kali kedua semasa berumur 5 tahun tahun 2011. Masa tu puan zai baru sahaja bawa adik ke emergency, Hkl. Masa ni suhu demam 37. Lepas terima rawatan, kami terus terus balik dan menaik kereta untuk pulang ke rumah. Masa betul-betul keluar dari pagar hospital adik terus kena kejang. Maklum lah KL ni memang kat mana-mana pun jalan jem.. jem walaupun depan hospital. Puan zai panik tapi cuba tak panik. Jangan panik kannn.. hospital kan dah bagi info, so jangan panik puan zaiiii. Orang KL masa tu bertimbang rasa selepas kami beri double signal dan dapat ikut laluan tengah apabila semua kereta bergerak ke tepi kiri dan kanan jalan raya untuk beri kami laluan masuk semula ke laluan hospital. Syukur. Terima kasih org KL.. Dalam kereta tu puan zai duduk di belakang. Puan zai cuba tak panik (lagi...). Puan zai cuba mengereng kan badan adik, lap badan dan kepalanya dgn kain basah dan memanggil namanya sehingga sampai di hospital semula. Sampai je di hospital depan ruang emergency, Ya Allah... suhu badan panas dah mencecah 40.6. Masa tu jugak adik kena admit di KK6, Pediatrik (rumah kedua adik huhu).

OK.. masuk je tahun 2014, dairi adik penuh dengan kisah adik alami demam kejang yang kerap sehingga 3 kali untuk tahun ni. Kisahnya demam kejang kali ketiga ni adik kena demam kejang jam 5 pagi di rumah. Sesampai di hospital terus adik admit di pediatrik. Dalam ward, selepas 4jam kena kejang di rumah pagi tu, adik alami kejang lagi dalam jam 9pagi. Masa tu risau seorang ibu terus memuncak. Keadaan adik masa itu teruk. Takut melihatnya sampai doktor tenangkan puan zai. Puan zai lihat mata adik besar dan terbeliak. Selepas badan adik tak mengejang adik masih tak sedar sepenuh. Walaupun dia bagi respon kat doktor tapi mata dia masih tertutup.

Kali terakhir adik kena demam kejang ialah pada bulan 7 2014. Kali ini kejang tak berapa teruk seperti puan zai tengok sebelum ni. Dan kali ni jugak adik admit hospital.

Nak di jadikan cerita dalam episod tonsil adik ni, masa tu kami hadiri majlis open house di rumah mak ngah puan zai. Malam ahad tu kami berkumpul beramai-ramai maklum la masih bulan beraya lagi. Adik malam tu ambil nasi dan ayam goreng. Selepas setengah jam adik makan tu, adik mengadu rasa tercekik. Adik nak minum air. Puan zai cuba bertanya tercekik tulang ke. Adik kata tak. Masa tu adik mula sukar untuk bernapas. Puan zai panik tapi cuba tidak panik. Jangan panik kan... cool laa.. huhu... Kami cuba tolong adik jika betul adik tercekik tulang. Selepas adik muntah kan semua makanan yang dia dah makan baru adik rasa lega. Kami tinggalkan majlis tu dan terus ke hospital bila dengar suara adik yang sedikit garau dan sukar bernapas seperti biasa.

Sesampai di hospital, doktor mengatakan yang tonsil adik di sebelah kiri dalam gred 4. Walaupun kedua-dua tonsil itu memang dah besar, pada malam tu sebelah kiri tu lagi membesar seakan hampir menutup tekak adik. Doktor nasihatkan supaya kami berjumpa dengan pakar ENT pada hari selasa (dua hari selepas tu) dan kami boleh berbincang untuk remove tonsil adik. Kami dah tak sanggup nak tengok adik demam selalu. Dan kadang-kadang boleh dikatakan kerap demam terkejut. Dengan tiba-tiba adik demam walaupun sebelum tu adik sihat.

Hari berjumpa pakar tu kami sepakat suami isteri nak buat operation tonsil adik. Dah setahun adik ambil ubat dan spray hidung untuk kecutkan tonsil tu. Tapi keadaan tonsil tu masih besar dan adik kerap demam dengan tiba-tiba. Sudahlah kerap demam, dah 5 kali pula diserang demam kejang. Menghadapi demam kejang sebegini buatkan kita risau berkali ganda kerana pengidap tonsil mudah demam secara mengejut.

Selepas kami bersetuju dan terus pilih tarikh untuk berjumpa dengan pakar bius, berhari-hari puan zai search google di internet bagaimana nak jaga orang yang telah remove tonsil. Kebanyakkannya orang dewasa. Tapi anak puan zai baru je 8 tahun. Doktor pun dah bagi banyak info juga. Katanya kanak-kanak kecil dari adik pun ada yang remove tonsil ni. Tonsil ni akan tumbuh balik ke selepas di bedah? Tidak doktor kata. Dan macam-macam yang di tanya termasuk cara nak jaga lepas bedah. Setiap malam juga puan zai baca je pamplet yang doktor bagi untuk persediaan sebelum pembedahan dan selepas pembedahan. Emosi begitu tidak menyenangkan dan terkenang episod kelahiran adik 8 tahun dahulu. Kali ini adalah pembedahan kedua sepanjang hidup adik selepas pembedahan repair TOF (iaitu Tracheo-oesophageal-fistula) 8 tahun dulu.

 Sehari sebelum operation tu 20 Aug, adik kena admit ward ENT dulu. Sehari suntuk cuma bersenang lenang di atas katil.

 Tak de apa nak buat. Boring katanya. Tak macam dalam ward di pediatrik. Di sana boleh pegi taman, boleh pegi libary, boleh masuk kelas dan boleh ke kantin.

 Di ward ENT ni dah campur dengan orang dewasa. Tempat nak main pun takde adik kata. Huhu. Yelah dik.

 Esoknya bila team bedah dah confirm suruh bersiap sedia sebelum masuk bilik bedah, adik dengan tenangbmengaminkan doa apak supaya pembedahan ni berjalan dengan lancar dan selamat.

 Bismillah.

 Salah seorang dari ibu bapa boleh teman jadi pengiring si anak masuk ke bilik bedah. Jadi, Puan zai sertai adik sehingga ke bilik bedah. Sebelum masuk, adik bersalaman dengan apak dan kami berdua berpisah di situ. Doktor bius memimpin tangan adik sementara puan zai ekori mereka dari belakang. Masuk dalam bilik bedah puan zai dah berdebar apatah lagi adik. Adik dah mula menunjukkan tanda risau apabila mula mencari tangan ibu untuk dipegang. Selepas adik baring dan tak sedarkan diri.. Doktor kata boleh la ibu cium adik dan meminta ibu tunggu di ruang menunggu ibu bapa di tempat khas yang di sediakan. Puan zai kucup adik yang dah pejam mata dan beredar dengan hati yang berat dan sayu.

Dalam hampir setengah jam lebih kurang puan zai tunggu, tiba-tiba datang doktor bius dan memberitahu yang adik ada masalah dengan saluran penafasan nya. Allahu... Saluran panafasan adik sempit. Puan zai dengar dengan penuh perhatian apa yang doktor terangkan dan apa yang doktor syorkan. Puan zai minta doktor buatlah yang terbaik untuk adik. Doktor berjanji akan buat juga pembedahan ni hingga selesai. Masa tu puan zai kena tandatangan lagi satu document. Lepas doktor beredar, debaran puan zai sentiasa bersama. Dup dap dup dap. Jika kanak-kanak lain yang buat pembedahan tonsil, jangka masa yang di ambil cuma dalam masa satu jam. Tetapi tidak untuk Ahmad Khu'zaee. Selama 4 jam puan zai menunggu dengan penuh kesabaran. Ibu-ibu lain yang menunggu anak masing-masing dengan bermacam jenis pembedahan bersilihganti pulang ke ward bila anak masing-masing dah selesai dalam bilik bedah tu. Anak puan zai je tak keluar-keluar. Jam kat tangan dah ke angka 5 petang.

Bila doktor panggil puan zai, mereka beritahu yang anak puan zai sudah selesai bedah dan akan di tranfer ke ICU, pediatrik. Mereka tidak mahu sedar kan atau bangun kan anak puan zai di dalam bilik bedah sebagaimana kanak-kanak lain. Anak ini akan di biarkan tidur satu malam di dalam ICU. Puan zai pandang dengan sayu wajah anak ini yang terpejam mata dengan rapat. Puan zai iring dia sampai kami berpisah di lif. Puan zai dan suami ke ward untuk ambil barang-barang adik di katil untuk di bawa ke pediatrik pula.


 Dalam ICU, staff nurse kata kami tak perlu tunggu di sini kerana di sini mereka akan jaga anak kami. Lagipun tiada tempat untuk kami tunggu kecuali di kerusi luar. Boleh menjenguk tapi bukan lama-lama. Nurse juga memesan supaya kami beli dan bawa pampers dewasa untuk anak kerana mereka tak akan bagi anak ini sedar untuk malam ni. Jadi dia perlu pakai pampers.

Apabila puan zai sampai di ICU semula dari kedai membeli pamper, aiskrim dan jely, puan zai datang semula ke ICU mendapatkan anak. Masa tu jugak tetiba adik tersedar. Bila tersedar mungkin adik terkejut dengan keadaan sekeliling. Adik memberontak. Adik dapat menarik tiub tu walaupun ramai yang memegangnya. Masa tu jugak adik muntah darah yang banyak. Apa lagi tak sanggup nak tengok anak macam tu, nurse 5-6 orang dah kerumuni adik, puan zai dan suami lari keluar dari ICU sekejap. Biarkan pihak hospital jalani prosedur biasa selepas pesakit sedar. Bila selesai nurse siapkan adik, ibu dari jauh dengar adik memanggil nama ibu. Ibu masuk je pegang adik badan dan tangannya, adik mula diam. Mungkin rasa selamat bila ibu ada. Adik muntah kali kedua cuma kali ni lendir dan air liur sahaja yang keluar. Takde dah muntah darah macam mula-mula tadi. Alhamdulillah. Malam tu puan zai berjaga juga dalam ICU bersama adik bila adik tak benarkan ibu balik. Nurse pun benarkan ibu tunggu dalam tu bila adik tetap tak benarkan ibu beredar.
Jam 10 malam baru adik di beri minum adik mineral sejuk. Adik tak boleh ambil apa2 makanan untuk malam tu walaupun adik mengadu lapar sebab berpuasa panjang sebelum bedah. Jam 12 malam adik dah boleh makan aiskirm. Aiskrim di galak kan apabila sudah remove tonsil nie. Selain puan zai beli aiskrim ini, dalam unit ICU nie hospital juga ada menyediakan aiskrim jika kita tak sempat nak beli. Wahhh bukan main adik memalam makan aiskrim. Cumanya adik kata sukar nak telan. Dia menelan dengan perlahan dan bercakap pun dengan suara yang halus dan pendek.



 Pagi tu team ENT jemput adik di ICU pediatrik tranfer balik ke ward ENT. Masa ni adik dah ok. Alhamdulilla. Makan aiskrim je keje dia. Lepas aiskrim, makan jely. Pastu adik dah boleh makan bubur nasi yang sejuk. Air minum pun air sejuk. Petang minum petang minum milo ais yang sejuk... wahhh... 

Kat sini ada freezer untuk ibu bapa simpan makanan sejuk untuk pesakit.

 OK. bila balik ke rumah puan zai tak de masalah nak jaga adik. Adik MC dua minggu. Sepanjang tu dua minggu ok je. dah boleh makan nasi. Doktor pun galakkan makan nasi or makan lain supaya otot-otot leher ni bergerak dan berfungsi kerana doktor kata ada kanak-kanak lain ada yang takut dan tidak mahu makan. Adik jumpa pakar ENT sebanyak dua kali selepas remove tonsil nie. Kali terakhir ialah pada selasa lepas 20 Oct hari tu. Doktor kata adik dah sihat. Adik dah ok. Ok minum, ok makan dan ok masa tidur. Puan zai gembira memberitahu doktor yang posisi adik tidur dah normal macam kanak-kanak lain. Sebab semenjak kecil adik akan tidur dalam posisi yang mendongak. Dalam keadaan mendongak adik akan lebih selesa dan senang bernapas. Sekarang tidak lagi, adik dah ok. Posisi tidur sudah normal.

Alhamdulillahhh... terima kasih kerana semua doktor di ENT, HKL,  ICU, Pediatrik, Semua staff nurse di ICU yang baik hati dan hanya tuhan yang dapat membalas jasa anda sepanjang memberikan layanan yang baik pada puan zai dan anak puan zai ni. AMin.

Appointment dengan pakar di ENT tiada lagi. Akan jumpa bila perlu sahaja. Buat masa sekarang adik cuma perlu pakar Respitorary (untuk hyperactive airway desease) dan medical je di Pediatrik. Adik, adik tak perlu dah jumpa team surgical dan team ENT lagi ye. Syukur...

Ceritauntukhariinidari,
Puan Zai @ JH

 

 

Sunday, October 13, 2013

Memorial Tunku Abdul Rahman


As-salam...

Nie gambar bulan lepas masa bawa kakak dan adik jalan-jalan.

Pagi ahad tu tak silap kami bersarapan di luar.

Seingatnya aktiviti pagi tu tak di rancang. Lepas masing-masing kenyang dengan sarapan masing-masing tu terus pakat nak ke sini. Dari rumah nak ke sini tak jauh dalam lebih kurang 10 minit.

Anak-anak seronok menjelajah dalam Memorial nie. Mereka kata nanti nak singgah lagi. Ini lah aktiviti sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

 

Memorial Tunku Abdul Rahman nie telah di buka pada tahun 1994 bagi memperingati dan mengenang jasa Tunku sebagai "Bapa Kemerdekaan".

Ada pelbagai jenis warisan yang dapat kami lihat di sini termasuk barang milik peribadi Tunku. Pameran di sini mempunyai banyak tema terutamanya terutamanya tema Kemerdekaan.
 

Puan Zai @ JH


 

 

Saturday, July 20, 2013

Adik nak durian...


As-salam...

Orang sibuk nak cari lauk nak masak untuk buka puasa, adik sibuk nak durian... teringin katanya... aishhhhhhhhh...



Puan Zai @ JH...


Thursday, March 14, 2013

Anak bujang ku ini...



Puan Zai @ JH...


Friday, December 28, 2012

Orientasi Tahun Satu


As-salam...

Apa khabar semua sahabat di alam maya? Lama tak update blog kan? Tetiba arini nak cerita pasal si adik. Sebenarnya ada macam-macam nak post nie tapi perlahan-lahan ye.

Pagi tadi jam 8pagi di sekolah berlangsungnya Hari Pendaftaran Tahun Satu, iaitu hari orientasi dan hari menjelaskan pembayaran Persekolahan seisi 2013.

Selain tu, hari mengambil buku teks si kakak. Balik dari sekolah tadi puan zai tetiba rasa nak demam... hmmm sapa lah yg sekolah nie, anak-anak ke atau puan zai???

Dalam pada rasa lega sebab semua yuran dah di bayar dan buku semua dah dibeli. Cuma pending untuk bayaran PIBG di mana selepas meeting baru ibubapa boleh membuat pembayaran. Banyak pakai $$$$$ anak-anak sekolah nie kannn...

 Semangat waja bangun pagi tadi.
Semoga adik ok masuk sekolah minggu depan.
Risau pun ada nie tak moh la adik buat hal masa umur 5 tahun tu, masuk sekolah menangis selama 8 hari berturut tak mau ke tadika.
 

 Sebelum ke sekolah, isi perut dulu dengan roti bakar.
 
 Selepas mendengar taklimat dari guru besar dan cikgu-cikgu, terus ibubapa nak ke kelas untuk mengisi borang dan lain-lain serta membuat pembayaran.

Minggu depan semua dah start bz macam biasa. Seisi sauna akan berganda semula seperti biasa. Selalunya bersauna dengan baju kerja tentulah akan berganda dgn baju-baju sekolah pula.

Apa perasaan anda bila anak baru masuk sekolah? Kalu puanzai sendiri mmg lah terover excited. Rasanya ibu lagi excited berbanding anak itu sendiri...huhu...

PUAN ZAI ~ JENDELA HATI

p.s excited tetap excited hehehe...

   

 

Saturday, September 1, 2012

Ahmad Khuza'ee ~ Dahulu & Sekarang...


As-salam...


Dahulu...
 
 Sekarang...

 Dahulu... umur 1 tahun...

Sekarang... umur 6 tahun...
 
Puan Zai @ JH...

 

Tuesday, May 29, 2012

Scooter...

As-salam...

Semalam puan zai cuti sehari je sempena cuti sekolah nie. Lagipun ada hal pagi semalam ada urusan hal insurance di UniAsia.

Isnin depan pun amek cuti sehari gak. Malas nak dengar si kakak komplen ibu tak penah amek cuti sempena cuti sekolah. Iyalah bukan nak gi ke mana pun dok umah aje. Atas permintaan si anak dara, si ibu pun bercuti lah.

Keluar berdua dengan si kakak aje semalam tu. Pas selesai hal insurance terus gerak ke Sogo sebelum balik ke rumah.

Tak larat rasanya nak bawa adik. Bukan apa adik tu kadang kala kalau berjalan asyik nak berdukung aje.

Sebabkan nak cepat maka adik di tinggal di rumah dengan nenek. Tapi sebelum puan zai keluar rumah, berkali-kali adik pesan belikan scooter (dah banyak kali mintak, dah berzaman pun). Puan zai selalunya hanya mengiyakan aje sebab memang tak nak belikan adik apa mainan.

Adik pula asik kata ibu dah janji nak beli dan ibu selalu kena tinggal adik kat rumah huhu...

 Kat Sogo semalam dok jenjalan nampak scooter nie... teringat kat adik.
Puan zai jarang belikan mainan untuk anak-anak.
Jika mereka 'memberontak' nak sangat mainan, puan zai akan bagi katadua... nak mainan ke nak alat tulis????
Lagipun adik jarang dapat mainan, jadi si kakak pilih kaler ini untuk adik.

 Sebelum pulang ke rumah, kakak nak makan MCchicken.
Ini emang perebet kakak sebab kakak kata kakak suka yang banyak salad.
Untuk adik kakak kata beli happy meal.

Sesampai sahaja di kawasan rumah dah nampak kereta adik perempuan puan zai and the geng. Datang sekeluarga menjenguk mak dan abah.

Cuti sekolah mereka 'balik kampung' di KL... hehehe adik dok Rinching, Selangor, kami pula dok KL... terbalikkan... mak dan abah dok di 'kampung KL'...

Punya lah mereka berempat cucu-cucu mak dan abah tu tak jumpa, dok ralit bermain sama sampai ke malam... huhu nasib la minggu cuti sekolah ek..


Sekian celoteh arini dalam label 'Cerita Si Adik'... jumpa lagi tata...


Puan Zai @ JH...




Thursday, May 3, 2012

Adik dan hamper



As-salam...


Siang tadi adik dapat hamper di sekolah.


Sukanya adik bila nak bawa pulang hamper tu.


Mata membulat besar bila tengok isi dalam hamper tu sebab ada macam-macam jenis makanan.






Puan Zai @ JH...


Sunday, April 29, 2012

Sukar Nafas...



As-salam...


Salam pagi ahad yang aman ini... alkisah jam 5 pagi tadi adik bangun dan mengadu susah bernafas.


Tanpa banyak piker puan zai beri adik satu dos inhaler sementara bersiap nak ke HKL.


Keadaan begini tak usah lah nak tunggu, bersiap, start kereta terus gerak ke hospital.


Malam tadi adik dah menunjukkan tanda-tanda nak ke hospital lah bagi puan zai, cuma keadaan tidak la seteruk mana... bermula dengan batuk kecil dan selsema. Tido adik pun tiada dengkuran mungkin kerana posisi tido adik mendongak jadi untuk dengar dengkuran tu tidak ada.


Jadi, sebelum subuh di pagi ahad ini adik ke hospital...

 Sampai di hospital, terus check oksigen dan suhu badan.
Beri sedikit info tentang adik antaranya yang ada Hyperactive Airway desease.

 Check paru-paru.

 Terus pakai nebulizer.

 Masa ini, mulut bercakap-cakap aje.
Tak boleh diam, asyik-asyik cakap nak gi HosMart... kedai yang ada kat hospital.
Nak beli itu la nak beli ini la, sabo je laa...

 Timbang berat sebelum dapat ubat.
Berat adik sekarang 19kg.
Dapat ubat batuk dan selsema.

Kalau kat rumah masih sukar bernapas, adik kena pakai inhaler... jika keadaan tidak OK, doktor nasihatkan supaya ke hospital semula.
Setakat jam 8.30pagi di rumah waktu ini adik nampaknya OK dan aktif seperti biasa.
Dannn puan zai nak bagi adik tido, adik asyik main dari tadi.

Sebelum sampai rumah, puan zai singgah ke Taman SPPK beli nasi lemak.
Nak masak sarapan, idok la dalam mood.
Jadi, buat kopi dan makan bersama nasi lemak dengan mata yang kuyu...

Plan arini nak ke PWTC... puan zai pun macam mamai je pagi nie sejak malam tak berapa lena bila adik tak sihat puan zai sukar nak pejam mata, cuma tido-tido ayam.... tengok lah dulu ye kakak, kalau ada rezeki kita bole ke Pesta Buku, PWTC.

p.s-tadi ramai juga 'orang-orang BERSIH' yang mendapatkan rawatan di HKL. Dengan baju yang berbekas darah... tak tau la mana yang luka, muka atau kepala. Mati-mati puan zai ingat dorang akan gi hospital swasta kalau jadinya hal begini. HKL juga dorang datang huhu....

Sekian, selamat berhari minggu... tata...

Puan Zai @ JH... yang nak hidup aman damai, tak moh gaduh-gaduh ye...



Thursday, April 12, 2012

Sorok Betik...

As-salam...

Salam hari khamis... hari ini puan zai bercuti. Saja dok rumah. Goyang kaki. Goyang kaki? Idak lah sebenar-benarnya goyang kaki. Mengemas dan membasuh tetap di laku kan. Baru sudah melipat kain huhu...


Tadi jam 12 tengahari amek si adik balik dari tadika. Sebelum balik rumah, singgah kejap kat kedai buah sebab stok buah dah abes dalam freezer tu.

Dalam banyak-banyak buah, adik sangat-sangat suka dengan buah betik. Kalau atuk petik buah betik dari pokok yang terdapat di 'Terbaek dari ladang' atuk, tak sempat-sempat adik nak soh kupas.

Ibu pesan kat adik cepat-cepat makan nanti atuk nampak betik yang kami beli RM1 tu. Abah puan zai tu kalau apa yang abah tanam, jangan lah sesekali kita beli kat kedai. Mau le kena ceramah. Abah kata buat apa tanam kalau masih nak kena beli kat kedai huhu... Sebab tu apa-apa tanaman yang ada seperti terung ke kitaorang takkan beli, kalau nak beli macam buah betik nie memang di sorok-sorok...

 Mulut penuh dok kunyah buah betik.

 Adik nak betik 3 tau tapi ibu belikan 1 jerk.
Kesian adik.

Ibu punya pulak, biasa lah buah oren dan epal.
Esok boleh bawa bekal buah ke opis.
OK, yang ini boleh beli di kedai sebab abah tak tanam hehe.

Esok udah hari jumaat. Syoknya. Tapi esok keje. Keje sehari pastu bersambung cuti weekend pulak. Takat nie tak de plan nak gi mana cuti dua hari tu.

Tapi si kakak dah ajak ke ICT, tengok lah camner... OK lah kena stop sini dulu nak tunggu si kakak pula balik dari sekolah.... tata...

Puan Zai @ JH...

Sunday, March 18, 2012

Salam Hari Minggu...

Salam hari minggu...

Hmmm jam baru je menunjukkan ke angka 9.45am. Pagi-pagi dah ada geng adik datang ke rumah...huhu tak pa lah adik esok dah sekolah, jangan nak main aje si kakak kata...

Main dam lah pulak...

Dah puas main dam, main computer pulak...


Tuesday, February 28, 2012

Gunting rambut

 Rambut adik dah panjang.
Balik sekolah terus singgah kedai.
Bagi encem sikit.
Maklum lah birthday boy bagi la smart sikit dok?

 Dari luar kedai nampak dah 'open', tu yang masuk dalam.

Bila dah masuk tengok belakang signboard tulis closs... closs ker? huhu...

Puan Zai @ JH...



Monday, January 2, 2012

Rambut sekolah...

Nak bukak sekolah dah nie. Rambut adik panjang sangat... sebelum masuk sekolah kena gi potong dulu ler... bagi pendek bagi hencem sikit hehe...




Sunday, November 20, 2011

Adik dan basikal...

Saturday, October 29, 2011

Tak sampai laa...

Ibu sedang perhati adik...
I
I
I
V


Nak naik tapi masih tak sampai... 



Minta simpati Pak lang nak naik tapi pak lang tak layan...
Adik masih di situ...
Adik... adik... kakak kata adik tu pendek...
huhu...


Thursday, October 20, 2011

Channel adik...

Kalau remote control Astro kat tangan adik, nampaknya Cartoon Network akan sentiasa bersiaran sepanjang malam sebelum adik tidur...

Monday, October 17, 2011

Adik nak ayam kentucky

Assalamualaikum...

Balik dari tempat kerja tadi singgah ke kedai untuk beli ayam dan sayur bayam, buat lauk malam nie.

"Adik nak makan apa?" Tanya ibu.
"Adik nak ayam" Jawap adik di hujung talian. Jadi kat opis lagi ibu dah budget nak goreng ayam.

Selera orang baru keluar dari hospital tu, tunaikan aje lah. huhu.

Jadi, masak malam nie simple aje. Cuaca pun baru lepas hujan. Sejuk sesangat. Apa lagi sampai aje di rumah terus ke dapur.

 Ayam goreng kentucky untuk seisi keluarga terutama si adik.

Goreng sayur bayam.
 Sambil makan sambil nak main.

 Kakak pun tersengih dapat ayam goreng.

Lumurkan ayam kat telur.
Pastu ratakan tepung kentucky segera tu dan goreng.

Dan hidang untuk makan malam.

Jemput makan ek...