Wednesday, October 12, 2011

Novel : Serasi di Hati ~ Nora Ismail



NKB: Novel Ku Baca


Serasi Di Hati...


Cepat juga lah puan zai baca novel kali ini. Sebuah karya bagus dari Nora Ismail.




Persahabatan itu tidak pernah di sengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih... bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya.

Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu di rasa.

Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindui.

Dan akhirnya Zarul mahupun Edrinaz sedar mereka sama-sama berasa serasi di hati.

Ini adalah sinopsis singkat yang puan zai ambil dari cover novel.

Komen JH:
Perasaan apabila menghadap novel ni rasa geram sesangat dengan watak-watak jahat seperti Zalina. Seorang wanita seksi dan isteri no dua kepada seorang yang bergelar Dato!

Simpati pada nasib yang Edrinaz yang terdera hati dan perasaan pada orang yang bernama suami. Sikap paling jujur Edrinaz membawa padah dengan sikap sambil lewa sang suami terhadap isterinya.

Kisah sebegini sudah lumrah di dengar dalam alam realiti. Seorang isteri yang menjadi ketua dalam rumah tangga dalam hal duit dan hal dalam rumah.

Lebih makan hati, sikap suami yang bersandar hidup dan lepas tangan dalam hal-hal duit pada isteri.

Seseorang yang bernama Zarul seakan penyelamat Edrinaz dan di akhir cerita kebahagiaan menanti mereka.

Pembawaan cerita Nora Ismail ini menjadikan saya ingin terus menghabiskan novel ini dengan kadar segera.

Jika tanya pendapat saya, walaupun Zarul itu lambang kebahagiaan Edrinaz. Tapi jika balik semula si suami pun ok juga sebabnya dia mula insaf dan mula berubah.


Ok lah ini sahaja komen dari JH sebagai pembaca.

Terima kasih Nora.

Next Novel: Masih Setia... karya dari Aisya Sofea...

Sekian.

2 comments:

Kak Aya said...

kak aya pun dah baca novel ni..memang sakit hati pada part2 yang puan zai nyatakan tu, ada juga part yg seronok dilayan

Jendela Hati said...

kakaya: tu lah kan, ishhh geram jerk mcm tgh tgk tv gayanya... part2 yg best tu best jugak.