Bahan-bahan utama:
3 ekor ayam kampung
2 biji kelapa di perah santan
Bahan kisar:
Bawang merah 2 labu
Bawang puteh 3 ulas
Serai 4 batang
Halia 3 inci
Lengkuas 1 inci
Asam keping 1
Cili kering 4 tangkai
Ubi kentang 4 biji
Daun kunyit 1
Kunyit hidup 4 inci
Garam secukup rasa
Cara mudah sahaja:
Ayam kampung di rebus dahulu dengan hingga empuk. Letak ubi kentang hingga lembut dan terus tambah santan dan semua bahan yang telah di kisar. Kacau sehingga masak.
Mudah kannn?
Itulah puan zai suka resepi mudah dan cepat...
Sedap kalau ada tauhu goreng cicah kicap cili.
Bertambah selera la dapat makan ayam kampung.
Masa ini juga ada tetamu datang, ada rezeki tetamu malam tadi dapat sama-sama makan ramai-ramai. Alhamdulillah...
2 comments:
sedapnya gulai ayam kg tu...kalau makn ni...maunya brtmbah 2-3 pnggan...Makan beramai2 lagi myelerakan....
MulutPayau: berselera sampai tak pandang kiri kanan tu hehe
Post a Comment