Tuesday, February 22, 2011

Rezeki lagi...Krung Thep Thai Restoran..

Assalamualaikum...

Amacam rutin anda di hari selasa ni? Sedar tak sedar kita hampir menghampiri bulan march minggu depan.
Sekejap sahaja kan. Rasanya baru je masuk 1 January 2011 yang lalu. Alih-alih nie nak masuk bulan march dah. Dah nak tinggal dah 1st quaters. 2nd quaters akan menyusul.

Tak kisah lah, yang selalu risau pasal production 1st quaters nie hanya boss-boss. Hanya boss-boss yang layak nak risau benda-benda nie...kuikui...

Hari ini dapat rezeki lagi. Rezeki orang nak belanja. Mata memang letih sebab tak cukup tidur. Badan pun tak berapa larat. Akan tetapi mulut tak de letih, dan tak penah letih dan masih boleh mengunyah kikikih...
Hari ini, salah seorang staff kat floor puan zai dapat rejeki lebih dan terlebih, so dia ajak gi makan kat Krung Thep Thai Restoran kat SOGO.

Mulanya nak ke Restoran Madam Kwan kat Mid Valley nak makan nasi bojari tapi tak jadi terus menghala ke jalan TAR tu...(haiya takde location lain tp tetap suka nak gi MV).. lalalaaaa...

Kalau thai, mesti ada menu yang itu. Alah menu tomyam tu. Apalagi ikut la pegi sebab tambang taxi pun empunya badan yang nak belanja nie pun support tambang jua.
Maklum lah, esok baru kami di company nie akan 'menuai' (gajilah nie) so pulus tak dak secantik bahasa, kalau nak belanja makan luar, belanja tambang sekali hahaha (nie kira gelak jahat lahhh).

Ini lah muka tak semengah... muka ingat bantal dan tilam jer...

Puan atun yang senyummm lepas buat order....

Puan zai dan puan atun emang suka amek pic, tapi yang puan zila nie tak suka... payah nak amek pic dia... biar dia, skrg dah tersenaraimasuk pic dia dlm blog puan zai nie hahaha (gelak jahat lagi)

Menu: Nasi putih, ayam pandan, apparagus grg dannn mix tomyam. Air ice lemon tea/ice lime/coke.

Main menu (idaman semua org): butter prawnnnn...

Standby....nyum2...jemput makan deh...


Shhhh.... jangan kacau... tak leh pandang kiri kanan dah tu...

Yelah... cukup lah sampai kat sini cerita makan nie. Syukurlah orang nak belanja...
Semoga apa yang kita rancang akan dipermudahkan, mendapat rezeki yang diberkati, dan kesihatan yang dirahmatiNya... insyaAllah...

Sekian...

Puan zai...

3 comments:

lady lavender said...

saya sungguh jeles bila pn.zai asik tayang gambo makan kat luar nih hiihii..lepas ni tayang byk2 lagi yea.

Kak Aya said...

wahhhh sedapnya puan zai makan...tak ajak kita pun...

Jendela Hati said...

LL/Kak aya: emang suka makan, kalu makan free lagi suka hehehe.. rejeki jgn di tolak, musuh jgn di carik...