Thursday, June 30, 2011

Teringin Nasi Dagang tapiii..

Dah macam orang mengidam anak sulung je gayanya. Tekak nie teringin nak makan nasi dagang. Kat area sini susah nak cari nasi dagang nie kecuali lah kalu kat pasar malam. Gi je mesti dapat.

Al-kisah jam 7.30am dah tercegat kat foodcourt opis. Mulut dan hati serentak berkata nak makan apa lah arini. Dah tak tau sarapan sebab makan hampir benda yang sama setiap hari.
Tiba-tiba si adik comel anak tauke kedai pun berkata
"Hah kak try nasi dagang lah, pagi ni ada buat" Cadangnya sambil dia ligat menyusun bekas-bekas makanan seperti mehon, mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak di atas meja jualan.

Wahhh ok jugak nie, hajat di cita ulam mendatang. Tapi nasi dagang nie tak de ulam ek ianya ada jelatah dengan kari ikan tengiri aje.
Macam tau-tau je tekak nie nak apa.

Cepat-cepat tapau terus naik opis dengan kadar sesegeranya.
Bismillah... hmm sedikit pedas kari ikan tenggiri. Nasinya sepatutnya lah macam pulut melekat sikit tapi yang ini tak sama pun... camner nie...? huhu. Sudahnya tak sampai setengah perut meragam dan ke toilet. Tak pasti sebab apa, rasanya sebab kari. isk3x...

 P.s-Wahai puan zai, kalau camnie puan zai kena buat sendiri lerrr... ada gheti nak buat? hmmmm... kalau tak, ada sapa-sapa nak tolong masakan tak???

Wednesday, June 29, 2011

Hey Hazama...

Ada tengok tak episod pertama Hey Hazama?

Takde? Mencikkk...
Jangan tanya orang nie, dia ni tengok aje.
Hai lepas citer fanatik Nabil, ni fanatik Hazama lahhh pulakkk...

Puan zai suka tengok Hazama @ pak lang kawtim dari prelude AF4 dulu, hingga lah kini.

Memang rezeki dia setelah hampir tunggu AF selama lima tahun dari gagal masuk AF4 sesudah kecundang di konsert prelude, kini tahun 2011 dia berjaya diserapkan ke AF masuk setelah AF Gugur dan seterusnya berjaya menjadi juara AF yang terakhir.

Teruja tengok episod pertama Hey Hazama.
Pernah puan zai kata yang puan zai tak ikuti sangat AF9 kali ini. Mata akan tertumpu pada persembahan Hazama tiap kali dia muncul. Lepas tu babai tinggalkan mak dan abah menonton.

Jom tengok episod ini part 1 Hey Hazama...
Kawtimmmm...

Hey Hazama! Episod 1 Part1.

Hey Hazama! Episod 1 part2.

Jom layan pic pulak nak? Pic pun pinjam kat Encik Google yang baek ati.

 Kemunculan awal Hazama kat TV lima tahun lepas.

Minggu kedua. Hazama bawa lagu Jangan Kau Rayu dan kemudian diserap masuk pada minggu ketiga.

Minggu keempat. Lagu Sri Kandi Cintaku.

Minggu kelima pula Hazama bawa lagu Noktah Cinta.

Minggu ke enam dengan lagu Hey Soul Sister. Bukan main menarinya.

Minggu ke tujuh lagu Segalanya Ku Terima.

Minggu ke lapan Hazam bawa lagu Sendiri. Best masa nie.

Konsert sebelum final. Lagu Angin. Masa nie anak buah sibuk panggil paklang, paklang. Rindu kat paklang katanya.

Nie masa final, tak usah kata lah. Puan zai suka sangat Cinta Teragung nie. Tangkap syahdu jer.

Apa-apa pun walau sudah hampir 2 minggu berlalu, lagu Cinta Teragung boleh tahan juga di putar di radio. Nak tengok lirik? [Klik sini jer]. Syabas buat anak muda ini. Semoga berjaya di masa akan datang.


Sekian.


p.s-hiburan semata-mata.

Tuesday, June 28, 2011

Timewise Trial Miracle Set - Mary Kay


puan zai dah beli set trial mary kay nie. aritu tu penah beli lipstik dan eyeshadow. [klik ini]. bukan lah nak cantik sangat. muka pun dah sedia ada camnie. terima je lah.

puan zai suka kalu nak try product muka. bukan apa muka orang akan pandang dulu. mungkin ini salah satu confident diri bila nak berhadap dengan sesiapa sahaja. lagipun usia pun dah tua. kulit pun jadi tua terlampau kalu tak jaga. hehehe...

nanti tak lah muka kusam jer. kulit muka puan zai nie jenis normal to dry. baru start pakai last week. bila start pakai products nie rasanya ok je. takde masalah.
dalam satu set nie ada :

1) timewise 3-in-1 cleaner
2)moisturizer
3)day solution sunscreen
4) night solution

pastu beli asing maskara satu.

ok lah update tentang apa yg puan zai suka.

jumpa lagi esok.


wassalam.


puan zai....


Monday, June 27, 2011

Masak

Dua ari di ujung minggu, cuaca mendung aje. Sabtu mendung tapi tak hujan. Ahad mendung dari pagi dan hujan sebelah petang.

Tiada ke mana-mana. Hanya menghabiskan masa marathon TV.
Dok rumah, masak le jawap. Perut asyik berkeroncong. Anak-anak asyik kata lapar.

Jom le tengok apa yang ada hari ini.

Cerita di hari minggu.

  
 
 
 
Semua yang di masak ada juga yang di petik di belakang rumah. Nenas ada sebiji, cukuplah masak gulai seperiuk. Yang lain-lain beli kedai. Ikan tongkol tu sekilo RM8.50. Beli dua ekor je dalam RM5.50.
 
Orang dalam rumah kalau ada ikan goreng sumbat emang sume suka termasuk anak-anak.
Makan ikan bertulang kena hati-hati. Tengok tulang dengan teliti baru masuk mulut. Kalau tak....
OK lah... salam buat semua...
Terima kasih kerana sudi singgah sini.
Wassalam.

Puan Zai...

Sunday, June 26, 2011

Adik, minum susu cepat besar...

Adik kini dah 5 tahun.
Permintaan susu makin kurang adik minta. Bila di paksa baru nak minum. Lari-lari adik nak elak susu bila ibu buat. Dalam taknak-taknak tu, dah pujuk elok-elok baru nak minum. Walaupun dah berusia 5 tahun, ibu ini dan juga apak nak adik minum susu hingga 10 tahun secara tetap. Walaupun begitu adik masih menggunakan botol susu. Pernah beli cawan susu, tapi adik jarang guna. Buat main-main sampai tak habis.
Hari-hari kini ibu sering ingatkan si adik.

"Adik minumlah susu nanti adik cepat besar"

Memang kini ibu suka ingatkan adik bila adik enggan minum susu. Susu elok untuk tumbesaran dan gigi serta tulang.
Susu yang adik minum masih susu Pediasure yang di sarankan oleh doktor pakar surgical di Pediatrik.

 
 

"Adik minum susu"
"Adik susuuuu..."
"Adik, minum susu nanti cepat besar"
"Adik, minum susu nanti cepat besar"
"Adik, minum susu nanti cepat besar"
Ini yang selalu ibu katakan.

Tiba-tiba adik menjawap.
"Ibu tak minum susu pun, ibu besar dah..."
Ishhhh adik... adik menjawap je tau lah ibu besar... huhuhu...

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak: Nabil No 3

Tengok je tajuk, tentu dah tau hari ini puan zai nak citer pasal sapa kan?

Maharaja Lawak yang dulu ditunggu udah pun tamat malam tadi.

Tahniah buat Ahmad Nabil Ahmad walaupun tidak menjadi Juara ML 2011, Nabil berjaya menduduki tempat ke 3 di Maharajalawak 2011 tetapi Nabil bolot sorang hadiah RM150K tu.

Walaupun Sepah menang, Nabil jugak yang untung. Hehehe betul tak?

Secara peribadi puan zai suka kedua-dua segmen yang Nabil tampilkan malam tadi.

Masa Part 1 tu, kelakar tergelak terbahak-bahak bila tiba-tiba je patung spiderman tu bergerak jadi orang. Tak sangka pulak patung bergerak. Mak puan zai tergelak sampai terbaring-baring. Abah lak biasa lah, nak-nak kalu Nabil cakap nogori mesti dia gelak sampai nampak tak nampak gigi tu. Hehehe....

Sebagai kenang-kenangan di blog Jendela Hati ini, puan zai letakkan pic Nabil pada setiap minggu performance dia dari minggu pertama hingga minggu ke tiga belas iaitu final minggu terakhir (pic pinjam kat Encik Google dan Makcik Yahoo, makaseh byk). Jom ikuti imbasan serta rentetan performance Nabil dalam Maharajalawak 2011. Syabas bang bil!


 Buleh le. Rata-rata semua peserta yang masuk final dapat RM100k +++ kecuali Nabil lebih sikit dari Juara dan naib juara. Cuma Jambu tu dapat RM50K kira ok juga dari tak dapat masuk final langsung. So bang bil tak payah share-share dan berbaloi semua usaha dan idea yang bernas.

 Minggu pertama Nabil dalam ML. Masa ni kisah jual kalender kat highway.

Minggu kedua sambungan minggu pertama. Nabil menceritakan apa yang jadi dalam kisah minggu lepas.

 Minggu ketiga minggu peberet puan zai. Lawak pasal gerai boss yang jahat. Tengok banyak kali tak jemu tau. Masa ni Musical Comedy. Nabil bawa lagu yang di ubah dari lagu Bruno Mars - Grenade. Lepas Nabil bawak lagu ni, wahhh pastu ramai yang buat ringtone lagu nie (termasuk peminat nan satu nie). Yang puan zai nak tabik nie Nabil yang tukar isi lagu, yang lain kebanyakkan nyanyi lagu dengan lirik asal.

 Minggu keempat. Citer pasal Saintis yang mencipta 'jam masa kembali ke masa lampau'. AC pula pandai bawa watak extra masa nie. Memang best masa nie.

 Minggu kelima. Bawa watak Detective Conan. Hahaha kelakar masa tang receipnist nie haaa. Mana tak kelakar kalau masa ni dia cakap nogori. Watak Conan pun ok. Ajuk suara Conan tu serupa lah bil.
 Minggu keenam. Ni citer pasal GBS. 'Turn the left... turn left... kiri duri di kanan pun duri'... Ada je idea bang bil nie...
 Minggu ke tujuh. Kelihatan Nabil frust malam tu untuk tajuk Silent Comedy. Dia kata banyak benda yang dia nak buat, plan tu tak menjadi. AC kata yang Nabil demam malam tu. Nampak sangat dia frust walau puan zai rasa dia dah buat yang terbaek. Tabik pada bang bil sebab ada idea nak buat citer nie.

Ini minggu ke lapan. Nabil citer pasal FB dan internet. Tu yang kuar perkataan OMJ tu, Grrrrrrrr...., what ever tu - perkataan2 dalam FB...

 Minggu ke sembilan. Lawak dengan artis pelawak undangan. Nabil bergandingan dengan Sharifah Shahirah.
Minggu ke sepuluh nie Konsert kat Pulau Pinang. Rata-rata semua peserta slow. Mungkin juga penonton tak berapa sporting kot. Ada jugak yang kata sound system kat sana tak ok sebab tak dengar penonton yang gelak. Nabil wat citer situasi-situasi penculikan. Untuk elak anak kena culik kena bagi anak gemuk. Kuikuikuiii... 'Bukan murtabak... Mubarakkk...'.
 Minggu ke sebelas. Konsert di Kuantan. 'Uluit tapai kakai... ("urut tapak kaki"), Jenduuu (jendul), Beckham ("Bekam")... Suasana meriah dengan penonton yang sporting. Nabil bangkit dengan sorakan penonton. Buat kisah urut kaki.
Minggu ke dua belas di Konsert kat JB.
"This is best bro... best bro...".
Part 1 lawak seorang nie memang lawak. ASPAL - Cetak rompak ASli tapi PALsu... part kelakar bila gerai CD automatik di tukar ke gerai jual otak-otak. Pecah stadium bila penonton ketawa tengok part tu. AC pun memainkan peranan.

 Part 2 minggu ke dua belas nie Nabil berganding dengan dengan Bob KU2. Part nie Nabil buat segmen "Sihat tak saya?"
Best sampai penonton berdiri gelak ketawa bila tengok part sumo. Togolak satu kampung den.

 
 Minggu terakhir final ini - puan zai download Part 1. Part ini tak sangka lak patung spiderman tu orang rupanya. Tergelak sakan tengok.


Part 2 Minggu terakhir final - Musical comedy. Segmen ni bukan peberet Nabil sejak dari Rajalawak musin kedua dulu. Dia paling risau kalau ada tajuk ini. Apa pun dia dah buat terbaek walaupun terguna masa extra. AC memainkan peranan, kira respect Nabil walaupun masa tamat, Nabil tetap habiskan nyanyian bersama AC hingga ke akhir. Tabik to AC sbb bagi bang bil chance kali terakhir di ML.

Bila keputusan di umumkan, Nabil seperti sudah sangka dia di tempat ke 3. Apa-apa pun puan zai tabik springgg kat bang bil nie sebab dia satu-satunya peserta solo yang ke final. Duit menang pun banyak tu. Ikutkan sama rata je dengan yang lain-lain. Ekau tetap Juara di ati peminat. Tahniah!

p.s - Ramai yang komplen termasuk le 'peminat' nan satu nie lepas jam 10.30pm undian dah pending. Apa hal ntah vote tak masuk. Lepas jam 12.30am tu baru masuk. Strategy plan dorang nie kannn... tentu-tentu dorang dah tau sapa juara ML macam juara-juara AF jugak. Walaupun peminat ini tahu hakikat ini, 'dia' tetap nak vote jugak... RM12.95 + vote-vote dah Nabil utang dengan puan zai... puan zai oh puan zai...
(Thanks buat rakan blog yang ada berkongsi citer pasal Nabil)




Puan Zai... with LoVe...

Friday, June 24, 2011

Ahmad Nabil Ahmad ~ Buek yang terbaek yo...

Wah laku ke ucapan sebelah pihak nie? Ucapan buat Nabil. Alahai bukannya orang tu baca pung. huhu. Alah kalau dah minat camtu le... minat dari RL2 sampai ke final ML malam nie. Fanatiknyaaa.
 Puan zai emang harap Nabil dapat takhta ML tu. Emang semua yang ke final hari ini semua yang terer-terer belaka.
Rata-rata yang punyai peminat dan penyokong sendiri. Itu memang tidak dinafikan.

Ko emang dasat bil. Ko sorang je peserta solo yang ke final ML. Yang lain-lain group berduo atau bertigo. Ekau surang yo kek ateh pentas tu. Ko jangan lupo bil, aritu den dah kato ekau, ekau masih utang den RM12.95. Dah utang den dokek duo kali dalam duo bulan dah.
Apo-apo pun arap ekau buek yang terbaek yo bil. Ekau jangan nak malukan orang kampung lak... hehehe...
Untuk kenang-kenangan, puan zai post video masa ML di JB last week.
Puan zai tahu, ramai udah download video nie. Dan juga puan zai tengok ramai jua yang post kat blog memasing.
Kali ini keluar di blog Jendela Hati pulak ye.
"This is best bro... best bro..."


"Otak-otak" Part nie kelakar sesangat.


Puan zai paling suka kalau masa show nabil, nabil cakap nogori. Tergelak satu rumah sampai abah ketawa nampak takde gigi. hehe...

p.s - jangan marah atau bengang ye... asik-asik nabil... dah minat nak wat camner... Hari ini live dari Shah Alam, Final Maharajalawak. Untuk undian ML Nabil ke 32999 (heheh promote... MOJ!)

Ketawa penawar duka... Puan Zai...

 

Thursday, June 23, 2011

Adik nak basikal macam pak lang...

Anak bujang puan zai yang sorang dah lama minta basikal. Susah puan zai nak tunaikan. Acap kali kuar permintaan itu dari mulut adik, reaksi puan zai hanya membisu. Bukan langsung tidak menjawap. Dah banyak kali tanya sampai tak tau dah nak jawap.

Untuk membelikan anak-anak basikal, emang kena piker banyak kali. Rumah kami bukannya jalan rata. Jalan rata yang boleh buat anak-anak berkayuh. Berkayuh basikal. Jalan ada pun jalan tar. Jalan tar yang tidak sesuai untuk berbasikal. Jalan tar yang penuh dengan kenderaan sama ada motosikal atau pacuan empat roda akan mengunakan jalan itu sebelum mereka masuk ke jalan kampung.

Untuk kakak semasa seusia adik, pernah apak dan atuk belikan untuk kakak. Masa tu ada lah dalam RM200++. Alah masa tu baru anak seorang. Excited anak sorang tu memang ada. Lepas basikal kakak yang apak beli tu buruk dan basikal kecil, atuk pula belikan kakak basikal. Kini giliran adik pula meminta. Hmmm... bila piker-piker macam tak adil. Camno nie?


Tak dapat basikal, basikal pak lang pulak adik nak naik. Pak lang tu adik lelaki puan zai no 3. Hah bukan paklang @ Hazama Kawtim AF9 tu tauuu... hwahwaa... Takat basikal tinggi tu je dik, lupa kan lah... kaki pun tak sampai... kena tunggu besar lah dik... mana nak dapat naik tinggi-tinggi tu...


"Adik nak basikal macam pak lang lah ibu, apak..."

Aduhai adik, adik...


Wednesday, June 22, 2011

Nak pergi KLCC lah...

Ini cerita masa weekend aritu. Tang nak melayan adik nie emang kadang-kadang ibu nak gelak je...

Bila ada kat rumah, asyik nak ajak jalan jer. Nak gi sana, nak gi sini. Kali ini nak gi KLCC pulak. Ishhh mood takde nak bawa adik jalan ler. Nak gi Aquarium KLCC entah bila. Nantilah. Bila datang mood tak nak berjalan, last-last ibu soh adik main sendiri.



Hah amek kauuu... hehe main le kat bawah pokok rembutan tu... Buat KLCC sendiri...

Sekian...

Tuesday, June 21, 2011

Aksi anak waktu makan...

Ini bukan dalam Majalah Aksi AF9. Ini dalam Majalah Aksi Jendela Hati. Hwahwahwaaa...

Nak bagi anak-anak makan kadangkala bercabaran tau. Antara cabaran hidup. Sorang nak ini sorang nak itu. Sempat lagi bercakar huhu. Kalau bingit-bingit tu pinggan nasi ibu licin jua. Tak pernah tak licin.



Pic snap ari ahad aritu.

Macam ni lah keadaannya bila ada ibu. Mak selalu kata:
'Tadi tak de ibu, diam je. Ibu balik keje ishhh tak diam'
Lazimnya begitu lah. Tapi kan kalu tak de anak-anak pun mesti sunyi lah. Contoh kalau puan zai cuti, anak ke sekolah macam ada yang tak kena... bila dah rindu mesti nyanyi lagu adik:
'Ala busuk, ala wangi, ala masam...' Antara liriknya lah nie tapi kalu melody hanya puan zai je yang tau camner lenggok bunyinya hehe...

OKlah. Sekian. Baiii...

Monday, June 20, 2011

Baju untuk Apak dan Atuk...

Assalamualaikum...
Puan zai ingin ucapkan Selamat Hari Bapa kepada mereka yang bergelar bapa, abah, apak, ayah, abi, wahid, baba, papa dan lain-lain.

Sambutan bukan bermakna untuk berlebihan. Cuma sekadar memperingat. Kepada yang sudah tiada, sedekah kan al-fatihah, semuga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt. Ada mak, hampiri lah mak kerana kadang-kadang mak jua umpama mak dan bapa. Tugas seorang mak sama tandingnya dengan seorang yang bergelar bapa.

Hargailah abah anda selagi mereka masih ada. Jenguk lah mereka. Sesungguhnya segala yang mereka telah lakukan untuk kita selama kita bernafas besar pengorbanannya.

 Kalau hari ibu, mesti belikan mak puan zai kek dan hadiah. Tapi untuk Hari Bapa nie, bagi hadiah aje. Untuk apak, Zahirah yang pilih baju apa dan untuk atuk Zahirah nie, puan zai yang pilih.
 Berebut-rebut nak bagi hadiah.
Menu of the day [Hari ahad] : Cencaru sumbat (cili), terung goreng berlado, telor dadar (eh mesti ada) dan sambal belacan (perghhh) + air sirap.

Sekian... untuk Hari Bapa... 

p.s- hari ini puasa. Puasa ganti masih berbaki lagi dua ari... huhu

Sunday, June 19, 2011

Lirik: Cinta Teragung ~ Hazama AF9





CINTA TERAGUNG ~ Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
 
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

 
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku


p.s- Sayu beb lirik nie. Entah.. bila dengar lagu ini lagi sayu. Melayan je lagu nie... huhu... apa-apa pun lagu single hazama nie emang best giler...