Tuesday, October 11, 2011

Sandwish tuna buat makan malam...

Malam nie makan malam dengan sandwish tuna. Roti beli kat Sogo. Roti ada depan mata nie, makan roti lah walau ada nasi kat dapur.

Testing buat makan malam. Testing ker? Asalnya puan zai beli roti, tuna, mayo, timun dan buah tomato nie untuk si kakak bawa bekal ke sekolah esok pagi.

Roti beli kat Sogo Rm1.80 sebungkus. Sapu roti dengan majerin dan mayo, potong timun dan buah tomato lepas tu sapu tuna sikit. Sikit sebab kakak tak suka tuna yang terlampau banyak.

Sampingan goreng kentang goreng sikit. Erkkkk dah kenyang.


Lepas tu berkali-kali ingat kan ibu soh siapkan sandwish untuk besok. Sebenarnya hari-hari kakak bawa bekal dari rumah. Cuma hari ini aje bawa air masak je.


Sambil-sambil makan tadi, si kakak bercerita yang duit belanja sekolah tadi tak cukup. Hari ini kakak tak bawa bekal. Jadi dengan RM3 hari ini si kakak mengadu kelaparan. Pagi di sekolah kakak bersarapan nuget RM1. Masa waktu rehat pula kakak beli hotdog RM1 dan roti RM1. Tengahari nak balik sekolah kakak ngadu lapar sangat. Hmmm kasihan anak ibu nie. Jadi, esok bawa bekal lah boleh bawa roti.


Masa dulu-dulu, kakak nie malu la sesangat nak bawa bekal kat sekolah. Ntah kenapa lah. Cuma sejak dua menjak nie dia suka bawa bekal sebabnya katanya semua rakan-rakan bawa bekal. Hmmm kawan-kawan pula jadi contoh. Tapi kalau contoh baek takpa lah, jangan pula ikut contoh yang tak baik.


Ini pula puan zai beli kat foodcourt opis. Si kakak lah yang mengirim supaya beli dan bawa balik. Sebenarnya si anak-anak ini suka denga puding oreo tapi hari ini tak jual pula, yang ada cuma fruit koktel. Takde rezeki tapi ibu tetap bawa buah tangan untuk anak-anak.


Jom makan jom..........

4 comments:

Lady Lavender said...

bagus le kakak nak bawak bekal..zaman sekarang budak sekolah bwk rm5 pun tak cukup..berbeza dgn zaman kita dulu2 :-)

Jendela Hati said...

LL: emang betul tu... rm5 pun xcukup, kdg tu nak lebih... aishhh...

Kak Aya said...

bagus kakak suka berbekal..nadhirah ikut kawan, kalau kawan berbekal, dia pun akan berbekal sama.

Jendela Hati said...

kakaya: tu la ada contoh br nak bawa kalu tak maluuu