Monday, February 28, 2011

Lahirnya putera ku Ahmad Khuza'ee

Assalamualaikum...

Hari ini hari isnin - 28hb February 2011 bersamaan hari lahir anak lelakiku yang ke 5.

Anak lelaki yang diberi nama Ahmad Khuza'ee ini bila rata-rata orang bertanya apa maksud Khuza'ee, puan zai akan terus memandang pada apak. Puan zai menyerah 100% pada suami jika dapat seorang anak lelaki, terpulang pada suami untuk memilih nama kerana nama anak perempuan dah pun puan zai pilih. Memang ianya tiada maksud sesuatu tetapi nama ini di ambil sempena menurut apak ialah zaman dahulu ianya nama seorang ulamak yang membela nasib keluarga dan agamanya.

Jika sewaktu melahirkan kakak, puan zai telah di indius bagi proses kelahiran dipercepatkan. Kesakitannya berganda bila kita di indius. Sakit usah di katalah fuhhh asal nak bangun untuk ke counter nurse pun rasanya jauh beribu batu walhal dekat je dgn katil kita.

Itu yang puan zai rasa kan. Semenjak mengandung anak kedua, puan zai tak putus-putus berdoa agar kandungan kali ini puan zai tidak memerlukan "ubat segera" itu dan akan dapat merasa sakit sendiri.

Ikut dari jadual doktor, jika seorang pengidap diabetes semasa pregnancy, si ibu kena dan harus bersalin pada 36minggu. Jangan tidak. Mesti! Maksudnya time ini dah cukup-cukup "masak" untuk baby lahir ke dunia.

Pada hari selasa yakni 28hb, puan zai dah di jadualkan masuk ke hospital supaya di indius keesokan harinya. Di jangka kononnya baby akan dilahirkan pada 1hb march. 

Nak di jadikan cerita dalam diary hidup puan zai nie, pada ptg isnin 27hb tu dah mula keluar tanda. Terkejut juga sebab tak rasa sakit tapi keluar tanda. Dengan segera informed suami dan terus ke hospital setelah balik dari tempat kerja.

Masa tu sempat singgah ke Petronas untuk isi minyak dan masa tu juga si kakak meminta di belikan sesuatu seperti air kotak dan roti untuk di jamah. Di sit belakang pula dah siap beg pakaian si ibu dan "anak baru" serta segala barang-barang lain.

Sesampai di hospital, puan zai terus di check pembukaan rahim dan terus admit ke ward. Dalam jam 10pm, suami ku suruh pulang sebab kakak masa tu dah tertidur di pangkuan. Berat sang suami masa tu untuk pulang, tapi puan zai kata balik lah kesian anak dok tertidur kat kerusi.

Puan zai sempat memandang suami, dan dia berkata yang dia berdoa agar semuanya selamat. Seingat puan zai sebelum ke hospital, kami bermaafan sesama sendiri sebelum puan zai berjumpa mak dan abah meminta ampun dan maaf. Mak juga ptg tu sempat beri puan zai air selusuh. Terima kasih mak...

Bermula jam 10 hingga lah 12 tengah malam puan zai mula sakit. Bukan nak kata kelahiran kali ini tak sakit, memang sakit tetapi tidak lah sesakit semasa melahirkan anak sulung. Syukur ke hadrat Illahi kerana doa-doa puan zai termakbul yakni berdoa supaya dapat sakit dahulu sebelum di indius.

Dalam pada itu, doktor dah pantau bila pembukaan semakin besar. Dah masuk ke labour room terus puan zai bersalin. Syukurrrr...

Puan zai masih ingat bila puan zai sms suami yang puan zai dah selamat bersalin, dia seakan terkejut dan sedikit mamai sbb yelah sedang tidur mana tak terkejut. Seakan rasa baru sekejap hantar ke hospital dah bersalin. hehe...

Nak cerita pasal baby pula, keluarnya baby dengan tangisan halus setelah di tanya oleh bidan kepada puan zai "Anak apa ni mak?" (panggilan nurse pada puan zai dan semua ibu-ibu lain).

"Alhamdulillah... lelakiii..." Jawap puan zai separa jerit dan terharu...

Di beri oleh bidan baby yang kecil itu seberat 2.41kg ke pangkuan puan zai. Comey je tengok baby masa tu, segala kesakitan hilang dengan tiba-tiba.

Diary si kecik ini pun bermula di sini. Bermula saat ini pada jam kelahirannya 2.26am pada hari terakhir bulan february iaitu 28hb february 2006. Setelah baby di bawa ke bilik untuk dibersihkan, puan zai yang dah siap di labour room terus ke tolak ke ward biasa jam 4am. Masa itu puan zai berehat di atas katil sehingga jam 8am.. Sejam sebelum itu gagah diri untuk bangun tapi terasa diri hendak tumbang. Berbaring semula sebelum bangun untuk mandi dan bersihkan diri.

Masa itu juga seorang nurse dari unit lain telah berjumpa puan zai, mengatakan mereka meminta puan zai datang untuk berjumpa doktor pakar kerana baby puan zai di letak di bilik khas.

Sesampai di bilik tu, puan zai lihat ramai baby yang di jaga rapi. Sementara doktor kata tunggu sebentar, puan zai melihat seorang baby yang memakai baju kaler pink yang comel telah di ambil darah sebegitu banyak sekali. Timbul rasa kasihan pada baby berkenaan.

Aduiihaiiii bila doktor pakar datang bertemu puan zai rupanya, baby yang di ambil darah itu adalah anak ku...isk isk isk manalah ibu perasaan sayang ini adalah anak ibu... yang ibu tahu baju yang ibu bawa semua baju kaler biru. Walaupun scan untuk kedua-dua anak memang tak nampak jantina, tapi kali ini firasat seorang ibu mengatakan anak yang di kandung ialah anak lelaki. Tak sangka pula baju hospital dipakaikan kaler pink yang comey dan bukan baju baby yang puan zai bawa dari rumah.

Doktor masa itu memberitahu dengan berhati-hati tentang keadaan baby. Doktor kata yang saluran pernafasan dan saluran makan melekat. Saluran yang melekat ini harus dipisah kan. Manakala saluran makanan baby gap 1cm di antara dada bermaksud jika susu atau makanan masuk melalui mulut, ianya takkan sampai ke perut sebab saluran itu tak bersambung. Susu akan bertakung setakat dada dan akan keluar semula ke mulut atau hidung baby. Cerita mereka bermula selepas baby lahir dan di bawa untuk di bersihkan baby didapati susu keluar semula dari hidung dan mulut setelah di susukan oleh nurse. Maklum lah, baby terdahulu di ambil ke bilik lain untuk di ambil darah untuk check sama ada darah gulu tinggi atau rendah memandangkan si ibu pengidap diabetes.

Masa itu doktor kata kat sini hanya maternity hospital, so baby kena tranfer ke pediatrik hospital di mana di pediatrik ini semua pakar kanak-kanak ada. Baby ini masih kecil jadi operation perlu di segerakan supaya baby dapat minum dan makan. Maksud di segerakan itu bermaksud esok hari jua operation tu.

Sepanjang perbualan puan zai dan doktor, puan zai hanya banyak mendengar dan masih tabah melihat keadaan baby. Luaran fizikal normal tp cuma saluran makanan yang kita tak nampak yang perlu di operate. Oh baby... Sesampai aje suami di sisi yang baru tiba dari rumah, baru lah meleleh air mata ibu ini. Dah tak tertahan bila melihat muka suami dan baby bersilih ganti.

Petang itu ambulans, dan suami turut serta baby ke pediatrik, hkl untuk register kat sana pula. Menurut doktor baby akan di bedah esoknya pada 1hb march jam 4 ptg. Dan tengahari tu, puan zai discharge dari maternity hospital terus suami bawa ke pediatrik pula. Masa sampai tu, memang tak sempat nak jenguk baby sebab baby dah pun masuk ke bilik bedah.

Doktor bedah baby ialah Dato' Doktor Zakaria iaitu pengarah pediatrik masa tu. Puan zai sehingga kini amat berterima kasih pada team surgical Dato' Z. Amat-amat bersyukur. Petang itu suami bawa puan zai pulang ke rumah apabila nurse di ward KK9 mengatakan akan menghubungi kami bila operation selesai. Ikutkan hati tak mahu puan zai pulang, tapi dengan keadaan puan zai yang selepas bersalin dan tempat menunggu masa itu cuma ada kerusi, suami menghantar puan zai pulang ke rumah.


Jam 9pm hospital hubungi mengatakan operation selesai dan baby di bawah penjagaan nurse dan doktor di KK9. KK9 ini hanya menempat baby-baby sahaja selain KK8 menempat ibu dan baby. Doktor memberitahu bahawa mereka telah repair TOF (iaitu Tracheo-oesophageal-fistula). Rasa rindu aje kat baby masa itu tuhan je yang tahu. Nak saja terus ke hospital menjenguk dia.


Selama 2 minggu baby di letakkan di dalam akubator. Puan zai dan suami sahaja di benar masuk ke KK9 untuk menjenguk baby. Mak abah puan zai serta Zahirah hanya boleh tengok baby dari luar melalui cermin tingkap. Tempat tidur ibu di KK8. Baby di pantau oleh doktor serta memakai oksigen selama 6 hari. Susu dibekal dari perahan di rumah dan di simpan di hospital apabila baby sedar dan berhenti dari berpuasa.


Sedarnya baby,baby di syorkan oleh doktor untuk beri breastfeeding segera, dengan harapan luka operation di sebelah kanan di belakang akan cepat sembuh. Selain itu doktor perlu tahu sama ada baby boleh menyusu dan susu itu terus masuk ke perut dan bukan keluar semula. Alhamdulilah selepas operation tu, baby tidak pernah muntah atau keluar balik susu itu dari perutnya.


Puan zai tak jemu-jemu memberi adik breastfeeding sehinggakan bila doktor-doktor dan nurse membuat lawatan, mereka akan memberikan tepukan gemuruh beramai-ramai kerana utamakan susu ibu. Bukan puan zai sahaja, bahkan ibu-ibu lain yang beri susu ibu juga diberi tepukan dan galakan.

Adik berumur 1 bulan

Adik masa berumur 2 bulan

Adik masa ini berumur 2 1/2 bulan
Adik ni masa baby nampak gebu dan berisi kan. Sebenarnya berat adik tak lah naik seperti baby lain. Dia naik sedikit-sedikit. Berat memang takkan sama dengan baby biasa. Tapi bila ke klinik doktor takkan banyak tanya kenapa berat adik tak naik. Biasanya kes macam adik memang berat macam tu. Nie dah 5 tahun pun masih 14.5 kg. Sebab itu bila adik 1 tahun, Dato' Z mensyorkan susu pediasure untuk di berikan adik.


Bila adik masuk 8 bulan, masa tu adik kena pneumonia (radang paru-paru). Malam tu puan zai dan suami hantar adik ke emergency dan malam itu juga adik di tahan di ward PHWD di pediatrik. Setiap 3 bulan adik mesti admitted hospital sehingga lah dalam bulan march 2007, adik diberitahu doktor bahawa adik ialah seorang pengidap Hyperactive Airway Disease (penafasan laju). Dan masa ini juga sebelum keluar hospital, adik diberi inhaler untuk dipakai rumah dan puan zai diberitahu supaya membeli earocamber untuk adik pakai inhaler tu. Nak tahu macammana keadaan adik bila kena attack bila adik kerap batuk, nafas laju dan tekak dan dada bila bernapas akan berlekuk ke dalam.




Adik masa dalam ward
Adik pakai oksigen

Kaki adik line untuk masuk antibiotik, kena buat kat kaki setelah kedua-dua tangan yang dah buat line tercabut dan bocor... Tak moh le letak pic sakit bebanyak..kang tuan punya blog sayu sendiri huhu...


Setakat hari ini adik ada follow-up dengan 2 team di pediatrik iaitu team surgical Dato' Z dan team repiratory Doktor Norzila serta E&T untuk follow up tonsil. Dulu ada juga appointment dengan doktor medical Dr Sheila. Tapi tak de dah sekrg, pakar kata jumpa doktor respi udah cukup.

Kebanyakkan cuti tahunan puan zai sebanyak 21 hari setahun itu, puan zai banyak guna untuk appointment hospital adik atau AL bila adik addmitted hospital lebih dari 3 hari. Company bagi cuti ehsan sebanyak 10 hari lagi jika ada kematian atau masuk hospital. Cuti ehsan itu puan zai guna bila adik admited. Jika adik masuk lebih 3 hari, puan zai akan guna AL sebagai penyambung selepas cuti ehsan 3 hari tu.


Adik posing...

Adik termenung pulak...

Adik marah, masa ni si kakak menyakat...


Seronok + sayu bercerita tentang si adik yang amat puan zai sayang. Sehingga kini adik dah pernah admitted pediatrik hospital sebanyak 15 kali disebabkan hyperactive airway disease ni. Puan zai harap adik akan sihat dan sentiasa sihat hendaknya.


Seperti bak kata si kakak 'adik nie manja". Ye memang manja sebab dia anak yang manja, kerana keadaan dia ibu sayang dan manjakan adik... tapi kakak jangan risau ibu juga sangat sangat sayang pada kakak sepertimana jua adik.


Happy birthday ya adik.... muahhh...



Alah2 tomey-tomey

Aksi 1

3 comments:

Mawar Merah said...

Huhu.Nanges bc kisah adik dilahirkan ada mslh saluran makanan tu. MM pun dah sebak, apatah lg mama sendri. Syukur tgk adik dh membesar dgn sihat.

Jendela Hati said...

Terima kasih MM sebab sudi baca cerita puan zai yang panjang nie..

balkish abdul rani said...

Assalam Puan Zai...saya baru bersalin 2 bulan lepas...anak saya pun sama macam adik khuzaée...harap kita boleh berkongsi pengalaman dan tips nak membesarkan anak yang ada TOF...