Friday, February 25, 2011

Surirumah sementara

Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat yang membaca post hari ini yakni hari jumaat, iaitu minggu terakhir dalam bulan february.

Hari ini puan zai amek cuti sebab mak dan abah ke hospital untuk monthly check-up abah. So, kena urus anak-anak sementara mak tiada. Mak puan zai yang jaga anak-anak sementara puan zai keluar berkerja.

Abah mengidap sakit COAD yakni yang berkaitan dengan paru-paru dan sakit abah sindrom ia sama jua seperti asma.

Menurut doktor, punca COAD ini pengidapnya dahulunya ialah seseorang yang kuat merokok.

Masa muda abah, abah tukang buat rumah, so rokok gudang garam memang dah sebati dalam hidupnya.

Schedule puan zai pagi-pagi seperti biasa kejut kakak dari bangun tidur. Siap mandi terus kakak mengenakan baju kurung (baju raya lah nie) dan tudung untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul pada seisi pagi persekolahan iaitu sebelum waktu rehat/makan.

Semasa menghantar kakak ke jalan besar untuk menaiki bas sekolah, dari jauh dah nampak kemeriahan sambutan ini apabila semua pelajar sekolah yang sama siap mengayakan baju kurung dan baju melayu serta bersongkok bagi pelajar lelaki.

Setelah kakak ke sekolah, puan zai pulang ke rumah untuk menyiapkan adik pula.

Seronok juga kalau jadi surirumah sepenuh masa nie kan. Duduk rumah hanya urus anak-anak. Tetapi apa kan daya, puan zai seorang ibu yang berkerja, cari rejeki untuk seisi keluarga. Tiada kerja nampaknya nanti tiada poket berisi.huhu... hanya layak menjadi surirumah separuh masa.


Dok piker-piker pasal surirumah tangga sepenuh masa ini, terpiker juga boleh ke kita yang dah bertahun-tahun keluar berkerja nie duduk diam-diam di rumah... asalkan suatu ketika pun timbul rasa bosan dan tidak tahu nak buat apa di rumah.


Jadi buat masa ini rasanya biarlah jadi surirumahtangga sementara. Nampaknya satu hari cuti puan zai tidak kemana-mana, satu hari di dalam rumah, lepak sementara tunggu anak-anak pulang dari sekolah. TV? TV tak on pun cuma on laptop aje hehehehe. Internet laju je sebab billing date puan zai setiap 21hb. So, rasa best je bila click apa-apa laju je. Dan malam nie baru on TV sebabnya ada Raja Lawak live kat Astro...


Adik dah siap pakai baju sekolah. Selalu nak buat rambut pacak (mcm Pak Nil Nawawi) tapi hari ini tak mau buat. Ibu tanya kenapa? Adik kata "malu" aikkkk....

Jom kita gerak dik. Ke sekolah cuma berjalan kaki. Exercise kata hati ibu.huhu

Pose kejap boleh? Ishhh ibu nie...

Kita berlainan arah. Pose sekejap dengan ank buah puan zai Aleeya. Van sekolah Aleeya tunggu berdekatan dgn rumah. Khuzaee kena jalan kaki. Aleeya sekolah Smart Readers. Adik sekolah "Smart jua" hehehehe...

Kakak tergolek terbaring kata letih dan panas selepas sekolah... kasihan...

Menu of the Day. Udang sambal with tempe lunch menu permintaan dari kakak. Tapi kakak komplen kata "boleh tak udang kopek kulit dulu sebelum masak?" Adehhh ade ja komplen pastu mcm biasa ibu yang kena kopek kulit udang tu sebelum masuk mulut dia.

Untuk minum petang, kita makan bubur kacang hijau letak tepung pintal.
Penat berkerja, cuti yang ada digunapakai sepenuhnya lepakz kat rumah dan relax2.


Kesimpulannya jika di tanya sekarang, nak duduk rumah ke nak berkerja? Jawapannya tetap masih mahu berkerja selagi majikan mahu menggaji. Ada juga terpiker kalau dapat VSS ke (alah VSS pun bukan dapat banyak pun) rasanya terus pilih VSS. Tapi kalau ada VSS kan, usahlah nak perasan puan zai.


Entah-entah tak mustahil siapa-siapa boleh terjumpa puan zai tepi jalan jual nasi lemak. Itu pun kalau laku dengan jual nasi lemak yang sedap. Kalau takkkk... hmmm hampeh le jadinya.


Ketika catatan ini di tulis, RL dah start dah. Kedengaran Johan dan Zizan sedang buat penonton ketawa dengan keletah mereka.


Dengan ini, tamat lah catatan hari jumaat nie. InsyaAllah kita berjumpa esok hari.


Selamat beristirehat ya!!!


Wassalam
Puan zai...

No comments: