Wednesday, June 29, 2011

Hey Hazama...

Ada tengok tak episod pertama Hey Hazama?

Takde? Mencikkk...
Jangan tanya orang nie, dia ni tengok aje.
Hai lepas citer fanatik Nabil, ni fanatik Hazama lahhh pulakkk...

Puan zai suka tengok Hazama @ pak lang kawtim dari prelude AF4 dulu, hingga lah kini.

Memang rezeki dia setelah hampir tunggu AF selama lima tahun dari gagal masuk AF4 sesudah kecundang di konsert prelude, kini tahun 2011 dia berjaya diserapkan ke AF masuk setelah AF Gugur dan seterusnya berjaya menjadi juara AF yang terakhir.

Teruja tengok episod pertama Hey Hazama.
Pernah puan zai kata yang puan zai tak ikuti sangat AF9 kali ini. Mata akan tertumpu pada persembahan Hazama tiap kali dia muncul. Lepas tu babai tinggalkan mak dan abah menonton.

Jom tengok episod ini part 1 Hey Hazama...
Kawtimmmm...

video
Hey Hazama! Episod 1 Part1.

video
Hey Hazama! Episod 1 part2.

Jom layan pic pulak nak? Pic pun pinjam kat Encik Google yang baek ati.

 Kemunculan awal Hazama kat TV lima tahun lepas.

Minggu kedua. Hazama bawa lagu Jangan Kau Rayu dan kemudian diserap masuk pada minggu ketiga.

Minggu keempat. Lagu Sri Kandi Cintaku.

Minggu kelima pula Hazama bawa lagu Noktah Cinta.

Minggu ke enam dengan lagu Hey Soul Sister. Bukan main menarinya.

Minggu ke tujuh lagu Segalanya Ku Terima.

Minggu ke lapan Hazam bawa lagu Sendiri. Best masa nie.

Konsert sebelum final. Lagu Angin. Masa nie anak buah sibuk panggil paklang, paklang. Rindu kat paklang katanya.

Nie masa final, tak usah kata lah. Puan zai suka sangat Cinta Teragung nie. Tangkap syahdu jer.

Apa-apa pun walau sudah hampir 2 minggu berlalu, lagu Cinta Teragung boleh tahan juga di putar di radio. Nak tengok lirik? [Klik sini jer]. Syabas buat anak muda ini. Semoga berjaya di masa akan datang.


Sekian.


p.s-hiburan semata-mata.

5 comments:

Kak Aya said...

oo fanatik hazama jugak ye?

MulutPayau said...

Mp pun minat jugak Hazama.......suara dia mmng sedap....

Jendela Hati said...

Kakaya: hehe fanatik jugak...

MP: hehehe ada geng jugak nie... suara hazama emang sedap...

Puanbee2 said...

tk tengok sgt tu yg tk jatuh cinta haha

Jendela Hati said...

puanbee: lagu dia wat jatuh tangga, eh jatuh cinta heheee