Monday, October 31, 2011

Kegiatan 2 kanak-kanak mencuri di rumah-rumah terbongkar




31/10/2011 7:55pm

PUTRAJAYA 31 Okt. – Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar Presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu.


Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid berkata, seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.


Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.


"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi. Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya.


"Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu,” kata Abdul Razak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.


Abdul Razak berkata, setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.


Beliau berkata, dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi. – Bernama



Penyeludup nyaris maut kereta terbabas lalu terbakar


31/10/2011 8:04pm



RANTAU PANJANG 31 Okt. – Seorang remaja yang disyaki penyeludup diesel nyaris rentung apabila kenderaan pikap dipandunya hilang kawalan dan merempuh pokok kelapa sebelum terbakar di Kampung Kubang Sepat, dekat sini awal pagi ini.


Dalam kejadian pukul 5.55 pagi itu, kenderaan yang telah diubah suai untuk mengisi 200 liter bahan api tersebut turut merempuh tiang elektrik dan telefon awam menyebabkannya terbakar.


Remaja berusia 19 tahun itu bagaimanapun sempat keluar daripada kenderaan yang terbakar tersebut lalu melarikan diri sejauh tiga kilometer tetapi berjaya ditahan penduduk kampung.


Menurut saksi, Musa Daud, 54, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari luar rumahnya.


“Saya bergegas keluar untuk melihat dan sejurus membuka pintu rumah, saya dapati sebuah pikap bernombor plat pendaftaran negara jiran terbakar.


“Saya melihat kelibat seorang lelaki dipercayai pemandu kereta berkenaan keluar dan melarikan diri,” katanya ketika di temui pemberita di tempat kejadian dekat sini hari ini.


Tambahnya, dia yang juga ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Telaga Emas menghubungi rakan-rakannya melalui walkie-talkie untuk bantuan seterusnya memaklumkan kepada bomba.


Musa memberitahu, pemandu kereta berkenaan yang melarikan diri ditahan oleh ahli KRT dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


“Pikap itu difahamkan sering dilihat mengisi minyak di stesen berhampiran untuk diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram berdekatan,” dakwanya.


Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang yang juga ketua operasi, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.59 pagi dan seramai enam anggota dan sebuah jentera dihantar ke lokasi.


“Sejurus tiba, kereta itu sudah terbakar hampir 90 peratus. Pihak kami mengambil masa lima minit untuk memadamkan api.


“Hasil siasatan mendapati kenderaan tersebut mempunyai tangki yang telah diubah suai dan mampu mengisi hampir 200 liter bahan api,” katanya. – Utusan



Sedapnya... A&W...





Sedapnya A&W...


Novel: Jendela Hati ~ Aisya Sofea



Novel Ku Baca:

Jendela Hati

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafiza ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilemma perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah ‘ganti tikar’ yang berlandaskan ‘keterpaksaan’ bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Komen JH:
Komen? Tersentuh hati dan menangis! Ini lah antara penangan semasa dan selepas habis membaca novel ini. Sampai teresak-esak menangis, dasat-dasat. Walaupun novel ini keluaran tahun 2000 iaitu dah hampir 11 tahun ia di pasaran nampaknya novel hangat di pasaran bila ianya di cetak berulang kali.

Penceritaan yang sungguh baik dan mudah di ikuti. Tidak terlampau berat dan pembaca boleh menghayati watak-watak penting dalam novel ini.

Ye, pengorbanan itu amat besar nilainya jika orang yang sedia berkorban itu tidak hirau tentang diri sendiri sehingga sebenarnya menyeksa diri dan masa depannya. Tapi jika hati juga turut memainkan peranan kerana orang yang kita sayang akan bersama kita akhirnya.

Pembaca kali ini cuma mengunakan dua hari sahaja untuk menghabiskan pembacaan berbanding dengan novel-novel sebelumnya. Dengan cuma halaman 334 muka surat, ianya member impak yang besar seumpama pembaca juga turut berada di sisi penulis…

Terima kasih Aisya Sofea atau nama sebenarnya Hanizura Jamaluddin di atas penulisan novel yang baik ini.

Next Novel: Takdir Fitrah TerindahKarya Hanis Azla…


Sunday, October 30, 2011

Opsss...


"Ibu nie, suka lah amek gambar kita"
Rungut si kakak... opsss soriii...

p.s - Emang ibu suka pun... :)



Open table


Malam semalam sebelum puan zai dan famili balik ke kl, adik perempuan puan zai dan suaminya open table untuk kami sekeluarga di Restoran Uncle Din's Briyani, Pelangi Semenyih. Yelah dah penat-penat mencurah peluh memindah barang dari kl ke Rinching ek? Hehehe penat sangat lah konon...

Apa lagi pulun order je lah apa yang nak di makan. Sebelum nie berkali-kali dah adik beritahu yang lempeng kat sini memang the best. Walaupun nama restoran biryani tapi kat sini ada macam-macam menu. Kalau tak caya jom tengok meh... pilih mana yang anda suka. Agak-agak anda suka yang mana?


Biryani ayam Batu Pahat, special yang ada kat sini.

Adik berkerut sebab lapar ek?

 Jom le makan...

 Ribena? Kelasss ko jah...

 Briyani untuk puan zai...

 Nie lempeng cicah dengan sambal. Kuah sadin pun ada kalau nak.

 Nasi goreng...

 Roti canai cicah dal untuk adik.

 Mee rebus.

Mee goreng kosong dan kering sudah semestinya untuk mak.

 Nasi kosong dan sup ayam untuk abah.

 Kuew tiaw goreng untuk kakak.

 Daging masak merah. Makan dengan nasi kosong.

Ishhh apa tu belum apa-apa dah bersandar.

Hmmm, kenyang masa dapat makan. Abes je makan, orang-orang yang menonton bola NS vs Tganu malam tadi di luar restoran tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam, rupa-rupanya dah renyai.

Makin lama makin bingit. Mulanya ruang dalam restoran yang lenggang terus jadi penuh dan bising dek gara-gara hujan. Hmmm apa lagi terus bangun dan gerak balik. Sampai je kl sempat lagi lah dorang tengok bola, masa tu Terengganu baru je gol 1.

Bila NS dah start masuk jaringan yang pertama seterusnya kedua, apa lagi terus bergegar kawasan rumah puan zai nie (dan kawasan area kampung yang puan zai tinggal nie)... huhu...

OK lah, jumpa lagi nanti... tata...

Puan Zai...



Pindah...

Assalamualaikum... Waktu tengahmalam nie, mesti semua orang dah lena. Lebih lena bagi penyokong Negeri Sembilan yang dah menang malam tadi kan?

Hari ini puan zai letih sedikit. Tolong pindah barang rumah adik perempuan puan zai dari KL ke Rinching. Kampung suami dia. Adik beradik suami dia pun ramai di Bandar Tasik Kesuma.

Letih dalam seronok jugak. Seharian kami semua satu famili ikut adik berpindah rumah. Kat KL adik menyewa rumah nenek saudara kami. Rumah baru ini rumah sendiri yang di beli suaminya 10 tahun lalu. Sudah hampir bayar katanya, elok juga dok rumah sendiri dari menyewa.

Dengan upah lori pagi ini, diangkut lah semua barang-barang perabot seperti kerusi, sofa, meja makan, peti ais, meja dan lain-lain ke rumah baru. Barang-barang kecil adik dan suaminya dah angkut sedikit-sedikit sejak dua minggu lalu. Jadi tak lah penuh satu lori dengan barang-barang dia.

Upah lori dari KL ke Rinching dalam RM200, tambah upah angkat barang RM200. Malam tadi dia open table belanja kami dinner kat Pelangi Semenyih.


 Lori terikut jalan lain, jadi kami sampai dulu. Budak-budak nie tak sabar tunggu lori sampai.

 Fuhhh, tingkat 4 tau... ikutkan puan zai gayat jugak.

 Tu dia... semua barang di bawa keluar dari lori. Mak dan abah pesan, tak payah lah pindah-pindah lagi payah nak angkut barang ke rumah tinggi nie huhu...

 Tolong menolong, walaupun ada geng lori buat kerja, kami pun menolong juga (dapat upah makan je lah hehe).

 Hmmm esok hari ahad kerja kan lah apa yang patut di kerjakan... permandangan indah dalam bilik...

Kosong. Barang belum masuk lagi.

 Relax dulu. Amek nafas kejap...

 Makan time...
Makan kat laluan luar rumah sebab dalam rumah tengah bersepah barang.
Tukang buat kerja tak makan lagi sebab kata mereka nanti perut berat nak angkut barang, jadi tuan rumah ngap dulu.
Dah siap-siap goreng meehon dan nasi lemak dari kl. Cuma beli roti dan donut serta buah-buahan.

 Adik sedang menikmati meehon goreng.

Bila semua orang dah letih memindah barang malam tu adik dan suami open table untuk anak beranak. Lepas makan di restoran di Semenyih terus balik kl. Sampai kl sempat sambung tengok bola kat rumah dorang tu...

p.s - Orang kata kalau penat sesangat, memang tak lalu makan dan tak lena tidur. Tapi puanzai ok je selera je cuma belum tido sebab nak ngadap blog memalam nie hehe... Tata.

Puan Zai...




 

Saturday, October 29, 2011

Johan Piala Malaysia 2011 - Negeri Sembilan

Si ibu ini menyengih bila tengok telatah orang menonton bola termasuk famili dan anak-anak.

Paling suka bila pasukan pilihan se-famili menjadi Johan Piala Malaysia 2011 ini ialah Negeri Sembilan dengan kemenangan cemerlang 2-1 mengalahkan Terengganu.

Apa-apa pun tahniah kepada Pasukan Negeri Sembilan - "Den dah koba"

Dan pastinya esok akan menjadi tajuk berita di semua dada akhbar.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

29/10/2011 10:44pm

Shah Alam 29 Okt. - Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2 - 1 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam malam ini.

- Utusan




















Adik 'open table' sambil tonton bola di Pelangi Semenyih.


Tak sampai laa...

Ibu sedang perhati adik...
I
I
I
V


Nak naik tapi masih tak sampai... 



Minta simpati Pak lang nak naik tapi pak lang tak layan...
Adik masih di situ...
Adik... adik... kakak kata adik tu pendek...
huhu...


Friday, October 28, 2011

Bola @ Mamak?

Petang tadi tiba-tiba ada text masuk. Text mesej berbunyi:


"Meriahkan Final PIALA MALAYSIA Terengganu vs Negeri Sembilan di Bola@Mamak Restoran Ali Corner, Mandy Villa, Taman Sri Sinar - 7.30pm, 29 Oct 2011. Roti kosong dan teh tarik diberi percuma! Siapa cepat dia dapat dan HADIAH misteri menanti anda! Jangan lupa tunjuk sms anda pada krew BOLA@MAMAK berbaju biru!"


Wah... hebat punya promosi... hehehe tapi sori ler puan zai tak minat bola ler. Masa sekolah dulu memang minat ler, dah tua-tua nie tak pun. Tapi dua orang budak kenit kat rumah ini memang suka tengok bola. Kakak dan adik kalau tengok bola dah macam tengok drama. Gaya dan aksi mereka ada bermacam-macam boleh kita lihat jika mereka menonton bola di TV.


Apa-apa pun, walau puan zai orang KL (cehhh...) sebabkan abah puan zai orang nogori, apo lai den sokong orang kampung den yo.... selamat....



Mimpi di ludah?



Kelmarin ada seseorang bercerita pada puan zai yang malam tu dia telah bermimpi yang dia telah meludah ke muka seseorang yang dia kenali.

Apa ek maknanya? Memang lah setiap orang akan bermimpi di malam hari. Sesuatu mimpi kadang-kadang mengundang kita untuk berpiker apa maksudnya itu di siang hari.

Berbalik pada mimpi di ludah itu apa yang puan zai baca tafsiran mimpi tu bermaksud dia akan berbahagia dan akan sukses selalu.

Apa-apa pun mimpi itu kan mainan tidur...

[Gambar pinjam kat Cik Goggle]




Thursday, October 27, 2011

Novel: Masih Setia ~ Aisya Sofea

 NKB: Novel Ku Baca…

Masih Setia...


 Miera – Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi – Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang memandang.

Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasan itu hadir tanpa di undang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya.

Komen JH:
Permulaan penceritaan yang perlahan. Sedikit demi sedikit penceritaan dibawa perlahan-lahan dengan tragedi gempa bumi di bumi Padang. Pembaca amat berdebar-debar menanti detik cemas ketika kejadian yang tak di sangka berlaku di sana. Watak-watak kekeluargaan amat teguh dalam novel ini. Sedkit sebanyak dapat mengetahui cara dan adat resam keturunan Minang di sana.

Rasa kasihan dan perit je bila melalui detik-detik cemas dan trauma semua watak-watak dalam novel ini seperti kita sendiri mengalami serangan tsunami atau gempa bumi.

Cuma, semasa di pertengah cerita pembaca sedikit terkilan mulanya dengan watak kak bib yang seakan menjadi batu api dalam hal ‘rampasan hak orang’ bila ada ayat seperti:

“Nama je hak orang, tapi belum ada lesen sah pun. Selagi belum ada lesen, selagi belum sah jadi suami isteri, apa-apa pun bole berlaku Miera. Dia tetap boleh pilih siapa yang dia nak”.

Apa-apa kisah ini banyak diterjemah dalam bahasa masyarakat seperti keakraban, kekeluargaan, cinta, harapan dan setia. 


Next Novel: Jendela Hati... karya Aisya Sofea...




Wednesday, October 26, 2011

Suka filem tamil?



 [Kenal tak?]

Kalau Deepavalli, puan zai tunggu je kalau ada citer-citer atau filem tamil yang best di TV. Puan zai suka layan citer tamil. Emang kalau hari-hari lain pun puan zai suka layan citer tamil berbanding dengan citer hindustan.

Bagi puan zai, citer tamil lebih ke permandangan kampung. Lagi feel tonton sebenarnya tau. Malam nie ada citer Robot lakonan pelakon peberet puan zai sejak sekolah iaitu Rajinikanth... ahad lepas layan filem Sivaji the boss kat TV3.

Filem Robot ni tak dapat tengok kat wayang sebab bila nak gi tengok dah di tayang midnight payah le kalau time camtu.

Kalau masa bujang penah gi tengok kat wayang dengan sahabat, alah gi tengok pun 2-3 kali aje sebabnya kita nie pun bukan kaki wayang. Sahabat nie paham bahasa tamil sebab dia di kampung penah belajar dan bercakap dalam bahasa tamil, kelakar juga bila teringat bila orang ramai dah habis gelak tang tu jugak kawan sebelah yang paham bahasa tamil nie translate pada puan zai masa tu la kitaorang gelak.. kadang-kadang apa yang keluar di subtitle lambat dan tak sama maksudnya.

Ada dua tiga rakan sekepala selalu kata kenapa la puan zai suka pelakon dah tua tu, yelah nak menari pun tak segak dah... ntah la emang minat dia sejak dulu. Tapi yang dok bertanya pun suka tengok gak. Mereka pelik kenapa Rajinikanth di gandingkan dengan Aishwarya Rai yang cantik lagi comey tu dalam filem Robot... yelah biarlah rezeki dia nak berlakon dengan orang cantik hehehe...

Teringat masa mengandungkan si kakak tahun 2002, asal sabtu je mesti stanby jam 11 pagi untuk tonton filem tamil. Bangun pagi siapkan kerja rumah dan selepas suami ke tempat kerja, time tu la puan zai bersenang-senang menonton filem tamil kat rumah.


Itu kenangan tengok filem tamil lah. Tapi masa mengandungkan si adik giler tengok filem dan drama korea pulakkk... tapi ye kot sebab rakan opis minat dengan drama-drama korea, jadi puan zai pun jadi minat. Tapi emang tahun 2006 tu pun zaman orang tengok citer korea...


[Wajah original sebelum makeup, yang atas tu wajah selepas makeup bg hencem]





Nasi goreng...



Pagi tadi buat nasi goreng cina untuk sarapan.

Masih ada baki yang banyak nasi goreng cina tu dalam kuali bila tiba waktu makan tengahari.

Si kakak bertanya "Ibu, nasi goreng india ada lagi tak?"

"......???" Aik bila masa pulak aku masak nasi goreng india, gumam puan zai.

"Eh bukan, kita maksudnya nasi goreng cina... ada lagi tak?" Eh eh kakak nie boleh tersasul lak, mentang-mentang la hari ini cuti Deepavalli.





Tuesday, October 25, 2011

Gotong-royong Day...

Anak dara sedang berkemas.
Sambil mengemas, si adik tak bole kacau, tak boleh masuk bilik, tak boleh pijak lantai, tak boleh segalanya sehingga siap berkemas...
Nama je gotong royong dengan ibu tapi yang lebih bebelnya si kakak...

Itu lah kakak...


Monday, October 24, 2011

Nasi Dagang dan kari ayam...



Kalau sebut nasi dagang lazimnya mesti dengar di makan dengan ikan tongkol.
Tapi nasi dagang yang puan zai makan ni di makan bersama kari ayam dan kentang.
Tak pasti lak ianya sesuai ke di makan dengan ikan atau ayam.
Tapi puan zai ngap je bila hidangan dah di depan mata.


Nasi dagang ini sebutir-butir je nasinya.


Lauk kari ayam dan kentang.


Ada lauk bonus lak tu... udang sambal petaiii...


Sunday, October 23, 2011

Donut coklat


Nyum-nyummm... Sedappp....

Donut coklat nie bukan buat sendiri ye hehehe, order kat jiran... nenek nie jual 3 ketul donut coklat nie dengan harga RM1.

Murah tu kan? Beli RM4 dapat 12 ketul penuh satu tupperware baru ni...

Makan sambil anak-anak tengok Garfield kat CN.


Makan tengahari?

Assalamualaikum...

Terik di hari ahad. Masak apa ek? Puan zai masak biasa-biasa aje. Balik dari Tesco Menjalara semua perut berbunyik. Lapo.

Masak yang mudah dan segera. Siap je masak nasi terus ngap tak toleh-toleh dah.


Goreng je ikan, goreng sawi dan buat sambal sadin.


Ini pula sup ayam dengan sawi.

Jemput makan...

Minum petang kang, anak-anak JH nak makan donut coklat lak.


Lecehnya ke Tesco kalauuu...



Bukan apa, si adik nie kalau ke Tesso aduhai ada je yang dia nak dan tangiskan. Tangis lah si adik kalau ibu tak tunaikan. Apa lagi kalau nak mainan. Tak abes-abes nak mainan. Dok meleleh air mata emang ibu tak kan beli punya. Lain lah dengan apak boleh aje kena paw dengan si adik... no layannnn...


Dah siap bagi warning kalau buat perangai camnie, lain kali tak payah ikut ke Tesco... boleh gitu???



Time nie tengah suka-suka lagi, dok jalan-jalan dan pusing-pusing.


Selesai je beli barang emang akan lalu kedai mainan jika nak ke parking. Dok tunjuk-tunjuk nak masuk. Ibu memang keras hati bab mainan nie. Bukan tak pernah beli. Bulan lepas pun dah beli. Berapa banyak kereta mainan. Bulan nie idak le. Kalau cakap dengan kakak, kakak paham sikit ibu selalu bagi kata dua nak mainan ke nak alat tulis? Selalunya kakak akan pilih alat tulis.


Ketabahan seorang primadona


KANSER payudara yang melingkari kehidupannya kembali bersarang ekoran tekanan demi tekanan yang tidak berkesudahan. 

Walaupun sebelum ini ada khabar dia sudah semakin sembuh, pelakon Azean Irdawaty perlu meneruskan lagi sesi rawatan setiap enam bulan sekali di Hospital Pakar Beacon, Petaling Jaya. 

“Sebelum ini masalah penyakit Kak Yan sudah semakin sembuh, namun sekarang kembali lagi.

“Sesiapa yang menghidap barah memang tidak boleh berada dalam tekanan. Sekarang Kak Yan kembali berasa tertekan, sebab itu kanser itu menyerang semula,” katanya kepada Pancaindera.

Selain bertarung dengan penyakit yang dihidapi, seluruh peminat juga turut mengetahui anak lelakinya, Benjy telah dihukum menjalani perintah sekatan dan perlu berada di Kuantan, Pahang sejak 17 Mac tahun lalu dan itu semestinya menambahkan lagi tekanan seorang ibu. 

“Walaupun tertekan namun Kak Yan syukur dengan apa yang telah ditetapkan ini. Setiap-tiap malam Kak Yan akan berdoa kepada Tuhan supaya permudahkan segala urusan, tabahkan hati Kak Yan sendiri. Sepanjang berada di sini Kak Yan memang tidak bertemu dengan anak Kak Yan,” katanya sekaligus merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak memberi sumbangan kepada dirinya selama ini.
Isnin lalu, persatuan Seniman dengan kerjasama dengan Pemuda UMNO, bersama beberapa artis terkenal telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Azean.
Pemuda UMNO dan Seniman turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Azean. Antara artis yang turut serta adalah, Fizz Fairuz, Yatt, Zamrul Hisham, Maria Farida dan Fiza.

Fizz Fairuz menganggap Kak Yan adalah seorang pelakon yang ternyata mempunyai cukup kreateria sebagai seorang lagenda negara.

“Sebelum ini, kakak ipar saya turut mengalami penyakit kanser, Kak Yan banyak memberikan semangat kepada kakak ipar saya. Dia menyuruh kakak saya supaya selalu happy dan jangan fikir tentang penyakit yang sedang dihidapi. Syukur kepada Allah, kakak ipar saya ketika ini sudah kembali pulih.

“Kak Yan mempunyai banyak pengalaman, dia juga tidak kedekut ilmu, dia memang seorang artis yang tidak pernah lokek ilmu, dia banyak bagi tunjuk ajar kepada artis baru seperti saya,” jelas Fizz.

Semoga primadona air mata ini segera sembuh untuk terus memberi sumbangan kepada industri filem dan drama tempatan. 

Persatuan Seniman dan Biro Kesenian dan Kebudayaan Pemuda UMNO memberi sumbangan dan lawatan kepada Seniwati Azean Irdawaty di Hospital Beacon, Petaling Jaya. 
 
Sumber: Utusan Online