Wednesday, February 2, 2011

Alangkah senangnya dalam hati...

Assalamualaikum buat semua yang sedang membaca blog puan zai pada hari ini.

Walaupun followers idak lah ramainya, tetapi puan zai amat menghargai masa anda semua dalam sama2 meng"share" catatan harian yang idak lah seberapa nie.


Alangkah senangnya dalam hatiii... 

Hai nape pula tu puan zai???

Apalagi tentunya lah senang hati je tengok jalanraya dan highway lenggang di pagi hari.

Puan zai keluar rumah tadi dalam jam 8.05am sampai office... fuhhh 8.20am dah tercegat kat main entrance tuh.

Syok sungguh lah. Nak pulak tadi masa keluar office jam 5.15pm tadi sampai umah jam 5.30pm hahaha betapa senang hatiku ini...

Disebabkan jalan clear mcmnie lah puan zai dan kawan, pepagi lagi dah plan nak keluar pergi Mid Valley masa lunch time yang cuma 1 jam nie. 

"Kita pi naik taxi jer..."

Ikut kan tiap2 minggu ke sana macam MV tu dekat jer macam bangunan sebelah menyebelah...hehe bede'ah jer puan zai nie...

Ada juga seorang kawan puan zai kata jalan mesti jem sebab mungkin yang sambut cny last minute gi shopping. 

Tak pa lah tak moh ikut gi MV kali ini, kitaorang tak kisah. Kitaorang tetap juga book taxi, tak kisah punya biarlah kitaorang pergi berdua.  Wah2...

Kalau tak, si dia tu kalau time orang tak de mood nak keluar, time tu la nak keluar beriya-iya dia mengajak huhu...

Memang betul lah tekaan puan zai dan puan atun nie yang jalan nak ke MV fuhhh lengang beb... siap agaknya boleh buat sekejap tarian lion dance dan naik semula taxi ke MV tuh...hehehe

Kata kawan puan zai
"Yelah kak zai orang yang nak sambut cny nie bukannya macam orang kita last minute nak bershopping. Dorang "gile"makan. Kita nie "gile" shopping. Sebab tu cny eve jalan tak jem. Cuba tgk Jalan TAR fuhhh saat2 akhir nak raya ni memang la jemnya... ye tak?"

Ye... bila fikir memang ye jugak... Kalau nak hari raya tu, selagi tak raya selagi tu dok menyinggah nak tengok dan beli barang...

So, apalagi sementara dapat ber"party" time2 boss2 bercuti sempena CNY esok, kita enjoyyyy... makan2, gelak2, pose2, jalan2 dan buang2 duit...heheheee...

Memang posing2 sakan ler dua orang ibu dan mama tak sedar diri tadi gi MV tapi tulah bukan semua lah puan zai boleh masuk pic dalam nie...buat semak je kang sebab muka pun tak berapa lawa yang tak berapa hodoh nie kuikuiii..

Layannnnnnnn......


Ini pic terbaru puan zai... hehe termalu lah kejap nie sbb nak tayang pic sendiri. Yang kat sebelah ialah puan atun. Puan zai sebelum balik tadi dah minta izin puan atun nak masuk pic dia dlm blog puan zai.

Berpose dulu le sebelum spagetti beef & cheese sampai...

Puan atun pun nak pose jugak. Puan zai suka tgk puan atun, bersih je muka mama seorang nie...

Puan zai & puan atun pilih set Spageti beef & cheese satu set dengan soup dan air F&N orange. Makan dua orang kat The Spagetti Farm, MV nie cuma RM26. Puan zai pilih soup aparagus sementara seperti pic di atas nie puan atun pilih mushroom soup. Kenyang sampai bersandar. Dan bersandar masih take pic lagi... klik klik klik...

Haaa yang ini kami beli sebelum ke Spagetti Farm. Singgah kat carefour jap gi cari sushi sempena puan atun teringin nak makan sushi. Sesaja teringin nak makan katanya sebab tak pernah makan. Puan zai memang suka makan sushi tapi sebab kat dalam bangunan office nie hanya seorang kawan je yang sekepala suka sushi nie puan zai pun jarang juga ke Sushi King, kecuali kalau ada ajakan dari teman tu. Teman2 yang lain kata mereka tak reti nak makan sushi..

Puan atun kusyuk menyuap spagetti tu... tengok mangkuk la besau betul. Mana la tak kenyang ibu dan mama nie...

Orang sibuk nak ber-pic puan zai & puan atun pun sama "gedik" nak berpic... Tu kalau tong2 kat belakang  tergolek ke, mau puan zai lari2 sorang tinggalkan puan atun dan hp berkameranya..haha...jahat2...

Cewahhh... Nie konon kat negara China lah... lepas kekenyang, tak hengat dua orang ini ber-pic aje...

Dah puas dah berjalan, makan, kenyang, gelak dan ber-pic habis-habisan tu, pe lagi kena lah balik semula ke office.

Hai tak reti2 lagi ke nak balik weiii???

Intai2 keluar South entrance tu... Wahhh berbaris tu taxi beratur betapa senangnya lah hati tengok keadaan tu. Taxi banyak orang nak naik taxi takde.

Tapi tak senangnya bila kitaorang naik je taxi ni driver tu boleh kata kena bayar extra RM2 dari meter tambang nanti sebab nanti dia dari office kitaorang tu dia jauh nak pusing.

Puan zai kata kenapa pula sebab tak pernah pun selama hari2 ke MV tak de pula driver lain minta extra RM2. Kalau tahu, dah tentu kitaorang turun nak naik taxi lain.

Satu yang puan zai suka pada Guard MV yang menjaga lalulintas dan taxi2 yang beratur ialah apabila customer yang ingin menaiki taxi tapi taxi berkenan enggan menghantar ke destinasi customer, driver taxi itu akan di "halau" dari mengambil penumpang lain.

Maksudnya: driver taxi takdenya nak pilih2 customer/destination lelain. 

Sebabnya kalau customer dah berbaris panjang, menunggu lama dan tiba2 lak dorang suka-suki tak moh ambil penumpang buat apa pula nak pilih2... haaaa memang kena la taxi tu... Terus kena "halau" tau...

Berbalik pada taxi tadi pandai pula dah jalan baru dia kata extra RM2 itupun nada marah je sebab kononnya dia kena pusing jauh. Laa apasal pula nak marah. Kalau tak nak tak payah la kata ok... banyak taxi lain weiii... nak rasa kena halau meh le..wah!

Hai jauh ker? Alasannya jauh... Kalau tak nak hantar biar je kitaorang turun je kat situ, pandai2 la guard halau dia... ye tak...

Last2 bila sampai office dia cuma ambil extra RM1 aje dari meter taxi tu.
Puan zai tanya puan atun: "Halal tak?"

"Tak..." Hehehe sama2 kitaorang ketawa.

Apa2 pun kalau ikut kan tak kisah lah RM1 RM2 asalkan selamat sampai. Itulah yang selalu puan zai doa dalam hati kalau naik taxi nie. 

Bukan apa adik ipar, pakcik dan saudara pun ada yang kerja fulltimer driver taxi. Kadang2 macam2 cerita yang boleh kita dengar dari pengalaman dorang tu.

Wahhh panjang pula catatan malam nie. Maklum lah esok hari cuti sempena CNY. So, bercuti panjang lah nie...

Sekian sahaja lah untuk malam ini. Dari suka hati sebab jalan clear terus cerita MV dan terus ke cerita taxi.

Cerita selanjut ialah nak tamatkan cerita hari ini, anak2 dah kenyang makan malam dan dua2 budak kecil ini dah panggil supaya puan zai tidur sekali. (eh boleh percaya ke? Puan zai kalau dapat peluang macam nie memang tak tolak, terus je sorong bantal dan zzzzz....)
Wassalam... selamat beristirehat ya!!!

Puan zai with puan atun...





1 comment:

lady lavender said...

bila jln raya kat Kl lengang kita jadi mcm pelik bin ajaib kann..heehe..
p/s: puas hati dpt tengo gambar pn.zai dekat2 :-). Manalah tahu kot2 terserempak kat msia boleh lah saya say hai2..hehee..