Thursday, February 3, 2011

Birthday Zahirah & Khuza'ee Part 1

PART 1~~~Bukit Segambut

Assalamualaikum,

Hari ini puan zai nak share dengan sahabat2 semua sambutan hari jadi buat anak-anak puan zai.
Sempena cuti CNY pada hari khamis nie, semua bercadang nak buat potluck di mana lagi kalau tak di bawah pokok rambutan tu...

Sambil tu puan zai buat sambutan kecil-kecilan in advance...

Happy birthday to My Bushuk Masham ibu Nur Zahirah Afiqah (04 Feb 2002) dan Ahmad Khuza'ee (28 Feb 2006)
Jom layan pic-pic nie...

My Bushuck masham ber-posing kjp...

Kek yang kakak pilih...

Berposing kat hadiah2. Adik tak sabar nak buka hadiah.

6 hamper untuk lucky draw. Yang dapat no 1 famili Cik Jana. No 2 famili Pak Ali. No 3 famili Pak Mail (abah puan zai hehe). No 4 famili Linda. No 5 famili Alang dan no 6 famili nenek & Pak Ajak.

Ole-ole buat kanak-kanak pula.

Smileee...

Pose lagi...

Sebelum tu Atuk bacakan doa selamat...

Berposing dengan mak, abah dan nenek saudara...

Yang ini acara cari kueh buah melaka yang takde gula. Saja buat bila Alang (sepupu mak) yang buat kueh nie sbb dia terlupa nak bubuh gula salah satu kueh nie. So, sapa yang dapat salah satu tu akan terima RM1 dan pen dari Alang. Seronok time nie dapat gelak2 bila ada terpancut gula dari mulut yang tutup bila makan.

Hidangan buat hari ini dari puan zai:meehon grg,nasi puteh,sambal kentang&ikan bilis,ayam grg,nuget,union rings,fingers nuget,buah oren dan fruits koktel. Dari Alang: Kueh karipap, sagu dan buah melaka. Dari Linda: nasi puteh,gulai cendawan, sayur campur, ayam kicap. Dari nenek: meehon grg dan rojak buah. Dari Cik Jana: Nasi lemak. Nasi lemak nie bdk2 berulang2 makan.

Kakak dapat 1st prize untuk acara rebut kerusi. Ada lain2 lagi acara kanak-kanak antaranya cari barang 5 barang, tiup tepung cari barang dan tarian shufle yang terbaik.

Acara yang di nantilan kakak & adik. Acara buka hadiahhh...

Haaa yang nie pun salah satu acara. Acara mengemas dan basuh pinggan oleh kakak dan Sutera hehehe....

Wassalam...

No comments: