Sunday, October 16, 2011

Adik masuk hospital kali ke 17

Assalamualaikum...


Sebolehnya tajuk di atas ini dah tak mau lagi akan adanya tajuk 'Adik masuk hospital kali ke 18". Rasanya cukup-cukup lah untuk kali ke 17 dan berharap adik akan sihat sentiasa. InsyaAllah. Memang Hospital Kuala Lumpur dan Instituts Pediatrik adalah tempat terbaek untuk adik tetapi untuk lihat adik sebegini memang puan zai tak sanggup.


Ini bukan cerita suspen pun. Sekadar berkongsi rasa. Pengalaman adik di serang demam kejang. Syukur, alhamdulilah skrg. adik seperti biasa dah aktif. Kalau kata adik masuk hospital macam tak sakit je orang kata sebab adik sentiasa nampak ok. Sampai si kakak kata adik sakit tipu-tipu. Eh ada camtu ek?


Pengalaman antara yang menakutkan adalah semalam. Bermula dengan kisah adik cuma demam biasa pada malam jumaat tu. Puan zai memberikan adik ubat demam dan demam adik tak terlalu panas tetapi puan zai akan pastikan tuala basah akan ada di badan dan kepala adik.


Semalam puan zai ke HKL untuk ambil ubat sebagai standby ubat di rumah. Sesampai di Klinik Pesakit Luar dan adik berjumpa doktor, suhu badan adik ialah 37C.



[Adik sementara tunggu doktor di Klinik pesakit luar]


Setelah selesai berjumpa doktor, terus ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat demam dan selesema.


Keluar sahaja dari kawasan HKL, kami mengikut jalan ke arah Chowkit. Memang waktu sebegini dalam 2pm kawasan sini sesak dengan kereta.


Masa ni adik kelihatan hendak tidur. Dengan keadaan cuaca panas dan sesak adik hampir terlena. Apabila puan zai cuba pangku adik, adik mula mengeraskan badannya.


Ya-Allah kenapa nie adik??? Adik mula memandang ke atas, suhu badan adik tiba-tiba panas. Bibir adik tiba-tiba menjadi biru, kaki dan tangan adik mula mengejang.


Pengalaman tahun 2009, terimbau kembali. Pertama kali adik kena sawan tarik adalah di dalam hospital. Pagi adik admit dan petang hari yang sama adik jadi sawan tarik. Syukur masa tu kaunter nurse berdekatan dengan katil dan masa tu juga adik telah di masukkan ke dalam ICU pediatrik.


Kini ianya terjadi lagi tetapi di dalam kereta! Dalam keadaan jalanraya sesak! Ya Allah selamatkan anak ku ini.


Seperti yang doktor pernah beri taklimat apa bila terjadi begini, kita kena pastikan dia dibaringkan secara mengiring ke kanan atau ke kiri. Pastikan mulut si anak tiada makanan atau tergigit lidah. Panggil namanya agar dia tidak tertidur.


Puan zai masih tergiang-giang suara si kakak yang duduk di bahagian kerusi depan menangis-nangis memanggil adik supaya adik dalam keadaan sedar.


Mujur lah kami dapat cepat buat pusingan U. Tetapi jalan yang nak masuk ke HKL semula sesak dengan kereta yang beratur di tranfiklights depan tu.


Kami terus pasang double signal dan membuka tingkap meminta jasa baek semua kereta memberi laluan kepada kami. Mujur semua kereta bergerak perlahan-lahan ke tepi kiri dan kanan untuk beri laluan tengah kepada kami untuk masuk ke simpang kawasan HKL.


Sesampai di Emergency, kami terus angkat adik masuk ke Yellow Zone khas untuk separa kritikal. Masa tu suhu naik 40C. Pembantu hospital berkata kenapa tak mandi kan si adik sebab suhunya terlalu tinggi dan boleh effect pada otak. Sambil kelam kelibut tu sempat puan zai cerita yang puan zai dalam perjalanan nak balik kerumah dari klinik pesakit luar. Puan zai cuma ada tuala kecil untuk lap badan adik.


Adik di angkat masuk ke wad kecemasan dan di periksa suhunya lagi. Kali ini naik mendadak ke 40.6C. Masa ini adik dah di mandi kan di atas katil supaya basah satu badan. Dan sementara tu adik seperti hendak terlena tetapi puan zai dan nurse memanggil nama adik supaya adik sedar.


Kalau nak di imbas, adik ketika ini sukar untuk di ambil sampel darah. Meraung-raung dan mengeraskan badan. Dan ketika ini kudrat puan zai di gunakan sepenuhnya untuk dukung adik.


Setelah adik di dukung bertukar tangan dengan apak, masa ini urusan kemasukan wad ke Pediatrik pula di uruskan. Selalunya jika dari Emergency kami akan pergi menaiki kereta sendiri tetapi untuk kali ini puan zai dan adik menaiki ambulans ke pediatrik sementara apak ikut dengan kereta dari belakang.




Sesampai di Pediatrik dan mendapat mendapat katil adik di periksa doktor dan puan zai nampak ketika itu adik semakin ok dan mula minta air dan nasi.






Time nie adik dah tidur dengan keadaan tidak berbaju. Selepas bangun adik dah menampakkan tanda aktif dan sedikit segar.



Jam 8 malam, adik di periksa lagi. Doktor bagitahu yang adik demam kejang. Sebab terjadinya kejang adalah demam.


Dah mula ajak jalan ke meja majalah.


Membelek majalah, kat tengkuk masih melekat tuala basah.


Dah malam tapi masa ini adik kata tak boleh tidur. Adik berulang kali minta balik. Ye adik takut kalau doktor nak ambil darah.

Nampak sahaja angka masuk ke hospital dah 17 kali, tetapi jarang benar bila masuk ke hospital adik akan terbaring. Adik akan aktif seperti biasa. Bermain, bercakap, ber-hai-hai berhoi-hoi kepada sesiapa yang lalu lalang di hadapan katilnya. Pergi ke kaunter nurse untuk berborak pun iye. Moga-moga adik akan sihat hendaknya. Amin.

Terima kasih kerana sudi baca 'cerita panjang' si ibu ini.

-To be continue...

2 comments:

Kak Aya said...

meremang bulu roma kak aya baca part kejang dalam kereta ketika jalan sesak..nasib baik tak jauh sgt dr hospital...

semoga khuzae sihat selalu walaupun dah 17 kali masuk hospital...orang hebat memang kena sakit-sakit dulu...

Jendela Hati said...

kakaya: terima kasih untuk doa.