Thursday, June 30, 2011

Teringin Nasi Dagang tapiii..

Dah macam orang mengidam anak sulung je gayanya. Tekak nie teringin nak makan nasi dagang. Kat area sini susah nak cari nasi dagang nie kecuali lah kalu kat pasar malam. Gi je mesti dapat.

Al-kisah jam 7.30am dah tercegat kat foodcourt opis. Mulut dan hati serentak berkata nak makan apa lah arini. Dah tak tau sarapan sebab makan hampir benda yang sama setiap hari.
Tiba-tiba si adik comel anak tauke kedai pun berkata
"Hah kak try nasi dagang lah, pagi ni ada buat" Cadangnya sambil dia ligat menyusun bekas-bekas makanan seperti mehon, mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak di atas meja jualan.

Wahhh ok jugak nie, hajat di cita ulam mendatang. Tapi nasi dagang nie tak de ulam ek ianya ada jelatah dengan kari ikan tengiri aje.
Macam tau-tau je tekak nie nak apa.

Cepat-cepat tapau terus naik opis dengan kadar sesegeranya.
Bismillah... hmm sedikit pedas kari ikan tenggiri. Nasinya sepatutnya lah macam pulut melekat sikit tapi yang ini tak sama pun... camner nie...? huhu. Sudahnya tak sampai setengah perut meragam dan ke toilet. Tak pasti sebab apa, rasanya sebab kari. isk3x...

 P.s-Wahai puan zai, kalau camnie puan zai kena buat sendiri lerrr... ada gheti nak buat? hmmmm... kalau tak, ada sapa-sapa nak tolong masakan tak???

3 comments:

Kak Aya said...

tak baca Bismillah kot ni....maklumlah ckp teringin mcm mengidam anak sulong, dapat je mesti terus ngapppp

Puanbee2 said...

rempah tk masak kot kak ..

Jendela Hati said...

kakaya: akaka mcm penah ada pengalaman je ek...

puanbee: tak pasti pulak la puanbee adalah yg tak kena tu