Sawan adalah akibat dari ledakan elektrik di otak di luar kawalan yang mengakibatkan:
-Kekekangan otot
-Mata terbeliak
-mulut berbuih
-kancing gigi
-mengigil
-tidak sedar diri dan lain-lain.
Apakah sawan demam?
Sawan demam ialah:
-Sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 38darjah celsius
-Ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
-linkungan umur ialah antara 6 bulan hingga 6 tahun
SEBAB-SEBAB SAWAN DEMAM
Demam terlalu tinggi. Kebanyakan berpunca daripada:
-Jangkitan pada saluran penafasan
-atau jangitan telinga (otitis media) dan lain-lain
Bolehkah sawan demam berulang?
-Ya! 30% sawan demam boleh berulang
Apakah sawan demam mengakibatkan kecacatan otak?
-Tidak kecuali apabila sawan melebihi 15 minit
Adakah ia keturunan?
-Ya! Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil risikonya adalah tinggi
Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
-Hanya segenlincir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy
BAGAIMANA ANDA MENGENALI SAWAN DEMAM
-Badan terasa panas
-badan dan kaki tegang
-kaki dan tangan mungkin tergoncang tanpa ransangan
-mungkin terjatuh
-mulut berbuih
-tidak dapat mengawal air kencing
-tertidur dan tidak sedar diri seketika. Apabila terjaga juga terasa binggung seketika
-kemudian akan aktif semula
APA HARUS ANDA LAKUKAN?
Ketika demam:
-lakukan mandi berjelum-tanggalkan pakaian. Pakaikan baju yang nipis sahaja
-berikan ubat paracetamol sebagaimana yang diarahkan
-galakkan minum banyak air
-pasangkan kipas atau memberi udara yang baik
Ketika sawan:
-anda harus bertenang-mengiringkan anak anda
-jauhkan dari barang-barang yang merbahaya di sekitarnya
-jangan letakkan apa-apa di dalam mulut
-jangan tinggalkan anak anda bersendirian
-sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu lebih dari 15 minit, bawa ke pusat rawatan
Kedudukan mengiring ketika serangan sawan.
Info dari: Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment