Monday, October 17, 2011

Perlu peka caj telefon

Kuala Lumpur 16 Okt - Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya peka terhadap caj yang dikenakan syarikat telekomunikasi bagi memastikan hak mereka sentiasa terjamin.

President Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat berkata, sikap tidak ambil kisah terhadap caj perlu dihentikan kerana ia menyebabkan penguna merasa beban.

"Selepas mengetahui caj, buatlah pilihan yang sewajarnya. Jika telefon talian tetap lebih menjimatkan jangan takut untuk membuat keputusan." Katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel membincangkan tajuk Syarikat Telco Untung Berganda, pengguna Merintih Merana pada forum Gerakan Kuasa Pengguna sempena Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2011 di sini hari ini.

Forum anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut di hadiri Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan President Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia, Mohd Ali Ibrahim.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel forum tersebut, Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Azizan Mohd. Afandi berkata, pengguna perlu segera membuat aduan bagi membolehkan tindakan di ambil.

"Hanya dengan itu kita dapat memastikan syarikat telekomunikasi berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka dan mengutamakan pengguna" katanya.


Sumber: UM





 

No comments: