Sunday, June 5, 2011

Nak cari jagung untuk ayam, nak cari jagung untuk ayam...

Ini pun di kira salah satu aktiviti di musim cuti sekolah. Seawal 7 pagi semua anak-anakku dah siap sedia. Start enjin kereta terus gerak ke kampung. Abah nak cari jagung untuk ayam yang di bela abah.

Sebelum bertolak tadi, masing-masing kunyah kueh karipap sebijik sorang. Lapo beb. Kami singgah sarapan+makan tengahari kat Kedai Samad bin Bakar di Rinching. Kali ini balik kampung tak pekena tosai kat kedai mamak di Semenyih, saja nak pekena sepinggan nasi pula. Tu kakak amek nasi sayur, sambal udang dan sotong goreng. Adik lak nasi dan sayur-sayuran je.
 Yang ini ibu punya, ikan kembung dan sayur tauge dan sambal udang (sambal sahaja, udang takde). Memang mantop lah makan kat sini. Abah dan mak kata tauke dia orang Lenggeng-orang kampung abah juga la tu.
 Hah jagung ini lah yang di beli kat kampung tu. Abah beli 5 kampit X 5 kilo. Sekampit rasanya Rm5+++. Abah kata murah sebab tu beli kat kampung dia jugak.
 Sebelum balik KL balik, singgah kat rumah kawan abah. Kawan abah yang bernama Cik Zakaria nie beri seguni jering untuk di bawa balik ke KL. Fuhhh... harus di beri jiran nie sebab banyak. Alahai jiran-jiran sebelah rumah pun ramai saudara. Bukan orang lain pun. Rejeki dapat seguni. Aritu puan zai beli kat kampung sepaket 10 biji tu dah RM2 tau. Dah piker dah nak masak esok aje - buat gulai takpun buat ulam pun boleh. Peberet abah jugak jering nie.
Sampai rumah dalam jam 2. Rehat-rehat di hari minggu. Minum petang di rumah hari ini dengan kueh cakoi cicah milo panas. Kueh cakoi nie beli kat pekan Lenggeng tadi. Kakak pula makan mehon yang di tapau di kedai yang sama jual cakoi. Masa singgah di pekan Mantin, intai jugak cempedak goreng tapi hari ni tak jual pula, takde rezeki. Nampaknya anak-anak letih je tu. Jam 9 semua dah baring-baring. Adik pula dah tidur. Time macam nie baru lah ibu boleh post entry apa yang patut. Masa nie pula boleh ber-BW. OK jumpa lagi esok.

Puan Zai...

8 comments:

zul permatang badak said...

jering tu.....kalau yang muda...rapuh je...
hai.....mahal sekarang....
kalau buat ladang jering boleh buat duit......

Jendela Hati said...

Zul permatang badak: ye betul tu bole buat bisnes.

nyanyisunyi said...

Amboi banyaknya jering..kalau bg kat akak memang terbuang lah jawabnya sebab tak makna jering..:))

Jendela Hati said...

nyanyisunyi: hehe sy pun tak mkn tp kan aritu teringin benar beli sepaket RM2...kena penangan jering perghhh sodap gak..

ct N honey said...

buat sambal ketuk jering...sedap..

Puanbee2 said...

bunyik seronok je duk dekat2 dgn abah ni kak ..

Jendela Hati said...

ct n honey: ada org buat goreng bercili, jering dihiris halus.

Puanbee: hehe seronok. tp byk tertib dok dgn atuk nie..

Puanbee2 said...

iyer ke ? saya tak pernah ada atuk dn budak nih pun sama ..