Assalamualaikum buat semua tak kira di mana anda berada tika dan saat ini...
Hari ini hari isnin iaitu hari untuk sehari berkerja sebelum bercuti semula pada esok hari...
Dah kira macam kerja main-main, pastu sambung cuti lagi ek...
Jam lebih kurang 10.00am office puan zai ada Lion Dance. Suka jugak tengok Lion dance sebabnya bukan apa excited nak ambil video untuk anak-anak.
Terutama si kecik lah, dia pun mesti excited bila puan zai bagitahu yang puan zai dah ambil video untuk tatapan dia di rumah. Tak puas-puas lah dua orang budak kecik nie nak tengok Lion tu menari-nari, melompat-lompat dengan pelbagai aksi tu. huhu...
Selepas tu pada lunch time pula, kitaorang ada arrange lunch ramai-ramai sempena salah seorang dari ex-servicing centre staff dedulu nak resign next week.
Arrangement nie asalnya memang untuk farewell, tapi di sebabkan kami yang dulunya berkhidmat di semua servicing centre di lembah klang nie jarang dapat berjumpa atau ber-gath sejak masing-masing tranfer kr HQ semula (ada yang dari HQ ada yang terus berkhidmat di branch), jadi masa nie lah dapat berjumpa dan berborak.
Walau pun hanya tak sampai 10 orang hari ini (sepatutnya lebih dari 20, yelah masing-masing ada hal sendiri) so berborak dan bergelak ketawa party ni di teruskan.
Seronok bila jumpa geng-geng lama. Setakat hari ini, semua servicing centre yang ada di lembah klang telah di tutup, cuma ada satu sahaja yang tinggal itupun kat area seremban. Dulu servicing centre yang ada ialah Sg Wang (jeng3X centre puan zai le hehe), CM, KLCC, Mid Valley, Sunway, KL Elite Jln Raja Chulan, Puchong dan Subang (yang ingatlah).
Jom kita layan pic-pic gelak ketawa nie, puan zai dan kawan-kawan lain berharap lah agar suatu hari nanti ada lagi gath yang besar-besaran. Bukan setakat hai hai by bye je kat food court seharusnya kena lebih eratkan silaratulrahim sesama sendiri.
l
l
\/
Sekeping je la Lion Dance nie, sbb kabur pula... |
Walawei... This is ex-Sg Wang. Fiza, Rose dan me... skrg kami bertiga dah lain-lain department... |
Farewell girl's di apit oleh ex-Sg Wang girl's... |
Dok gelak-gelak sebelum order sampai tu... |
Menu farewell girl's ialah lamb shank with baked potato. Makan je Finas kitaorang belanja hehehe... Finas nie dah masuk 8 bulan next month bersalin lah anak yang ke-3... |
Pose kejap... kang sambung gelak... |
Gill sedang concentrate kat chicken rice tuh... |
Biasalah, blog puan zai emang suka ambil pic menu nie... Puan zai order meehoon curry laksa. Dan Fiza yeemee claypot soup. |
So, sampai di sini sahaja lah update puan zai pada hari isnin ini. Semoga kita berjumpa lagi esok insyaAllah....
Love....
from puan zai...
No comments:
Post a Comment