Tuesday, February 15, 2011

Cerita cuti umum di rumah...

Assalamualaikum...

Marilah kita berselawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidul Rasul kepada seluruh umat di seluruh alam pada 15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432H.

Sempena cuti umum pada hari selasa hari ini, aktiviti lebih tertumpu pada dalam rumah dan kawasan sekeliling. Aktiviti bermula dari bangun pagi, kemas rumah, jogging, bersiar, ke kedai dan santai.

Hari ini tepat jam 6.30am anak-anak dah bangun. Lazimnya sekolah atau cuti, mata mereka ini tetap celik sesubuh pagi. Memang tiada harapan lah si ibu ini nak kelewatan bangun subuh.


Hmmm se awal pagi dah bangun, kedengaran suara mak di luar bilik sedang bersiap nak bejogging. Mak memang setiap hari pada pagi hari akan berjogging. Sementara semua cucu-cucu mak ke sekolah, mak akan berjogging di kawasan rumah.

Apa lagi, anak-anak pun nak ikut nenek jogging, so si ibu pun ikut juga. Mandi dan siap pakai t-shirt serta berseluar track. Masing-masing kelam kelibut nak cari kasut. Disebabkan mak dah siap pakai sport shoe puan zai, puan zai terus sarung kasut adik lelaki puan zai. Kakakaaahh besar gedabak kasut budak nie, tapi nak buat camner sarung je lah dek sebab nak memeriahkan join jogging geng pagi yang indah ini.


Kalau kawan-kawan nak tahu puan zai nie memang dah lama juga tak berjogging. Fuhhhh semput juga lah rasanya setelah sekian lama badan dan urat saraf nie tak berjogging. Mak kata tak usah jogging pun tak pe asal dapat berjalan keliling pun dah cukup memadai... Jadi kaum ibu dan seorang budak perempuan serta seorang budak lelaki pun bergerak lah keluar rumah untuk excercise sementara kaum bapa jap lagi nak bersiap untuk penuhi undangan.


Sempena Maulud Nabi saw ini, ada dua rumah mengundang kaum bapa hadir ke rumah mereka untuk sambutan Maulud  ini. Rumah yang puan zai maksudkan ialah dua rumah jiran dari indonesia.


Setakat ini belum ada lagi orang melayu nak buat sambutan macam nie setiap tahun. Rasanya kaum melayu di sini lebih ke bangun lewat sempena cuti atau penuhi hal-hal lainnya.


Walaupun di kaca TV sekarang sedang berlangsungnya Maulidur Rasul peringkat kebangsaan dan sambutan peringkat segambut lazimnya di buat selepas seminggu dari tarikh sebenar tapi lain pula bagi kaum bangsa asing ini.


Dari permerhatian puan zai, mereka sungguh-sungguh menyambutkan dan kadang kala suasana tu dah macam menyambut hari raya aidilfitri. Penuh keramaian dan rumah mereka senantiasa ramai tetamu dan sahabat handai yang datang.


Bagus juga macam nie, lagipun nampaknya mereka lebih ke arah kebajikan dan sedekah sesama jiran. Walaupun mereka ke sini untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga di kampung tetapi sambutan meriah begitu tidak mereka tinggalkan.


Jadi, sampai di sini saja yang ingin puan zai cerita untuk hari ini. Jom lah kita tengok pic yang sempat puan zai snap pagi ini dari pagi hingga lah sekarang.


Jogging atau berjalan kaki bermula di sini. Baju pink tu mak. Si adik dah laju ke depan. Maklumlah nama pun Bukit Segambut, so kawasan memang bukit lah. Time nie puan zai steady lagi. hehee

Tinggi lagi bukit nie, steady puan zai steady.... tengok adik ok je jalan "tak semput punn" adik kata...

Dah mendaki bukit, skrg turun bukit pula. Kira buat satu pusing bukit naik dan turun di sebelah bukit sini. Masa ni puan zai cungap jugak lah...kuikui...

Ini berjalan di jalan yang rata. Kena hati-hati bila dah sampai sini sebab ada kenderaan yang lalu lalang tapi perjalanan di teruskan. Sampai depan tu anak-anak terkejut bila ada anjing menyalak pula... puan zai pun terkejut jugak... ishhh buat suspen jerr... nasib angjing dalam pagar... kalau luar pagar mahu lari lintang pukang...heheeh

Fuhhh, letihnye. Puan zai kata kat mak "jom balik mak". Mak kata "alahai orang tua larat, dia orang muda pula tak larat" hehehe... yelah berpeluh juga berjalan nie. Last-last anak ajak gi minum kedai yang berdekatan sementara tunggu lori datang.

Lori ini yang kami tunggu. Lori ikan. Membeli dulu pastu terus balik ke rumah... berjalan diteruskan lagi sebab lori ini bukan depan rumah, jauh le sikit jalan tu...

Sampai aje kat rumah, kakak dah halau adik keluar bilik. Nak kemas bilik, nak sapu bawah katil. Kakak nie kalau mengemas mulut pun pot pet pot pet. Lemas la puan zai. Sebijik macam atuk dan makngahnya. Agaknya memang keturunan atuk dan makngah nie.Buat keje, mulut pun berkerja. Bising. Dan cerewet.

Cewahhh adik dah siap berbaju melayu nak ikut atuk ke rumah sebelah. "Raya ke ibu?" yelah adik tengok macam hari raya ini sebab dapat ole-ole satu hal, dapat duit jugak tu..tu yang adik tanya raya ke?

Tuan rumah sedekah sedulang lauk pauk. Kebiasaanya kalau Maulud mereka akan masak seperti mana di hari raya. Sedulang itu ada nasi puteh, sup ekor, rendang hati lembu dan satay daging yang di curah dengan kicap manis, bawang hiris dan cili merah pastu di perah sedikit limau nipis. Satay nie selalu jadi rebutan bagi yang ada gigi kuat sbbnya dagingnya alahai liat sikit tapiii sedap gak laa...

Lazimnya selepas majlis berkahir, tetamu akan di beri ole-ole seplastik buah-buah beranika jenis ataupun kueh. Di sebabkan dapat 6 plastik, so sebakul lah kaum lelaki dapat kutip buah-buah tu...hehehe tak payah le beli nampaknya dan dah penuh satu bakul buah tu....


Fuhhhh sekarang dah tengahari. Anak-anak masih kenyang. Adik leka dok bersembang dengan nenek sambil makan buah.

Si kakak dok belek buku.

Puan zai nak stop di sini dulu.

Nak pantau si kakak membaca dan ulang kaji sebab minggu nie kakak dah start exam.

Kalau nak tahu saat nie kakak dengan lantang sedang menyanyikan lagu-lagu sekolah dan lagu-lagu kebangsaan yang lain. Banyak sungguh lagu-lagu sekolahnya.

Ishhhh baik stopkan kat sini sebab dah bingit telinga nie mendengarnya...


Sekian ye... wassalam....


Puan zai...


No comments: