Sunday, October 26, 2014

Episod Tonsil Sudah Berakhir


As-Salam semua...

Fuhhh lamanya puan zai tak bersiaran di sini. Sejak bulan 5 menyepikan diri. Dah makin semak samun di sini. Hari ini baru ada kelapangan nak menebas sikit-sikit lalang-lalang dah memenuhi laman blog puan zai ni. Omelan yang agak panjang sementara jari jemari ni sedang senang lenang untuk menaip. Harap anda tak jemu.

Anak no 2 puan zai yang berumur 8 tahun ni ada tonsil yang besar dan bengkak di kedua-dua belah sejak berumur 3 tahun. Boleh di katakan tonsil adik nie gred 3. Maksudnya dah 5 tahun adik mengidap tonsil.

Adik kerap mengalami demam yang mengejut dan alami demam kejang sebanyak 5 kali sepanjang 5 tahun dia ada tonsil ni.

Kali pertama semasa berumur 3 tahun tahun 2009. Masa ni adik demam dan terus admit ke Pediatrik, HKL. Selain demam adik batuk dan selsema selain adik punya masalah Hyperactive airway desease. Semasa dalam ward tu la adik kena demam kejang. Puan zai memang panik tengok keadaan adik yang begitu. Memang menakutkan. Mujur lah adik kena serang di dalam ward. Kalau tak, dah tentu2 puan zai dah tak tau nak buat apa. Selepas doktor beri rawatan kecemasan di atas katil ward adik terus di masukkan ke dalam ICU untuk satu malam. Sejak hari tu doktor dan staff nurse beri info bagaimana kita nak handle jika anak kita mengalami demam kejang. Kejang ni selalunya tangan dan kaki adik membengkok dan mengejang. Mata memandang ke atas. Suhu badan memang panas.

Perkara pertama yang harus kita buat ialah jangan panik. Apa-apa pun yang berlaku jangan panik. Kedua, mengerengkan badan anak ke kanan ataupun ke kiri. Sentiasa memanggil namanya sehingga sedar. Basahkan badan dan kepala. Kalau anak kena serang demam kejang semasa makan keluar kan makanan tu dari mulut supaya tidak menyekat penafasannya. Anak puan zai selalu nya di serang semasa dia sedang tidur. Jangan cuba memasukkan sudu atau benda lain ke dalam mulutnya. Kekejangan selalunya berlaku dalam beberapa minit. Selepas dia sedar terus bawa ke hospital.

Adik kena demam kejang kali kedua semasa berumur 5 tahun tahun 2011. Masa tu puan zai baru sahaja bawa adik ke emergency, Hkl. Masa ni demam 37. Lepas terima rawatan terus naik kereta untuk pulang ke rumah. Masa betul-betul keluar dari pagar hospital adik terus kena kejang. Maklum lah KL ni memang kat mana-mana pun jalan jem. Walaupun depan hospital. Puan zai panik tapi cuba tak panik. Jangan panik kannn.. hospital kan dah bagi info, so jangan panik puan zaiiii. Orang KL masa tu bertimbang rasa selepas kami beri double signal dan dapat ikut laluan tengah apabila semua kereta ke tepi kiri dan kanan untuk kami masuk semula ke laluan ke hospital. Syukur. Dalam kereta tu puan zai duduk di belakang. Puan zai cuba tak panik (lagi). Puan zai cuba mengereng kan badan adik, lap badannya dan kepalanya dgn kain basah dan memanggil namanya sehingga sampai di hospital. Sampai je di hospital depan ruang emergency, Ya Allah... panas dah mencecah 40.6. Masa tu jugak adik kena admit di KK6, Pediatrik (rumah kedua adik huhu).

OK masuk je tahun 2014, dairi adik penuh dengan kisah adik alami demam kejang yang kerap sehingga 3 kali untuk tahun ni. Kisahnya demam kejang kali ketiga ni adik kena demam kejang jam 5 pagi. Sesampai di hospital terus adik admit di pediatrik. Dalam ward, selepas 4jam kena kejang dirumah pagi tu, adik alami kejang lagi dalam jam 9pagi. Masa tu risau seorang ibu terus memuncak. Keadaan adik masa teruk. Takut melihatnya sampai doktor tenangkan puan zai. Puan zai lihat adik besar dan terbeliak. selepas badan adik tak mengejang adik masih tak sedar sepenuh. Walaupun dia bagi respon kat doktor tapi mata dia masih tertutup.

Kali terakhir adik kena demam kejang ialah pada bulan 7 2014. Kali ini kejang tak berapa teruk seperti puan zai tengok sebelum ni. Dan kali ni jugak adik admit hospital.

Nak di jadikan cerita dalam episod tonsil adik ni, masa tu kami hadiri majlis open house di rumah mak ngah puan zai. Malam ahad tu kami berkumpul beramai-ramai maklum la masih bulan beraya lagi. Adik malam tu ambil nasi dan ayam goreng. Selepas setengah jam adik makan tu, adik mengadu rasa tercekik. Adik nak minum air. Puan zai cuba bertanya tercekik tulang ke. Adik kata tak. Masa tu adik mula sukar untuk bernapas. Puan zai panik tapi cuba tidak panik. Jangan panik kan... cool laa.. huhu... Kami cuba tolong adik jika betul adik tercekik tulang. Selepas adik muntah kan semua makanan yang dia dah makan baru adik rasa lega. Kami tinggalkan majlis tu dan terus ke hospital bila dengar suara adik yang sedikit garau dan sukar bernapas seperti biasa.

Sesampai di hospital, doktor mengatakan yang tonsil adik di sebelah kiri dalam gred 4. Walaupun kedua-dua tonsil itu memang dah besar, malam tu sebelah kiri tu lagi besar seakan hampir menutup tekak adik. Doktor nasihatkan bila kami berjumpa dengan pakar ENT pada hari selasa (dua hari selepas tu) kami boleh berbincang untuk remove tonsil adik. Kami dah tak sanggup nak tengok adik demam selalu. Dan kadang-kadang boleh dikatakan demam terkejut. Dengan tiba-tiba adik demam walaupun sebelum tu adik sihat.

Hari berjumpa pakar tu kami sepakat suami isteri nak buat operation tonsil adik. Dah setahun adik ambil ubat dan spray hidung untuk kecutkan tonsil tu. Tapi keadaan tonsil tu masih besar dan adik kerap demam dengan tiba-tiba. Sudahlah kerap demam, dah 5 kali pula diserang demam kejang. Menghadapi demam kejang sebegini buatkan kita risau berkali ganda.

Selepas bersetuju dan terus pilih tarikh untuk berjumpa dengan pakar bius, berhari-hari puan zai search di internet bagaimana nak jaga orang yang lepas remove tonsil. Kebanyakkan orang dewasa. Tapi anak puan zai baru je 8 tahun. Doktor pun dah bagi banyak info juga. Katanya kanak-kanak kecil dari adik pun ada yang remove tonsil ni. Tonsil ni akan tumbuh balik ke selepas di bedah? Tidak doktor kata. Dan macam-macam yang di tanya termasuk cara nak jaga lepas bedah. Setiap malam juga puan zai je pamplet yang doktor bagi untuk persediaan sebelum pembedahan dan selepas pembedahan. Emosi begitu tidak menyenangkan dan terkenang episod kelahiran adik 8 tahun dahulu. Kali ini adalah pembedahan kedua sepanjang hidup adik selepas pembedahan repair TOF (iaitu Tracheo-oesophageal-fistula) 8 tahun dulu.

 Sehari sebelum operation tu 20 Aug, adik kena admit ward ENT dulu. Sehari bersenang lenang di atas katil.

 Tak de nak buat. Boring katanya. Tak macam di pediatrik. Di sana boleh pegi taman, boleh pegi libary, boleh masuk kelas dan boleh ke kantin.

 Di ward ENT ni dah campur dengan orang dewasa. Tempat nak main pun takde adik kata. Huhu. Yelah dik.

 Esoknya bila team bedah dah comfirm suruh siap sedia sebelum masuk bilik bedah, adik mengaminkan doa apak supaya pembedahan ni berjalan dengan lancar dan selamat.

 Bismillah.

 Salah seorang dari ibu bapa boleh teman si anak ke bilik bedah. Jadi, Puan zai sertai adik sehingga ke bilik bedah. Sebelum masuk adik bersalaman dengan apak dan kami berdua berpisah di situ. Doktor bius memimpin tangan adik sementara puan zai ekori dari belakang. Masuk dalam bilik bedah puan zai dah berdebar apatah lagi adik. Adik dah mula menunjukkan tanda risau apabila mula mencari tangan ibu untuk dipegang. Selepas adik baring dan tak sedarkan diri. Doktor kata boleh la cium adik dan tunggu di ruang menunggu untuk ibu bapa di tempat yang di khas. Puan zai kucup adik yang dah pejam mata dan beredar dengan hati yang berat dan sayu.

Dalam hampir setengah jam lebih kurang puan zai tunggu, tiba-tiba datang doktor bius dan memberitahu yang adik ada masalah dengan saluran penafasan nya. Saluran panafasan adik sempit. Puan zai dengar dengan perhatian apa yang doktor terangkan dan apa yang doktor syorkan. Doktor berjanji akan buat juga pembedahan ni hingga selesai. Masa tu puan zai kena tandatangan lagi satu document. Lepas doktor beredar debaran puan zai sentiasa bersama. Dup dap dup dap. Jika kanak-kanak lain yang buat pembedahan tonsil, jangka masa yang di ambil cuma dalam satu jam. Tapi tidak untuk Ahmad Khu'zaee. Selama 4 jam puan zai menunggu dengan penuh kesabaran. Ibu-ibu lain yang menunggu anak masing-masing dengan bermacam jenis pembedahan bersilihganti pulang ke ward bila anak masing-masing dah selesai dalam bilik bedah tu. Anak puan zai je tak keluar-keluar. Jam kat tangan dah ke angka 5 petang.

Bila doktor panggil puan zai, mereka beritahu yang anak puan zai kena tranfer ke ICU, pediatrik. Mereka taknak sedar kan anak puan zai di dalam bilik bedah sebagaimana kanak-kanak lain. Anak ini akan di biarkan tidur satu malam di dalam ICU. Puan zai tengok dengan sayu wajah anak ini yang terpejam mata dengan rapat. Puan zai ikut dia sampai kami berpisah di lif. Puan zai dan suami ke ward untuk ambil barang-barang adik dikatil untuk di bawa ke pediatrik pula.


 Dalam ICU staff nurse kata kami tak perlu tunggu di sini kerana di sini mereka akan jaga anak kami. Lagipun tiada tempat untuk kami tunggu kecuali di kerusi luar. Boleh menjenguk tapi bukan lama-lama. Nurse juga memesan supaya kami beli pampers dewasa untuk anak kerana mereka tak akan bagi anak ini sedar untuk malam ni.Jadi dia perlu pakai pampers.

Apabila puan zai sampai di ICU semula dari kedai membeli pamper, aiskrim dan jely, puan zai datang semula ke ICU mendapat anak. Masa tu jugak tetiba adik tersedar. Bila tersedar mungkin adik terkejut dengan keadaan sekeliling. Adik memberontak. Adik dapat menarik tiub tu walaupun ramai yang memegangnya. Masa tu jugak adik muntah darah yang banyak. Apa lagi tak sanggup nak tengok anak macam tu, nurse 5-6 orang dah kerumun adik, puan zai dan suami lari keluar sekejap. Bila selesai nurse siapkan adik, ibu dari jauh dengar adik memanggil nama ibu. Ibu masuk je pegang adik, adik mula diam. Adik muntah kali kedua cuma kali ni lendir dan air liur sahaja yang keluar. Takde dah muntah darah macam mula-mula tadi. Alhamdulillah. Malam tu puan zai berjaga juga dalam ICU bersama adik bila adik tak benar nak ibu balik. Jam 10 malam baru adik di beri minum adik mineral sejuk. Adik tak boleh ambil apa2 makanan untuk malam tu walaupun adik mengadu lapar sebab berpuasa panjang sebelum bedah. Jam 12 malam adik dah boleh makan aiskirm. Aiskrim di galak kan apabila sudah remove tonsil nie. Selain puan zai beli aiskrim ini, dalam unit ICU nie hospital juga ada menyediakan aiskrim jika kita tak sempat nak beli. Wahhh bukan main adik memalam makan aiskrim. Cumanya adik kata sukar nak telan. Dia menelan dengan perlahan dan bercakap pun dengan suara yang halus dan pendek.



 Pagi tu team ENT jemput adik di ICU pediatrik tranfer balik ke ward ENT. Masa ni adik dah ok. Makan aiskrim je keje dia. Lepas aiskrim, makan jely. Pastu adik dah boleh makan bubur nasi yang sejuk. Air minum pun air sejuk. Petang minum petang minum milo ais yang sejuk... wahhh... 

Kat sini ada freezer untuk ibu bapa simpan barang sejuk untuk pesakit.

 OK. bila balik ke rumah puan zai tak de masalah nak jaga adik. Adik MC dua minggu. Sepanjang tu dua minggu ok je. dah boleh makan nasi. Doktor pun galakkan makan nasi or makan lain supaya otot-otot leher ni bergerak dan berfungsi kerana doktor kata ada kanak-kanak lain ada yang takut dan tidak mahu makan. Adik jumpa pakar ENT sebanyak dua kali selepas remove tonsil nie. Kali terakhir ialah pada selasa lepas 20 Oct hari tu. Doktor kata adik dah sihat. Adik dah ok. Ok minum, ok makan dan ok masa tidur. Puan zai gembira memberitahu doktor yang posisi adik tidur dah normal macam kanak-kanak lain. Sebab semenjak kecil adik akan tidur dalam posisi yang mendongak. Dalam keadaan mendongak adik akan selesa dan senang bernapas. Sekarang tidak lagi, adik dah ok.

Alhamdulillahhh... terima kasih kerana semua doktor di ENT, HKL,  ICU, Pediatrik, Semua staff nurse di ICU yang baik hati dan hanya tuhan yang membalas jasa anda sepanjang memberikan layanan yang baik pada puan zai dan anak puan zai ni. AMin.

Appointment dengan pakar di ENT tiada lagi. Akan jumpa bila perlu sahaja. Buat masa sekarang adik cuma perlu pakar Respitorary (untuk hyperactive airway desease) dan medical je di Pediatrik. Adik, adik tak perlu dah jumpa team surgical dan team ENT lagi ye.

Ceritauntukhariinidari,
Puan Zai @ JH

 

 

No comments: