Friday, February 18, 2011

Info: Kenal pasti inhaler kosong

Cara-cara mengenalpasti ubat sedut asma jenis 'inhaler' yang kosong:

a. Ambil kanister ('tin') dan letakkan di dalam bekas yang mengandungi air dan kenalpasti (rujuk gambar):
1-kanister ('tin') kosong
2-kanister ('tin') 1/4 penuh
3-kanister ('tin') 1/2 penuh
4-kanister ('tin') 3/4 penuh
5-kanister ('tin') penuh


 b. Isipadu ubat dalam tin sudah sedikit apabila ubat sedut asma 'inhaler' digoncang
c. Ubat tidak keluar (tiada 'asap') apabila kanister ('tin') dipicit untuk dos
d. kira baki sedutan:
    i) kenalpasti bilangan sedutan dalam kanister yang baru
    ii) kira bilangan baki sedutan setiap kali sedutan diambil
    iii) ganti kanister apabila 20-30 sedutan tinggal


Cara-cara penjagaan ubat sedut:


a. jangan dedahkan kanister ('tin') ubat sedut asma kepada cuaca panas/melampau
b. jangan basuh kanister ('tin') ubat sedut asma denga air


Info dari: Farmasi Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

No comments: