Friday, February 4, 2011

Birthday Zahirah & Khuza'ee Part 2

Part 2 ~~~ Kg Dato' Keramat

Assalamualaikum,

Hari ini 4hb Feb.

Happy birthday to Zahirah yang ke 9 pada hari ini....
Dah besar anak ibu.

Hari nie Kat Dato Keramat, Pak su sebagai organiser buat majlis tahlil untuk arwah nenek pada malam hari.
Tapi selepas selesai majlis, tu puan zai ada gak menyelit buat part 2 sempena birthday Zahirah & Khuza'ee serta anak2 saudara iaitu Shasha & Aiman yang sambut birthday pada bulan feb. 

Tak lupa juga pada mak teh dan pak teh yang sambut anniversary yang ke 22 tahun pada hari ini juga.

Kira pada hari ini kami sekeluarga gath di Lorong 1 Dato Keramat menjadi semua majlis menjadi satu.

Jom layan lagi pic2 di bawah. Hanya ini yang mampu, kalau ikut kan banyak lagi pic yang puan zai snap... hehehe... (usah jemu ya!)



Seperti biasa snap pic dulu sebelum apa2...

Kek nie pun di pilih kakak... adik angguk2 je suka...

Malam nie kenyang kek lah nampaknya... Dari kiri: kek famili buatan sendiri dari makngah & Jamshah. Tengah kek birthday beli dari kedai Kings dan yang ke tiga kek aniversary mak teh dari secret recipes... lengkap dah dari mana datang nya kek...dari buat sendiri hingga lah yang murah dan mahal hehehe

Ala2 my bushuk masham... potong kek ye...

Tengok adik dah tukar baju melayu...

Counter Puan Jumawati. Meh sapa2 nak daftar acara mewarna... dapat goody bag dengan pencil colour...

Tu dia adik no 2 dari kiri dok kusyuk mewarna. Nasib lah ini pertandingan mewarna paling cantik. Kalau pertandingan mewarna paling cepat tentu adik menang hehehe... main cincai je colour tu...

Ibu nak snap kakak tp kakak tak layan ibu...

Adik sporting je bila snap dia. Alahai omputih ke kartun tu? Nape rambut dia colour biru adik..? ajaran sesat ke cikgu tak ajar lagi hehehe...

Antara hadiah-hadiah birthday girl & birthday boy...

Antara main menu untuk kenduri malam ini ialah: Kari daging & kentang, masak kicap daging (untuk kaum famili dlm rumah shj), talapia cili, ayam grg berempah, udang harimau sweet n sour, sayur campur dan begedil daging. Kueh memang banyak termasuk yang orang sedekah:karipap, apam berjenis apam, donut bergula, kaswi, donut coklat. Air sirap berais dan teh o panas.

Makan time. Tapi kakak makan kueh2 dulu dan adik pula serbu kek dulu, ketiga2 jenis kek adik nak rasa...

Atuk tengah tengok tv sambil perhatikan anak paksu cucu paling kecil sekali dlm famili kami. Mak pula tengah borak dgn Mizal ank angkat makngah dari Jerman (nama sebenar dia tak ingat start dgn huruf M juga la). Bulan 7 esok balik lah dia ke Jerman setelah hampir 2 tahun duduk sini. Baru berumur 16 tahun. Kiranya dia ank angkat yang ke 4 kalau tak silap dalam program ank angkat yang diketuai oleh Mahathir Lokman tu. Paling cepat belajar bahasa melayu si Mizal nie lah baru 2 bulan dok Malaysia terus fasih berbahasa melayu. Dah biasa makan pedas dan kalau ke sekolah dia suka pakai songkok. Tahun lepas sebulan dia berpuasa tanpa miss 1 hari pun.

Paksu sedang beri ucapan kepada semua yang hadir dan berharap kita dapat lagi bersama2 dalam majlis seperti ini lagi. Paksu skrg sedang buat list salasiah nama2 dalam famili Dato Keramat ni.

Diantara hadiah atau hamper untuk lucky draw.

Abah puan zai yang buat cabutan yang ke 2 selepas atuk tapi Zahirah pula yang dapat cabutan tu hehehe...cucu atuk cucu atuk....

Penyampai hadiah dari Onyang ke cucu. Zahirah dapat no 2 dalam acara mewarna. Yang teddy bear tu extra hadiah birthday dari Onyang...

Alahai kenapa kakak tak colour terang2? "Ala kita saja jer...kan suka2.." Alahai... alasan2...
Adik terima hadiah mewarna...

Alahai lah adik paling cepat colour ialah adik. Haru biru meng-colour...

No comments: