Hari ini hari isnin. Setelah dapat cuti ehsan dari company sehari pada hari jumaat lepas untuk menjaga adik di hospital, puan zai masuk kerja juga hari ini walaupun sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan adik pada mak.
Nak buat macam mana ye kita nie nama pun berkerja, jadi kena lah jalankan tanggungjawap sebagai seorang pekerja.
Adik masih lemah walau dah aktif sikit. Balik dari hospital baju-baju kotor serta beg dan barang-barang puan zai dah kemas. Biasalah lepas discharge berlonggok-longgoklah benda nak kemas tu.
Semalam discharge dan sampai rumah pun dalam jam 3.30pm. Agak lewat juga dah petang. Dan semalam jugalah yakni hari ahad tu pun tak sempat nak iron baju sekolah kakak untuk kegunaan seminggu, jadi pagi ini semasa kakak di bilik mandi, baru puan zai iron baju.
Rasa letih juga, tapi tugas ibu tetap tugas ibu. Siap kan kakak untuk ke sekolah sebelum menyiapkan diri sendiri untuk ke tempat kerja.
Adik pula tak ke sekolah. Biarlah adik rehat dulu di rumah. Lagipun puan zai dah maklum pada cikgu tentang keadaan adik. Cikgu kata tak apa rehat dulu. Lagipun baru discharge. Cikgu kata kalau dah baik baru datang ke TBK.
Kat tempat kerja pula, dengar pula cerita dari salah seorang staff department lain yang memberitahu yang semua orang kena re-arrange balik work station masing-masing.
Bagi department A, sesiapa yang duduk di bahagian belakang akan di pindahkan hadapan (dekat dengan bilik boss masing-masing lah).
Akan tetapi bilik boss puan zai terletak di tengah-tengah floor, jadi puan zai kena lah pindah satu tempat ke belakang dari meja puan zai sekarang.
Penat lah... tapi nak buat macammana kan. Kat rumah tanggungjawap pada famili dan anak-anak. Kat office tanggungjawap pada company (boss lahh tu).
Hari kedua adik kat hospital tu, puan zai dah sakitkepala. Adik demam pun tolong picit-picit kepala ibu nie. Terima kasih ye adik. Adik demam tapi adik prihatin adik kata adik sayang ibu terus adik usap-usap dahi ibu.
Penat-penat macam nie, yang mana tidur pun tak berapa nak cantik, kepala pun macam ting tong ting tong, pindah juga lah. Tak sangka juga sejak puan zai transfer ke department nie pada tahun 2007, inilah kali pertama pindah tempat. huhu... sayang meja nie sebab dah biasa dok sini selama 4 tahun.
Sebenarnya kan leceh nak pindah-pindah nie, dah la nak pindah barang yang dah macam satu lori (perghhh), nak buang segala "sampah-sampah" yakni document lapok, nak pindah PC dan cpu. Nak connect balik. Nak call admin untuk re-locate telephone line. Pastu dah lah bz nak guna PC, excel, letter, powerstream system, Business Object system...adehhh... nak buat camner...buat je lahh...
Dah siap pindah, dok tercungap-cungap macam tak cukup air jer. Dalam pada tu ada juga lah sorang dua staff lain tolong angkut-angkut alih kan barang ke work station baru. Nak pindah nie macam lah pindah lain floor, walhal pindah belakang je, penatnya macam jongging naik bukit. Alahai puan zai.
Nie adik dah discharge pun, tak moh tanggalkan tag nama tu... sayang agaknya nak tanggalkan... adik adik... |
Alahai puan zai bukan jauh punnn, pindah belakang jerrrr... cuma kena 'campak' barang staff yang dah resign nie ke tempat lain, baru transfer barang puan zai ke belakang tu... mana tak rasa penat, dua meja kena kemas...huhu |
Haaaaa itu lah cerita dari jendela hati seorang ibu... bukan lah rungutan cuma kongsi bebanan penat kepada yang sudi membaca... huahuahua...
OK lah selamat istirehat buat semua yang sedang membaca.
Puan zai...
No comments:
Post a Comment