Hari pertama berkerja setelah 4 hari bercuti, huhu malasnya nak kerja tapi sebabkan boss masih bercuti rugi weeiii kalau tak kerja, rugiii... hehehe...
Post hari ini tiada benda penting pun nak cerita. Cuma cerita kosong je. Tapi bagi mereka yang puan zai nak cerita ni mereka bukan bercakap kosong atau bercerita kosong, bahkan poket mereka penuh berisi.
Cakap pasal bisness nie, memang menarik. Bukannya bisness besar-besar yang bermillion billion tu, sekadar bisness kecil-kecilan.
Kalau ber-bisness dalam office nie, memang ramai dah. Asalkan puan zai pun ada jua tolong "jual"kan untuk kengkawan.
Sekadar tolong jual boleh lah, takat nak keluarkan modal sendiri belum mampu lagi weiii...huhu
"Zai, akak ada bawa barang nanti ko tunjukkan kat kawan-kawan ko ye?"
"Zai, aku ada bawa barang nie, murah je bayar gaji tolong tunjuk kat kawan ye?"
"Zai, naik jumpa saya ye ada barang nak tunjuk nanti tunjuk kat kawan-kawan, makcik ke, nenek ke, ye?"
Maksudnya itu lah, puan zai tolong tunjuk barang pada kawan2 yang lain.
Ada jua yang segan-segan nak hulur tapi puan zai tak kisah, boleh aje puan zai tunjuk kan barang yang hendak di jual, no problem punya.
Nak ikutkan dah macam-macam kawan-kawan office nie ber-bisnes. Dari tudung ke kain ela, ke brooch ke blouse sampai lah ke pelbagai jenis makanan termasuk nasi lemak, mehoon, kueh-kueh, haa roti canai pun ada sampai lah ke selimut. Apa yang tak de? Top up untuk HP pun ada... email je nak beli...
Bagus memang bagus. Apatah lagi nak buat pendapatan sampingan tapi kena ingat-ingat juga jangan lah menjejaskan kerja-kerja di office. Itu sudah cukup memadai.
Puan zai suka tengok di kalangan orang kita nie suka dan minat dalam ber-bisness malahan puan zai sangat-sangat menyokong minat diorang nie.
Yelah kalau ada yang bawa apa yang kita suka wahh seronoknya sebab nya dah lah murah boleh bayar gaji pula tu hehehe...
Tapi tak sedapnya bila baru-baru ini puan zai terdengar cerita yang kurang enak, kesimpulannya orang lain yang ber-bisnes, orang lain yang kena "habuan" dari boss.
Maklum lah orang lain yang ber-bisness tapi meja orang lain di kerumuni waktu kerja bila "customer" beramai-ramai mengambil barang yang di order.
Haaa puan zai, ini dah kira kutuk orang nie. Ishhh tidak lah begitu, bukan niat puan zai nak kutuk sesiapa. Sekadar ingatan sesama sendiri termasuk lah diri puan zai. Boleh niaga tapi pandai-pandai lah jangan sampai "orang atas" atau "orang tak berapa atas" tahu.
Jangan kata orang lah, asal kita sendiri tengok barang cantik atau makanan sedap tentu berebut-rebut nak tengok kan. Lain lah kalau ada orang yang takde nafsu membeli.
Pagi ini seorang sahabat msg suruh singgah di tempatnya. Rupanya dia nak sedekah sebekas biskut arab yang dibuatnya sendiri.
Pada bulan puasa yang lepas, puan zai dan kawan-kawan lain ada beli dari dia biskut arab nie memang sedap. Bila di tanya rajinnya dia buat biskut masa dia tengah pregnant nie, dia cuma kata yang dia memang buat untuk di hantar ke Petronas area rumah dia. Diam tak diam rupanya dah hampir 3 tahun membakar biskut arab nie untuk di jual.
Sungguh puan zai kagum dengan orang-orang yang sungguh berminat dan alhamdulillah semoga rezeki mereka bertambah-tambah lagi.
Benda-benda mcm nie kena rajin dan ringan tulang. Kalau setakat terlebih "rajin" macam puan zai nie udah lah berangan nak berniaga. Alahaiii...
Setakat nie dia juga ada jual kek butter, kek coklat, cheese dan koktel fruit. Selalunya puan zai akan dan akan beli kek butter untuk Zahirah sebab memang peberet dia kek butter nie.
Sekarang nie bukan sahaja kawan-kawan ber-bisness, malahan kat area rumah puan zai nie dah macam orang ber-bisness di depan rumah masing-masing.
Sana sini ada payung besar dan satu meja diletakkan di depan beranda masing-masing untuk menyusun pelbagai jenis makanan.
Memang sejak dahulu lagi zaman kanak-kanak, nenek-nenek saudara puan zai suka niaga laksa, pisang gorang, karipap, nasi lemak dan segala kueh muih pada sebelah petang. Paling tak lupa rojak buah yang mereka jual perghhhh memang best. Zaman sekarang susah nak dapat rojak buah camtu.
Baru nie aje mak bagi puan zai rasa otak-otak goreng yang di jual di depan rumah tu. Wahhh dah beraneka jenis juadah di jual... apalagi mashukkk....
Hmmm ntah lah dah merepek nie dah takde idea dah nak cerita. Asyik mengarut dari mula sampai ke akhir.
Bila-bila di kenang kalau lah company puan zai nie ada company lain nak beli atau lah Bank Negara nak ambil alih, dan kalau lah puan zai dapat VSS yang tak seberapa tu (kalau lah ada VSS lah, tapi kalau dapat terus kerja kat sini pun dah syukur) agak-agaknya dapat lah anda semua jumpa puan zai dengan muka seposen kat tepi jalan tu sambil jual nasi lemak dengan air sirap (air sirap berais tau...di ulangi berais)... hmmm apalah gayanye yeee??? huhuhu
Sampai di sini sahaja lah berceloteh. Penat jua menaip nie. Sampai berjumpa lagi esok dengan cerita yang baru...Wassalam...
Baru penuhkan biskut, kaya kan kedai. |
No comments:
Post a Comment