Setiap kali memandu, kebanyakan pemandu dan penumpang pastu akan merasa perjalanan balik lebih singkat berbanding pergi walaupun mengunakan jalan pada jarak yang sama.
Sebelum ini, ramai berpendapat bahawa ia adalah efek perjalanan pulang yang disebabkan oleh laluan yang digunakan sudah biasa. Tetapi baru-baru ini, sekumpulan saintis mendakwa itu bukan penyebab utama.
Ketua penyelidik dari Universiti Tillburg, Balanda, Niels Van De Ven mendakwa, ia berlaku kerana orang ramai menjangkakan perjalanan balik pasti mengambil masa seperti pergi.
“Berdasarkan perasaan itu, pengembaraan pasti akan merasa perjalanan pulang menjadi singkat. Keyakinan yang tinggi itu mencipta illusi perjalanan balik menjadi lebih dekat” kata De Ven.
Penemuan itu dilakukan selepas uji kaji yang dilakukan ke atas 350 orang reponden yang membuat perjalanan dengan mengunakan sama ada bas, basikal atau melihat rakaman video orang mengayuh basikal.
Apabila anggaran durasi masa dibandingkan, ramai reponsden berpendapat perjalanan pulang lebih cepat sebanyak 22 peratus.
Hasil penyelidikan itu akan ter terbitkan dalam jurnal Springer’s Psychonomic Bulletin & Review.
Sumber: Kosmo
No comments:
Post a Comment