Wednesday, February 16, 2011

Makan apa? makan porridge jer...

Assalamualaikum...

Selamat petang rabu...


Heh heh... Hari ini puan zai cuti...

Cuti satu hari untuk ke klinik gigi semula-second appointment...

Selepas hantar kakak ke jalan besar untuk menaiki bas sekolah, terus beli nasi lemak untuk sarapan. Untuk santapan pagi sebelum ke klinik. Kang tak dapat makan kebuluq pulak.hihi.

Sampai di rumah, terus siap siapkan adik untuk ke tabika.

"Ibu tak kerja ke kerja?" Adik tanya.

"Cuti" Jawap ibu.

"Ibu nie asyik-asyik duduk rumah" Aiii adik bebel ke? Aduh2 ibu nak pergi klinik lah dik... bukan suka-suka cuti. huhu.


Jam 10.45am terus gerak ke Klinik pergigian Bangsar. Walhal appointment jam 11.00am. Selalunya klinik di sini walau ramai atau tidak, sekejap saja menunggu. Tak lah lama sangat nak tercongok kat kerusi menunggu tu. Nurse pun mesra alam.


Setelah ganti tampalan lama dedulu di gigi atas sebelah kanan dan tampalan di bahagian bawah sebelah kanan, puan zai ke counter untuk membayar RM4 shj.


Memang kalau gi klinik private boleh claim kat company sehingga RM200 per year, tetapi memandangkan "sayang" nak keluar kan banyak modal di "tengah bulan" nie, menonong je lah ke klinik kerajaan.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah di Hartamas sekejap untuk membeli rojak dan cendol. Fuhh panas-panas macam ni pekena cendol pun best juga.



Tapi nak buat camner ek, lupa yang tadi doktor dah nasihat suruh makan makanan lembut untuk sehari nie. Nampaknya kena lah pekena sepinggan porridge untuk hari ini. Cuma dapat memandang je keindahan rojak yang di beli tadi huhu. Rojak pula special ada kentang rebus di dalamnya.



Macam-macam kalau nak meningkat tua nie. Gigi pun dah tua. Camner pula la rasa seksanya kalau nanti pakai gigi palsu. Asal seharian nie susah nak kunyah (sebab tak moh tampalan tertinggal) makan pun serupa orang tak dak gigi... huhuhu). Betul lah mak puan zai kata tak selesa pakai gigi palsu nie. Opsss....


Teringat tahun lepas masa kakak dalam darjah 2. Masa tu doktor gigi datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan gigi untuk semua murid.


Dan hari tu juga gigi kakak bahagian kanan telah di tampal sebab berlubang.


Balik dari office kakak terus report kat ibu yang gigi kakak telah di tampal doktor.


Masa tu juga puan zai pun pelik kenapa lah si kakak dok dalam bilik air lelama sangat dan kerap ke bilik air. Oh rupanya kakak berus gigi ye-ye sesangat kononnya gigi dah bersih di cuci doktor. Jadi kononnya kebersihan gigi bermula dari sekarang.


Tiba-tiba kakak datang ke arah ibu sambil berkata:
"Ibu tampal tadi dah tanggal" Laaaa itu lah apasal la dok gosok beriye-iye sangat sampai tertanggal tampal tu. Mana boleh gosok kuat-kuat gitu.


OK lah sekian sahaja untuk cerita gigi nie. Harap kita jumpa di esok hari.


Semoga sahabat-sahabat semua gembira bersama keluarga.


Wassalam.


Puan zai...


p.s - Satu hari menanggung sakit di bahagian betis nie. Walhal baru lah semalam sehari dok gi jogging... Adeh nampak benar dah tua nie. Nie kalau ikut kengkawan petang-petang gi gym kat office tu, mahu puan zai dah terlentang terbaring sebab sakit sana sini..hehehe

No comments: