Saturday, February 26, 2011

Lepaks

Assalamualaikum...

Cuti hari sabtu, office tutup, mata pun nak tutup je duduk rumah sepanjang hari duduk memerap di dalam bilik dengan si adik.

Sarapan pagi sabtu. Kakak nak maggi soup. Adik makan nasi goreng with ikan tenggiri (ikan di siat-siat sebelum masuk dlm nasi). Dan air milo.

Lepas kakak mandi dan bersarapan, kakak gi umah sebelah main kaler-kaler. Puan zai snap gambar ia sebab dia nak tau dia main katner dan dah bagi warning serta amaran keras supaya jangan bermain jauh-jauh.

Aktiviti ibu dan adik di hari sabtu, cengini ler... tido tido tidooo... Opppsss adik still minum susu botol. Bagi puan zai tak pe. Kami nak galakkan adik minum susu sehingga 10thn (botol skrg aje lah, besok dah besar minum pakai cawan le, takkan nak guna botol hingga 10thn kot heheh). Doktor pediatrik pun memang syor kan susu Pediasure ini sejak adik berumur 1 thn. Bulan ni bila kami ke kedai singseh cina, kami terkejut sungguh bila tgk herge naik sehingga RM66.90 (900g) dah sekrg ini berbanding RM51.

Mak ke keramat ada kenduri. Balik tu adik saudara hantar balik ke rumah. Sebelum balik tu dia minta mak urut kaki dia yang rasa sakit dan berangin.

Rasanya, sampai di sini sahaja coretan pendek puan zai buat hari ini.

Jumpa lagi esok ya!

Puan zai...

No comments: