Saturday, February 12, 2011

Makan sambil santai di rumah....

As Salam buat semua sahabat-sahabat...

Aktiviti pada pagi sabtu hingga lah ke malam, puan zai cuma bersantai di rumah.

Selepas kain baju dan kasut sekolah anak-anak selesai di basuh, terus masuk bilik dan landing.

Landing lah dalam bilik tak keluar-keluar. Selalunya macam nie lah keadaan bila tak keluar rumah.

Puan zai seorang yang jarang tengok TV nie. Programme TV pun memilih. Suka pada rancangan komedi yang boleh buat puan zai gelak dan ceria. Sejak dah beranak-pinak nie dan berumahtangga nie, otak puan zai nie jarang boleh terima drama-drama melayu yang bersedih-sedihan.

Lagi suka tengok rancangan yang dibintangi oleh pelawak yang digemari terutama Nabil serta Johan dan Zizan.

Suka juga kalau ada peserta-peserta Raja Lawak bagi semua musim yang ada dibintangi mereka.

Tapi sedia maklum, bukan semua boleh di tonton sebab almaklum remote control astro nie selalu telah di control oleh anak bujang kesayangan ku inie.

Bila ada kejadian ini mulalah kita pun jadi penonton juga.

Puan zai juga suka kalau tengok reality show.  Tak kira kat Msia atau lain-lain. Asal tengok audition American Idol pun tang bab sedih-sedih tu meleleh je air mata. Sensitip lah sangat.

Tika ini puan zai sedang tonton Raja Lawak malam tadi. Malam semalam kan keluar ke Setapak bila puan liana belanja makan, so sekarang baru dapat tengok siaran ulangan nya. Sungguh lawak dan tak tahan gelak tengok kedua-dua hos tu. Ade je idea dorang nak melawak...


Sarapan buat hari ini, nasi lemak dengan teh o. Teringin nak makan koci. Tapi koci arini failed sebab ininya kacang ijau dgn kelapa. Mati selera sikit huhu... kita nak inti kelapa tuuu....
Tengah lepak-lepak tu, kakak dok tunjuk hasil lukisan kartun dia... huhuhu huduhnya ibu dan apak dalam tu.... tapi dalam tu mcm time apak tengah ngurat ibu je dedulu heheh...
Sekian lah untuk malam ini... Jumpa lagi esok ye....


Wassalam....

2 comments:

Kak Aya said...

kenapa zahirah lukis ibu dia lebih besar dari apaknya? hi hi

Jendela Hati said...

hehehe nampak sgt lah dia tak tipu... memang betul la tuh haha