Assalamualaikum...
Sedang minum petang kah? Tadi baru je buat se-jug teh O panas untuk minum petang selasa.
Waktu petang nie, lepas waktu kerja terus pulang ke rumah dan mata terus je mencari si dua orang tu.
Seronok dapat jumpa mereka selepas seharian tak jumpa, terus cium dan peluk se-eratnya.
Tapi kalau dok rumah seharian pula gaduh dengan mereka jeee. Hai ibu ibu...
"Eh... ibu bawa apa ni?" Tanya si kakak.
"Ubi kayu" Jawap Ibu.
"Eh beratnya ibu ubi nie? Siapa yang bagi? Besarnya ubi nie? Mana ibu dapat?" Wah banyak pula soalan si kakak.
Si adik pula dari tadi tak lepas-lepas peluk ibu. Tapi sambil tu adik dah siap-siap genggam sebiji limau mandarin. Adik memang pantang nampak limau, mesti adik nak booking pegang awal-awal.
"Kawan ibu bagi kakak" Celah ibu sebelum kakak tanya soalan lain.
"Siapa nama kawan ibu tu?" Kakak nie biasalah kalau cerita pasal kawan mesti dia tanya nama. Nanti dia cari lah nama dalam HP ibu.
Dalam HP ibu pula tiada nama singkatan-singkatan, semua nama penuh kawan-kawan.
Kalau nama yah letak Rohaya, kalau cik ton letak Zaiton eh no cik ton belum ada dalam simpanan puan zai lagi hehehe.
Kalau kakbet letak nama Rabetah. Kecuali nama suami tu letak lah abang/apak. Yelah letak abang aje kang, abang mana pula kakak tanya... Wah gituuuu....
Berbalik pada Cerita Ubi Kayu yang diterima di office tadi, memang besar sungguh.
Rasanya kalau zaman dulu-dulu patut lah orang zaman tu kuat perkasa sebab dapat makan ubi kayu sebesar ini. Mahunya kenyang beberapa hari.
Tapi jangan kata zaman dulu sampai sekarang ni pun tetap femes ubi nie.
Dalam kepala otak nie nak senang je, dah ingat nak rebus jer pastu beli kelapa parut letak la garam dan gula sikit, fuhhhh terus ngappp... dah ngappp fuhhh mesti perut berangin...nie puan zai lah orang lain tak tahu lah... Biasa lah umur dah tua kuat berangin je bila makan benda berangin nie...hehehe
Ada juga kat office tadi kawan kata buat bengkang. Memang abah puan zai suka makan, mak puan zai suka masak. Ada juga yang suruh buat kueh yang ada tepung di atas tu. Kueh talam ke namanya. Ye lah kot.
Tapi banyak jua step nak buat kueh nie. Nak kena parut ubi nie dulu. Alah macam nak parut kelapa tu. Tapi parut ubi lah.
Apa-apa pun kena tanya mak dulu. Al-maklum lah ibu yang seorang nie bab makan memang terer lah ya amat tapi tang membikin nie masih menggunakan khidmat mak. Sikit-sikit tanya mak. Sikit-banyak tanya mak.
Kadang tu dah jenuh lah bertulis dalam dairi resepi-resepi original mak. Kang nak masak kena buka pula magic book tu tengok resepi.
Dulu masa baru kawen, ishhh nak buat rendang raya mak tu, sorok-sorok dulu ulangkaji resepi mak yang puan zai catat pastu diam-diam masak rendang... Tadaaaa dah siap... terer lah konon tu..
Nie nak cerita kalau hidangan hari raya, paling ramai orang puji ialah serunding kelapa mak.
Orang akan tanya puan zai, puan zai pandai tak buat serunding kelapa?
Puan zai sengih je sambil jawap "Tolong beli kelapa dan tolong buat bahan".
Dorang kata alahai belajar lah, susah nak tengok orang muda pandai buat serunding yang best serta sedap. Yang pandai pun dah Innalilah yang tinggal waris pun macam mak.
Ramai dah buat pun makcik-makcik, sedara-sedara yang ber-guru dengan mak tapi tak sama macam mak buat, so tak lah puan zai heran kalau puan zai buat mesti tak sama rasanya (hahah nak sedapkan hati jer)...
Dalam pic nampak kecil je kan tapi beratnya masa memikul tadi ada lah dalam 5-10 kilo. Percaya tak? Yelah yelah lebih kurang lah. hehehe...
So, kalau kengkawan dapat ubi besar gini, nak buat apa?
Jika ada cadangan, sila hantar sms anda ke no 44444 tekan-tekan tak dapat ye. Makasehhh...
Puan zai...
No comments:
Post a Comment